Januari 2013M

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Sollu 'ala nNabiy! Sollu 'ala nNabiy! Sollu 'ala nNabiy!


Sudah hampir 6 bulan beta tidak ber-blogging. Banyak peristiwa yang terjadi sepanjang tempoh enam purnama tidak mampulah kiranya beta berkehendak untuk 'mengulangceritakan' segalanya yang telah terjadi itu.

AlhamduliLLAH beta masih dikurniakan nikmat kesihatan yang tidak ternilai harganya walaupun percuma. HamdiLLAH beta masih lagi dikurniakan nikmat ingatan yang kekal akan password blogspot ini. Mungkin kerana beta mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang juga amalan-amalan orang yang soleh. Thank You Allah!

Bulan pertama di tahun baharu masihi ini; Januari 2013 mengingatkan kita tentang lahirnya seorang Tokoh Terunggul Dunia. Bagindalah 'Bapa Perubahan Dunia' yang terlalu banyak membuat pelbagai perubahan dari sudut peradaban, pengurusan, pentadbiran, perundangan... Namun apa yang kita lakukan sebagai tanda ucapan 'terima kasih' di atas segala usaha dan daya baginda? Perarakan jalanan halal sambil membawa sepanduk? Ceramah-ceramah mengenai sejarah kehidupan; sebelum lahir-selepas lahir, sebelum diangkat menjadi rasul-selepasnya, hinggalah berakhirnya nafas di jasad. Bercerita tentang sunnah-sunnah baginda, juga mu'jizat, dan syafa'at baginda di akhirat kelak. Berceramah di pentas, berbaju Melayu, bersongkok tinggi... Bercerita, bercerita dan bercerita hingga dahaga disediakan air kosong di meja. Tetapi tetap juga tidak melakukan perintah baginda (perintah ALLAH). Tetapi juga di kaca tivi dan pentas sana sini dengan acara-acara jahilyyah... Itulah acara yang akan berulangtayang menjadi hidangan mata, telinga, dan pemikiran sepanjang tahun.

Oh, beta berbicara begini, bukanlah bermakna beta anti-sosial. Tetapi mungkin juga atas faktor usia beta yang semakin hari semakin tua. Mungkin juga sudah diberi kesedaran tentang 'rumah kata pergi, kubur kata mari'. Kita semua mahu masuk syurga. Sama ada Muslim atau Kafir akan memilih mahu masuk syurga. Tetapi adakah kita sudah memiliki tiket atau pun pass masuk untuk ke syurga? Apakah bekalan kita untuk masuk ke syurga? Mahu kencing pun harus bayar RM0.30 di tandas awam inikan pula mahu tinggal dan hidup di syurga?


Salam Hari Kelahiran Nabi Muhammad SallALLAHu 'alaihi wa ssallam. Sollu 'ala nNabiy!

Salam Hari Kelahiran buat 'tuan' blog! =)


Parcel yang sampai awal tiga hari sebelum hari kejadian.









 Hadiah yang sampai pada hari kejadian.







Hadiah yang sampai sehari selepas hari kejadian.




Syukran ya RasulALLAH.
AhmaduliLLAH ya ALLAH.
Terima kasih yang menghadiahkan beta material, du'a, ucapan, jua ingatan! 


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah