BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Aku memang tak pernah terlintas berniat untuk menonton mana-mana pertandingan Tilawah al Quran. Di tivi, atau pun secara langsung lebih-lebih lagi. Sungguh! Mungkin sebab para pesertanya mejoriti sudah berusia.
Dengan takdir TUHAN, entah macam mana aku dapat arahan dari 'orang-besar-atasan' untuk pergi ke Tilawah al Quran di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar, 17 haribulan lepas. Duduk selama 2 jam membuatkan tumpuan aku pada pentas yang warna-warni itu makin kabur. Mujur ada 'rombongan Kelantan' yang duduk di kerusi belakang. Sempat juga aku melepaskan rindu mendengar 'ore kechek budu' sambil gelak-gelak ratu kereta berhias.
Memang
Antara
BismiLLAHirahmaanirrahiim.
1 Malaysia 2009. Dan. Malayan Union 1946.
Apakah perbezaannya?
Aku masih terfikir-fikir.
Tentang: Malaya
Cinta Beralih Arah
BismiLLAHirrahmaanirrahiim.
Tak semua perkara dan benda yang kita mahu, kita dapat.
Tak semua perkara dan benda yang kita tak suka, kita tak akan alami.
Tak semua perkara dan benda yang kita rasa elok, satu pilihan terbaik.
Tak semua perkara dan benda yang kita rasa sangat teruk, satu takdir buruk.
Mungkin teruk pada kita, terbaik dari TUHAN.
Mungkin elok pada kita, terburuk dari TUHAN.
Hanya TUHAN mengetahui setiap segala sesuatu.