Hoho :)

BismiLLAHirrahmaanirriim.




Adik Jah : Ayah, ayah boleh tak Adik Jah ikut Uchu balik 'Island'?
Si Ayah : Isk tak boleh. Balik. Esok sekolah.
Adik Jah : Alaaa... boleh la, 'yah'. Tapi Uchu bagi Dik Jah cuti.
Si Uchu : Erkkk... (Bila masa pula aku jadi cikgu sekolah Adik Jah). :D







Jangan Tidur

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.






Lama betul baru dapat khatamkan pembacaan. Lebih berasa termuhasabah jika membacanya di bulan Ramadhan. Tak adalah asal puasa je nak tidur. Asal puasa je kena tidur kerana letih atau penat. Alasan tak ilmiah betul!


Biasanya; Orang Baik Hati Murah Rezeki

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Saya telah menerima 'ini' dengan percuma! Tiada slogan. Tiada peraduan 'Gores dan Menang'. Tiada cabutan bertuah. Tiada 'tikam nombor jajan'. HamdiLLAH. Moga ALLAH murahkan rezeki 'dia' dan kita semua.





Terima kasih, Encik Tun Sri Lanang!


Onar

BismiLLAHirrahmaanirrahiim







Aku menerima 'surat layang' supaya mengurangkan aktiviti meronda dan berfoya-foya di 'Pulau Penganiayaan' itu.


Apahal pulak? Aku bukan kacau orang! Aku bukan guna kenderaan orang! Aku bukan pakai duit orang pun! Dan aku bukannya mengorat atau menggatal atau menggenyit mata pada orang pun.


Ada aku kesah?~!!!


Kali Ini

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Lama sungguh tidak menaip di sini (sampaikan terlupa kata laluan). :)
Hari ini hari terakhir bulan Syawal 1432 Hijrah. Tahun ini aku tidak sempat untuk mengutip pahala 'puasa enam'. Awal-awal Syawal sudah ke'uzuran syar'ei. Separuh baki dari bulan Syawal pula aku terpaksa mengambil ubat Sangobion Merck DBL 8815801601A1 untk men-stabil-kan tekanan darah. Takdo rezeki den.

Untuk tahun ini aku berjaya mengutip duit raya sebanyak RM305, tunaaai... 305 you! HamdiLLAH.


Agak-agaknya tahun depan punya raya aku akan dapat lagi ke duit-duit Ringgit Malaysia yang tunai di dalam sampul raya eh?


Duit raya dari MB.


Tanzir

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Selamat dikhatamkan bulan lepas. Buku ini sangat sesuai dijadikan hadiah sama ada sempena hari kelahiran atau pun apa saja hari istimewa kepada anakanda-anakanda yang disayangi.





Lagi

BismiLLAHirahmaanirrahiim.







AlhamduliLLAH, Maha PENCIPTA masih lagi memanjangkan umur kita di tahun ini dan sampai lagi ke Bulan Ramadhan.


Selamat berpuasa kepada kalian semua. Janganlah puasa kita hanya 'dapat' lapar dan dahaga saja. Penuhilah dengan pelbagai tawaran ke Syurga yang disediakan.



Ramadhan kareem.
- ALLAHu akram!-

Tak Ada Rezeki Atau Teraniaya

BismiLLAHirahmaanirrahiim.




Akibatnya; sudah 9 hari aku menjadi warga pulau. Kalau mahu ikutkan rasa hati, memang aku tidak redha dengan apa yang telah 'mereka' lakukan kepada aku. Disebabkan iman yang masih berbaki aku cuba tenangkan hati dengan hakikat mungkin telah tercatat di pulau ini rezeki dan kebahagiaan aku. Sangat mudah dalam bentuk ayat tetapi untuk ditelan dan dihadapi dalam bentuk kehidupan...

Di pulau ini aku mungkin akan bermastautin dalam 2 atau 3 tahun atau lebih. Aku wajib berbaik sangka dengan takdir yang telah ditetapkan. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.



























Dengan tiba-tiba aku teringat akan 'santau'. Muhahaha

Mungkinkah?

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Sedang khusyuk mengemas stor buku, tiba-tiba terjumpa buku ini.





Hampir-hampir belajar ilmu pengkomputeran di dalam bahasa ini. Rugilah juga. Kalau tidak mungkin saja aku bisa menjadi penggodam yang tersohor!


Manipulasi Vs Menipu Vs Kebijaksaan?

BismiLLAHirrahmaanirrahiim




Kali ini 'buaya-buaya' bonda ralit dengan games di komputer riba saya hinggakan remote control televisyen tidak disentuh. Ahah, peluang saya untuk berkuasa ke atas peti tivi! Habis semua rangkaian tivi percuma Malaya saya 'tawaf' untuk mencari rancangan yang secocok dengan mood minggu saya. (Pemberitahuan: Di rumah ayahanda saya tiada rangkaian tivi berbayar). Tiba-tiba saya terkalih sebuah filem Tamil yang sudah diseparuh cerita. Sambil makan (sorang-sorang) saya tertarik dengan scene di dalam mahkamah. Sepantas kilat saya teringat kata-kata pensyarah Psikologi saya; 'Karier mengikut etnik. India; peguam, doktor, Cina; perniagaan. Melayu; kakitangan kerajaan'. Terus saya berminat menonton kepetahan orang India di dalam mahkamah.


Kesah 8 orang pelajar perempuan jurusan perubatan (tahun pertama) didakwa membuli dan memotong-motong (membunuh) rakan sekelasnya. Disebabkan kelapan-lapan orang pelajar tersebut anak orang kaya (banyak duit) dan mampu mengupah seorang peguam terhebat, maka mereka terlepas dari sebarang hukuman. Saya tertarik dengan cara peguambela lakonan R.K.- Advocate Laxman Krishna aka LK bijak memanipulasikan bahan bukti. Dan saya dapat merasakan kesedihan yang ditelan oleh bapa mangsa kehilangan satu-satunya anak (biar pun anak angkat), malah dituduh pula sebagai pencabul terhadap anaknya. Pada awalnya saya memang geram terhadap pendakwaraya tersebut yang semacam memang peguam tidak berpengalaman yang hanya mampu diupah oleh bapa mangsa yang 'orang kampung- tak ada duit'. Ooo... patutlah macam tu. Rupa-rupanya semua saksi telah 'dibayar' oleh seorang bapa dari 8 orang pelajar tadi termasuk pendakwaraya. Di akhir cerita tersebut agak kurang lojik di mana sebenarnya peguambela tersebut membunuh ke semua saksi yang dibayar, mastermind dan semua yang terlibat di atas pembohongan tersbut.


Maaf ya, gambar yang menjolok mata.

Tv2 : 1.30 petang (3 Julai 2011) : Spice of India : Ellam Avan Seyal


Minda saya kembali bekerja setelah habis sepinggan nasi. Keadaan sebegitu berlaku sekarang. Di zaman kapitalis yang kaya berkuasa, yang miskin didera. Hinggakan berlaku di dalam mahkamah (di dalam filem itu tuan hakim bersifat neutral), pentadbiran... Lihatlah di sekeliling.

Saya sangat-sangat takut jika perkara sebegini terjadi pada keluarga saya yang sememangnya hanya orang marhein, yang tidak banyak duit. Jadi, bagaimana saya dan kalian mahu mengubah kuasa kapitalis yang semakin menindas?


Rebut

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain; iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sehat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.”



AlhamduliLLAH. SyukriLLAH. Tak jadi pembedahan tu.


Papan Itu

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Aku terjumpa papan tanda ini di sebuah pantai di Silverland. Minda aku yang suci lagi menyucikan pun berkerja...

A) Adakah papan tanda ini disebarluaskan seperti mana papan tanda lain seperti contoh 1Malaysia?
B) Adakah tindakan di atas benar-benar dilaksanakan?
C) Adakah papan tanda ini khusus hanya untuk orang Muslim, atau termasuk dengan orang bukan Muslim?
D) Jika benar ada sebarang tindakan di atas dilakukan, bagaimana persepsi 'peasalah' tersebut?
E) Adakah pihak-pihak atau 'pesalah' yang mempertikaikan tindakan tersebut?
F) Adakah pihak-pihak atau 'pesalah' yang membantah tindakan tersebut?
.
.
.
P) Bagaimanakah yang dikatakan 'melakukan perbuatan yang tidak sopan' dan 'mendedahkan mana-mana tubuh badan yang boleh menimbulkan ghairah'? - Bukannya apa... Aku tengok sekarang ni walaupun 'bertudung' dan menutup urat, aku ulang ya U.R.A.T bukan aurat, tetapi masih boleh menimbulkan rasa ghairah. Jadi, macam mana tu?


Kalaulah benda ini benar-benar dilaksanakan, maka akan kayalah Pejabat Agama Islam Silverland. Maka akan bertambahlah wang zakat kepada yang selayaknya. Jadi tak perlulah nak ungkit-ungkit tentang perihal subsidi negeri (ada ke?) yang sebenarnya tak berapa nak ikhlas memberi. Maka akan memudahkan aku berfesyen daripada yang sebelum ni sakit otak mahu membeli baju di gedung-gedung membeli belah. Dan sekali gus, akan menurunkan kadar mangsa rogol. Mudah-mudahan. InsyaALLAH.

Banyak benda baik di Malaya ni berstatuskan 'KALAU'.


Solat Jumaat Didatangi Polis.

BismiLLAHirhammanirrahiim





Semalam. Hari Jumaat.

Masjid Jame' Al Mansor gempar apabila seorang budak yang mahu mendaftar di maahad mengamuk. Polis terpaksa dipanggil untuk menjaga budak bagi melancarkan Solat Jumaat.

"Tak kan lah mengamuk sebab tak dapat masuk sekolah situ?" Aku.
"Naik hantu. Kata emaknya budak tu dulu belajar Silat Harimau. Masa budak tu mengaum, kuat. Dia siku pintu belah tempat perempuan tu sampai nak tercabut." Ayahanda.

"Belajar silat ke, belajar ilmu salah...?" Bonda.
"Malu emak ayahnya. Nasib baik orang luar." Ayahanda.
"Isk isk isk... Orang bandar pun main ilmu-ilmu gitu jugak ke? Kolot sungguh!" Aku.
"Nasib baik Ustaz Agus tak terima. Kalau tak, habislah budak-budak asrama tu." Ayahanda.


Bagi aku tak salah nak belajar silat ni. Kalau setakat kena mandi limau dengan tujuh bilah jarum tu ok lagi. Tapi sampai ke tahap khurafat, sesat, rosak akidah... baik jangan. Belajar saja Silat Olahraga. =)


Kifarah

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.






Hampir seminggu saya terkena alahan. Dan masih. Seluruh badan. Sangat tidak selesa. Lebih-lebih lagi ketika solat. Mujur sedang bercuti untuk beberapa minggu.


AstaghfiruLLAH al 'ziim.

Lepasan Kuarantin

BismiLLAHirrahmaanirrahiim



Sudah lama tidak membaca. Ketika di dalam kuarantin tiga bulan langsung tiada kesempatan untuk berkhalwat dengan buku. Sekarang ALLAH telah berikan ruang.










Yang paling aku suka di antara tiga buku ini adalah Negeri 5 Menara. Rejim sekolah pondok. Sangat sesuai untuk tempoh pertengahan pendidikan. Bukan sekadar sekolah berasaskan peperiksaan, tapi dari sudut tarbiyyah, sahsiah peribadi, amalan ilmu sangat mengujakan.


Waktu Itu Tiba Jua

BismiLLAHirrahmaanirrhiim




Tanggal 6 haribulan Jun 2011, waktu 6. 15 pagi, Mak Long disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital. Ayahanda antara penerima panggilan terawal tentang berita dukacita itu. InnaliLLAHi wa inna ilaihi raaji'uun. Maka tamatlah 'perkampungan' kami di wad 1D Hospital Diamond Bay.








Letih dan lelah seperti tiba di penghujung lebih-lebih lagi bagi lima orang anak lelaki Mak Long. Aku dan kelurga juga terkesan. Berulang-alik ke hospital tiga kali sehari dalam lebih tujuh hari.

Sedih. Memang sedih. Aku tidak sesedih ini ketika nenda meninggal dunia dulu. Mak Long adalah satu-satunya makcik sebelah ayahanda. Dan aku rasa lebih sebak apabila menantunya menunjukkan sehelai jubah yang sudah siap ditempah bersama sepasang kasut untuk cuti hujung November nanti. Mak Long juga tidak sempat untuk main tidur-tidur di rumah baru ayahanda. Tidak sempat berhari raya yang aku sudah beridea untuk 'meng-order' menu istimewa. Banyak perkara yang Mak Long tak sempat...

Ketika nenda meninggal dunia dulu aku sudah terfikir. Ketika itu nenda mempunyai empat orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Manakala ramai cucuanda lelaki dan hanya beberapa kerat sahaja yang perempuan. Dari urusan memandikan, mengangkat, pengebumian jenazah, majlis tahlil semua dapat diatur dan diuruskan oleh ahli keluarga.

Ketika Mak Long meninggal dunia aku terfikir lagi. Walau pun Mak Long tiada anak perempuan, tetapi ada bonda untuk menguruskan keperluan jenazah seperti kain-kain yang mahu digunakan, urusan masak-memasak, membantu memandikan jenazah. Manakala urusan mengangkat, pengebumian, majlis tahlil, membeli barang-barang keperluan dapat diuruskan oleh anak-anak sendiri dengan agihan-agihan kerja.

Bagaimana jika keadaan itu dialami oleh aku dan kekanda? Kami hanya berdua. Dan berdua kami, dua-dua perempuan.


ALLAHu yusahhil 'la 'umurina fi ddunya wa laakhirah.


Kasihannya

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Kenapa kanak-kanak takut sangat mahu ditampalkan dengan Cool Fever eh? Macamlah nak kena sembelih dengan pisau Rambo.












Budak Gendut ni demam. SyafahALLAH.


Apakah?

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Sebelum ini, dia bagi kangkung.





Kemudian dia bagi pula betik dan labu.





AlhamduliLLAH, memanglah rezeki. Tetapi bilamana sebelum-sebelum ini, dia langsung tak pernah 'menghulur' logiklah bila aku bersangka buruk. Mengenangkan dia pernah 'berbisik' dengan bonda berkali-kali, adalah patut untuk aku mengatakan 'dia ni ada udang di sebalik batu'.


Setahun Janji

BismiLLAHirahmaanirrahiim




Dari tahun lepas lagi aku dah janji mahu membawanya ke Pesta Buku Kuala Lumpur. Tapi tak menjadi kerana ada aral, tak ada rezeki. AlhamduliLLAH tahun ini ada rezeki dia. Walaupun hanya perancangan di akhir waktu, hanya sekejap, tak mencapai matlamat, tidak memenuhi hajat, terlaksana juga janji tahun lepas. AlhamduliLLAH. Jangan monyok-monyok ok. Semuanya makcik belanja. (Untung dan bertuah tau dapat makcik yang pemurah macam aku ni!)






























Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah