BismiLLAHirrahmanirrahim.
Itu bulu AbangAiman yang punya. Aku cakap bulu matanya serupa bulu mata unta. Panjang dan melentik. Cantik. Sepatutnya bulu mata seperti ini milik orang perempuan (baca: aku). Seperti disikat dengan maskara Maybelline. Kalau nampak dek Julia Stregner ni, mungkin dia akan buat keputusan bunuh diri. Aha ha ha.
=)
Ah... Bulu Itu Sangat Seksi. Aku Suka!
Nampak
BismiLLAHirrahmanirrahim.
2 hari lepas. Aku jumpa Doktor Dewa. Aku masuk bilik dia apabila nama aku dipanggil. Dia kasi salam. Aku jawab. Kemudian kami bersoal jawab. Kemudian...
Nampak macam umur 17 tahun.
Aku senyum. Sambil batuk-batuk kecil kerana tekak sedang menggatal.
=)
Tentang: Diri
Hari-hari Yang Kau Ingat
BismiLLAHirrahmanirrahim.
Dalam banyak-banyak hari di dalam setahun yang kau selalu ingat; 'Malam Jumaat' dan Hari Raya Puasa. Ya. Itulah kadar 'mentaliti Islam' anak-anak muda Melayu sekarang yang ingat Kalendar Hijriyyah. Waaahhh... Bravo! Dan aku sangat terharu (sebenarnya rasa loya-nak-muntah-hijau, kesal, marah) dengan jawaban kau, bila aku tanya 'Bilakah Hari Kekasih', 'Apakah sejarah Hari Kekasih' dan 'Apakah rancangan anda?'
Kadang-kadang, rasa tertekan apabila membuat sesuatu bancian yang sebegini.
... Atau Apa Lagi?
BismiLLAHirrahmanirrahim.
Mula-mula. Ketibaan Bonda dan sepupu di Lapangan Terbang Kaherah.
Selepas itu. Ketika ketibaan aku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Tiga orang jejaka matang Malaya; Ayahanda, Ayahanda Ngah dan Kekanda Abu Bakar. Ditambah dua orang jejaka kacak Malaya; JUM dan Zerox.
Kemudian. Seorang wanita berbangsa Cina.
Kemudian. Kemudian. Kemudian. Dan kemudian, kemudian, kemudian, kemudian dan kemudian.
KECIKnya kamu...
Macam umur DUA BELAS tahun.
Errr... itu kamo ye?
Tak tahu nak kata apa. Tapi nampak macam KURUS.
Itu anak umur SEPULUH tahun ka?
Waaahhh makin SLIM la...
Wow, SLIM giler...
Makin RAMPING la...
Apasal kamu makin KERING, MELENGKUNG?
Macam DRUG ADDICT pun ada.
Kesimpulannya. Aku tak cukup kasih sayang ketika bermukim di Egypt. Itu sebab aku begitu. Dan masih begitu hingga kini. Begini.
=)
Tentang: Diri