Katak Oh Katak!

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.





Buku ini menerangkan teknik bagi membunuh sifat 'M' besar; M.A.L.A.S dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat.

"Peraturan pertama memakan katak:Sekiranya kita perlu makan dua ekor kata, makanlah yang paling hodoh dahulu."
"Peraturan kedua memakan katak:Sekiranya kita perlu makan kata hidup-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung kata itu lama-lama."


Sesuai sangat yang mencari ubat malas macam beta! Tapi bab makan katak tu...






Kenal Mengenali

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Buku lagi.



Dedikasi :
'Buku ini didedikasikan kepada semua wanita. Harapan saya supaya golongan wanita dapat menyelusuri minda lelaki.'



"Wanita yang dihormati adalah ikan belaan. Wanita yang membiarkan lelaki tidak menghormatinya adalah ikan mainan."
 "Wanita yang berpakaian sesuai dengan keadaan, menutup aurat tetapi anggun adalah ikan belaan. Wanita yang berpakaian seksi adalah ikan mainan."
"Sekiranya kamu tidak pernah berjumpa dengan kawan-kawan, keluarganya, rakan kerjanya atau sesiapa yang penting kepadanya, dia sedang mencari ikan mainan. Sekiranya dia memperkenalkan kamu kepada orang-orangnya, dia mungkin mencari ikan belaan." 
 
Buku ini lebih sesuai jika pembacanya seorang perempuan yang masih solo atau belum ada komitmen di dalam perhubungan. Dan beta membacanya penuh dengan senyum simpul. =)



Sasterawan Itu

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Hari ini  terakhir di tahun 1434 Hijriyyah. Selamat tahun baharu 1435. Semoga tahun yang baharu ini dapat memperbaiki kehidupan kita semua dengan lebih beragama.


Sebenarnya dahulu, ketika beta di upper form, beta pernah belajar di kelas sastera. Tetapi tidak lama. Puncanya adalah kerana sastera punya gaya bahasa yang sukar beta fahami (beta kan orang visual). 

Dan, setakat ini cuma ada dua buah buku tulisan Sasterawan Negara ini.






Menerusi Dari Salina ke Langit Petang, dapatlah beta membuat kesimpulan bahawasanya ada satu tabiat beta sama dengan Sasterawan Negara ini; kami memerlukan masa yang panjang dan lama untuk mengkhatamkan sesebuah buku.





Nota Bawah:

1. Ok, Pahang memenangi Piala Malaysia 2013; 1-0 mengalahkan Kelantan.
2. Dan hari ini hari mengundi PRK DUN Sungai Limau.

Orang Visual

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.


Ini adalah bacaan terkumpul beta pada pertengahan tahun lepas(2012) hinggalah pertengahan tahun ini(2013). Kenapa beta kumpulkan? Ha ha... ini adalah kerana beta (rasa) tidak berkesempatan untuk duduk berlama-lamaan di depan laptop untuk menaip di blog. (Duduk juga depan laptop tapi buat kerja lain).

 Buku (beta kira ia adalah majalah/ komik) ini beta membelinya pada tahun lepas. Disebabkan beta dikategorikan sebagai 'orang visual' makanya adanya gambar-gambar memang menarik minat beta untuk membacanya.


Ini sebuah 'komik' yang agak 'keras' lawaknya. Beta tidak boleh komen lebaih-lebih, risau juga di ISA kan nanti. Ha ha ha...


Gambar muka depan.

Gambar buka belakang.



Dan ini tiga buah 'komik' bisa membuatkan beta rasa enjoy dan banyak pesanan Nabi Muhammad (SAW) yang mesti diaplikasi dalam kehidupan Muslim seharian. Ini pelukis Indonesia, gi mana kartunis-kartunis Muslim Malaya ya???







Yahudi Beta

BismiLLAHirrahmaanirrahiim



Mukadimah : Lama sungguh beta tidak menaip di sini. Mujur saja kata laluan masih lagi dalam ingatan yang samar-samar. Pada hari Malaya Merdeka yang ke 56 ini, hati beta telah digerakkan untuk menyambung taipan yang semakin lama semakin kurang kepantasannya.


Apabila beta membaca kitab ini, maka terasa banyaklah Yahudi dalam diri beta ini. Aduh...

















































































































Salam Hari Merdeka yang ke 56; Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku!



P/s : Jangan jadi Yahudi LaknatuLLAH!




Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah