BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Hari ini ada lagi 'potlak'. Temanya 'Makanan Kesihatan'. Ramai juga yang terfikir tentang makanan kesihatan itu, sihatkah?
Aku? Oh. Aku tidak makan ulam-ulaman. Sebab itu aku dikatakan tidak sihat. Barangkali.
Orang Melayu memang terkenal dengan pelbaga jenis makanan. Kalian setuju?
Makanan Kesihatan
Tentang: Makan
Oh Ho!
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Ada orang kata. Tulisan doktor paling susah nak dibaca. Susah difahami. Bersambung-sambung. Nampak 'tiang' 'l', 'h', 'k', 't' pun hujung-hujung. Cuma nampak 'ekor' 'p', 'q', 'y', 'z'. Ada orang kata. Tulisan profesor paling susah nak dibaca. Mereka saja yang faham akan tulisan mereka itu. Kalau dikelentongnya 'kita-kita' pun bukannya tahu.
Tapi. Ada juga tulisan cikgu alias guru yang..................... =)
Apa-apa pun, terima kasih di atas 'hadiah' kamu itu. Aku terimanya 2 hari lalu.
Tentang: Kiriman
Budak Lelaki Itu
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Dia sentiasa jujur dan ikhlas. Dia tidak malu menyatakan hasrat hati.
"... Abang Aiman tak nak pegi sekolah. Abang Aiman malu. Gigi Abang Aiman dah cabut. Nanti Syafiqah tak nak cakap dengan Abang Aiman. Kalau gigi Abang Aiman dah ada, baru Abang Aiman nak pegi sekolah..."
Suci sungguh. Oh.
Tentang: Kerabat
Akhir Idulfitr 2009
Main Dengar-dengar
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
10 haribulan ada 'majlis dengar-dengar' dan 'majlis sampaikan hadiah'. Semua ahli Persatuan Penoreh Negeri Geng 1, 2 dan 3 terlibat. Tempat di Ipoh.
Dalam ramai-ramai ahli penoreh negeri, cuma ini sahaja yang berjaya 'masuk' ke dalam kamera. =)
Tentang: Berpeleseran , Makan
Di Situ
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Rasa takut itu datang kembali. Kerana Ramadhan sudah habis.
Ceritanya.
Sebelum puasa. Ayahanda berpesan supaya lebih berhati-hati di 'Selekoh Kekabu Tepi Sekolah' itu. Di situ. Ramai sudah yang kemalangan maut. Jika ada yang masih hidup pun akan menderita sepanjang hayat. Diceritakan oleh mereka yang terlibat, katanya jalan itu 'dialih dan diluruskan' dari keadaan asalnya, berselekoh. Maka kemalangan pun berkaku. Dan juga tiba-tiba saja ada orang tua berbasikal melintas jalan (di sebelah kanan ada sebuah surau). Untuk mengelakkan berlanggar, maka kemalangan pun berlaku. Kemalangan yang berlaku sama ada kenderaan 'terjun' ke dalam sungai atau pun menyondol pokok kekabu, atau pun 'meredah' semak.
Dan 'Selekoh Kekabu Tepi Sekolah' itu adalah jalan harian aku 6 hari dalam seminggu. Dan aku akan melaluinya pada pukul 6.50 pagi dan 3.00 petang. Errr... errr... errr...
Tentang: Mukim
Bukan Gedung Kain
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Aku sudah baca 'buku' ini. Patutlah kena rampas. Memang kejam sungguhlah 'lawak-lawaknya'.