Ketuklah Hatimu

BismiLLAHirrahmaanirrahiim




Kadangkala kita terasa hati dengan kata-kata seseorang. Beta juga. Dan beta tertanya-tanya, mengapa beta terasa hati?


Setalah beta menggali dan melombong soalan itu untuk ketemu jawapannya, tidaklah terlalu abstrak sangat. Petik jari je... belum tentu berbunyi. Hahaha


Kerana (mungkin) yang diperkatakan oleh seseorang itu ada benarnya. Dan kita telah dan pernah melakukannya. Seperti kata-kata klasik Melayu lama; 'Siapa makan cabai terasalah pedasnya!'. 








Ketukan beduk mampu membangunkan dirimu dan menyeru orang lain.
“Orang yang bijaksana akan lebih terkesan oleh bisikan berbanding jeritan”.

Macam mana nak jadi baik?      
            
“Saya nak baiki diri. Daripada mana saya harus bermula?”

“Mulakan dengan memperbaiki solat,” Cadang saya.

“Mengapa solat?”

“Awak nak jadi baik, bukan?”



“Tapi kalau orang itu masih jahat juga setelah mengerjakan solat, bagaimana?”

“Itu yang saya katakana, dia perlu memperbaiki mutu solatnya. Baiki solatnya… bila solat dah baik, insya-Allah itu akan jadi baik.”

“Saya cuba menjelaskan bahawa punca orang enggan solat ialah apabila dia rasa tidak memerlukan Allah di dalam kehidupannya. Dia tidak Nampak atau terasa keagungan, kekuatan, kekayaan, keilmuan dan lain-lain sifat kesempurnaan Allah.”

“Atau dia merasakan ada pihak lain yang lebih berkuasa daripada dirinya, maka ketika itu dia bertuhankan pihak tersebut”.


Kesimpulan beta:
Semua yang baik itu bermula dengan solat. :D



Jika tuan-tuan hamba masih tidak merasai apa-apa apabila membaca al kitab ini, silalah berjumpa dengan tabib (doktor) hati. Kerana mungkin hati tuan hamba sudah parah atau kronik.



Merajuk

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Tajuk Tesis 'Master' beta telah 'dicuri' orang.
Beta merajuk 9 tahun.


9 tahun.


Merajuk 9 tahun!


9 tahun beta mahu merajuk!

Jangan Kamu Berdusta

BismiLLAHirrahmaanirrahiim




Baiklah.
Beta ingin menyambung al-kisah kitab-kitab yang telah beta ladeni dengan senang dan tenteram. Sungguhpun dahulunya beta telah mempelajari beberapa hadeeth maudu', akan tetapi terlupalah juga beta bagaimana rupa parasnya, di mana kedudukannya dan siapa empunya perawi yang tidak diterima itu. Makanya atas rasa keberdosaan beta dek kerana terlupa akan hadeeth yang maudu' itu, beta telah membelanjakan duit untuk membeli kitab yang lebih pantas beta fahami bahasanya. Nah...










Kadang kala beta perhatikan ramai manusia di luar sana yang mana ketika berucap kata mengukuhkan rasa mengambil potongan-potongan hadeeth yang tidak diketahui sumbernya; sama ada hadeeth itu diterima atau ditolak oleh ahli-ahli muhaddeethiin. Sama ada orang berucap itu tidak mengetahui asas dan sumber hadeeth itu atau pun sengaja mengambil kesempatan di atas  kejahilan audien atau pembaca. Inilah akibatnya jika beta yang tidak tahu, dan malas untuk ambil tahu perkara-perkara yang berlaku di sekeliling beta. Beta yang berkedudukan tinggi ini, amatlah terhina rasa jika ada yang memperbodohkan beta di atas rasa 'malas nak tahu, malas nak ambil tahu...' dan sebagainya perasaan yang rela dibodoh-bodohkan orang.


Beta senaraikan 40 hadeeth palsu yang terdapat di dalam kitab ini:


1.       Menuntut ilmu hingga ke China
2.       Menuntut ilmu daripada buaian
3.       Nabi kota ilmu dan Ali pintunya
4.       Doa ketika membasuh anggota wudhuk
5.       Solat yang tidak mencegah kemungkaran
6.       Solat dengan berserban
7.       Solat sunat Hari Raya
8.       Solat ragha’ib bulan Rejab
9.       Kelebihan Solat Tarawih
10.   Mengusap mata semasa laungan azan
11.   Kelebihan puasa sunat Rejab
12.   Kelebihan Puasa Asyura
13.   Abdul Rahman bin Auf masuk syurga merangkak
14.   Anak zina tidak masuk syurga
15.   Jihad hati
16.   Perselisihan adalah rahmat
17.   Syurga di bawah tapak kaki ibu
18.   Siapa yang kenal dirinya, maka dia kenal Tuhannya
19.   Menghidupkan malam Israk Mikraj
20.   Rejab bulan Allah
21.   Kelebihan membaca surah Yaasiin
22.   Yaasiin hati al Quran
23.   Cintakan Negara
24.   Bekerja untuk dunia
25.   Kelebihan sunat Dhuha
26.   Berjabat tangan boleh masuk syurga
27.   Menyapu muka selepas solat
28.   Talak menggegarkan arasy
29.   Dunia itu ladang akhirat
30.   Tidak menziarahi Nabi ketika haji
31.   Solat orang yang berkahwin lebih baik
32.   Bercakap urusan dunia dalam masjid
33.   Meraikan maulud Nabi
34.   Amalan khas Nisfu Sya’ban
35.   Menziarahi kubur pada hari Jumaat
36.   Membaca doa awal dan akhir tahun
37.   Nur Muhammad
38.   Larangan ketika hubungan suami isteri
39.   Kisah Alqamah si anak derhaka
40.   Manusia akan baik sekiranya pemerintah dan ulama baik



Moga ianya dapat dikongsikan bersama. 


Beta undur diri dulu.



Seratus 1

BismiLLAHirrahmaanirrahiim








Wah, lama sungguh beta beruzlah. Atas masalah teknikal ada banyak perkara yang beta tangguhkan dari meng-up date-kan di sini.


Sepanjang peng-uzlah-an beta yang tidaklah begitu lama, beta telah mengkhatamkan beberapa buah kitab sebagai mempelajari mengasah minda yang kian tumpul akibat faktor usia beta yang semakin meningkat.


Tidaklah beta berasa betah dengan aktiviti yang tidak berfaedah memandangkan beta sedar betapa berharganya masa itu lebih dari ketulan emas tulen mahupun bintang-bintang di langit atau pun hanya seketul bulan penuh dengan sinaran yang sentiasa dirindui oleh insan-insan yang sedang berkasihan.












Keistimewaan buku ini:
-          Sesuai dibaca semua peringkat umur
-          Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor
-          Mendekatkan pembaca dengan hadith
-          Seneng difahami dan dihayati
-          Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan
-          Sesuai untuk dijadikan cenderahati
-          Sebagai bimbingan kepada remaja.




Dengan keadaan beta yang berseorangan (uzlah) buku ini bisa membuatkan beta senyum sendirian tanpa bersedeqah dengan yang lain. 





Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah