BismiLLAHirrahmaanirrahiim
Baiklah.
Beta ingin menyambung al-kisah kitab-kitab yang telah beta ladeni dengan senang dan tenteram. Sungguhpun dahulunya beta telah mempelajari beberapa hadeeth maudu', akan tetapi terlupalah juga beta bagaimana rupa parasnya, di mana kedudukannya dan siapa empunya perawi yang tidak diterima itu. Makanya atas rasa keberdosaan beta dek kerana terlupa akan hadeeth yang maudu' itu, beta telah membelanjakan duit untuk membeli kitab yang lebih pantas beta fahami bahasanya. Nah...
Kadang kala beta perhatikan ramai manusia di luar sana yang mana ketika berucap kata mengukuhkan rasa mengambil potongan-potongan hadeeth yang tidak diketahui sumbernya; sama ada hadeeth itu diterima atau ditolak oleh ahli-ahli muhaddeethiin. Sama ada orang berucap itu tidak mengetahui asas dan sumber hadeeth itu atau pun sengaja mengambil kesempatan di atas kejahilan audien atau pembaca. Inilah akibatnya jika beta yang tidak tahu, dan malas untuk ambil tahu perkara-perkara yang berlaku di sekeliling beta. Beta yang berkedudukan tinggi ini, amatlah terhina rasa jika ada yang memperbodohkan beta di atas rasa 'malas nak tahu, malas nak ambil tahu...' dan sebagainya perasaan yang rela dibodoh-bodohkan orang.
Beta senaraikan 40 hadeeth palsu yang terdapat di dalam kitab ini:
Moga ianya dapat dikongsikan bersama.
Beta undur diri dulu.
