BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Lokasi : Kampung Chenderong Balai
Tarikh : 20 Febuari 2010
Masa : sebelum hingga selepas Zohor
Selamat Pengantin Baru buat Khairul Anuar (Anjang) dengan pasangannya. Moga hidup kalian diberkati TUHAN. Anjang, jangan nakal-nakal eh!
First Assigment: Anjang Dan Aida
Tentang: Kerja Kursus , Teman , Ucapan
Lagi
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Lagi misi duniawi. Berfoya-foya. 12 hingga 16 hari bulan Febuari 2010. Destinasi; Kelantan-Terengganu.
Malam kedua tidur di Kelantan. Tiada gambar penginapan kerana risau pula ada yang terasa hati. =)
Hampir dengan Tat Bai. Baru aku tahu yang Orang Malaya-Thailand boleh berbahasa 'Bon Voyage'.
Malam ketiga di Terengganu. Apabila orang luar terlalu ramai, hinggakan kami hampir menjadi 'Ibnu Sabil' yang betul-betul jalanan. Mujur di Seri Malaysia ada satu (hanya satu, betul-betul tinggal sebuah) bilik saja yang kosong.
Mengapalah cuti aku sama dengan budak-budak sekolah eh? Sangat leceh.
Tentang: Berpeleseran
Sayat -menyayat
BismiLLAHirrahmaanirrahiim
Status: Masih lagi 'Pelarian yang mencari perlindungan'.
Tentang: Diri
Tumpang Menumpang
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Memandangkan sekarang berstatuskan 'pelarian yang mencari perlindungan' maka hidup aku terasa kelam-kabut, sedikit. Rutin harian berubah, sedikit.
Sementelah itu, aku cuba mengubah emosi yang tergannggu, sedikit dengan aktiviti berfoya-foyaan. Dengan status: menumpang. Ya. Pada hari itulah. 29 Januari 2010, Jumaat.
Ketika di Taman Seni Islam Selangor (Shah Alam), barulah aku tahu yang rupanya Malaya juga mencetak al Quran yang pelbagai versi. Di antaranya Mashaf Nur Fatimah (yang dari awal proses; penyelidikan hinggalah percetakan dilakukan oleh kaum Hawa), Mashaf Mahathir (berzuhrufkan Menara berkembar Kuala Lumpur, bunga raya, Wawasan 2020). Dan pelbagai lagi al Quran yang bertulis tangan datang dari pelbagai negara; Acheh, Singapura, Iran, Sepanyol dan banyak lagi. Pen khat pula dari bulu landak, buluh yang pelbagai. Ada di antaranya dakwatnya dari jelaga pelita. Manakala warna untuk zuhruf pula menggunakan warna tradisional kunyit, pandan, bunga ros... Ada al Quran yang bercetakkan negeri-negeri di Malaya yang 14 buah dengan menggunakan warna yang mengikut negeri. Barulah aku tahu... Hahaha
Aku menumpang rombongan budak sekolah. Buku yang aku beli??? Hahaha....
Tentang: Berpeleseran , Pameran