BismiLLAHirahmanirrahim.
i
Pada 11 Jun 2008, aku, Emy, Faezah dan Azah menyerbu CookDoor dengan perasaan lapar tahap kebuluruhan nyawa-nyawa ikan. Di samping untuk melenguhkan rahang mengunyah makanan, mengeyangkan perut, Majlis Bercerai Susu ini juga untuk meraikan kemerdekaan aku dan Faezah yang sudah habis periksa. Dan. Yang utamanya adalah untuk meraikan Emy yang bakal pulang ke Malaya untuk bercuti pada 7 Julai 2008 nanti. Dan. Faezah akan bermastutin di Kota Cairo sepanjang cuti musim panas ini. Ala... majlis perpisahan sebenarnya. =)
Dan semalam. 24 Jun 2008. Majlis Bercerai Susu kedua untuk bulan ini. KakIjan akan bermastautin di Kota Cairo untuk satu tempoh masa yang lama. Hilang seketika rakan berpeleseran secara skema aku ini. Aku dan KakIjan telah ke Tawarji. Kedai makanan laut. Lama sudah mengidam anak sulung untuk menghirup syurbah ini.