Papan Itu

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Aku terjumpa papan tanda ini di sebuah pantai di Silverland. Minda aku yang suci lagi menyucikan pun berkerja...

A) Adakah papan tanda ini disebarluaskan seperti mana papan tanda lain seperti contoh 1Malaysia?
B) Adakah tindakan di atas benar-benar dilaksanakan?
C) Adakah papan tanda ini khusus hanya untuk orang Muslim, atau termasuk dengan orang bukan Muslim?
D) Jika benar ada sebarang tindakan di atas dilakukan, bagaimana persepsi 'peasalah' tersebut?
E) Adakah pihak-pihak atau 'pesalah' yang mempertikaikan tindakan tersebut?
F) Adakah pihak-pihak atau 'pesalah' yang membantah tindakan tersebut?
.
.
.
P) Bagaimanakah yang dikatakan 'melakukan perbuatan yang tidak sopan' dan 'mendedahkan mana-mana tubuh badan yang boleh menimbulkan ghairah'? - Bukannya apa... Aku tengok sekarang ni walaupun 'bertudung' dan menutup urat, aku ulang ya U.R.A.T bukan aurat, tetapi masih boleh menimbulkan rasa ghairah. Jadi, macam mana tu?


Kalaulah benda ini benar-benar dilaksanakan, maka akan kayalah Pejabat Agama Islam Silverland. Maka akan bertambahlah wang zakat kepada yang selayaknya. Jadi tak perlulah nak ungkit-ungkit tentang perihal subsidi negeri (ada ke?) yang sebenarnya tak berapa nak ikhlas memberi. Maka akan memudahkan aku berfesyen daripada yang sebelum ni sakit otak mahu membeli baju di gedung-gedung membeli belah. Dan sekali gus, akan menurunkan kadar mangsa rogol. Mudah-mudahan. InsyaALLAH.

Banyak benda baik di Malaya ni berstatuskan 'KALAU'.


Solat Jumaat Didatangi Polis.

BismiLLAHirhammanirrahiim





Semalam. Hari Jumaat.

Masjid Jame' Al Mansor gempar apabila seorang budak yang mahu mendaftar di maahad mengamuk. Polis terpaksa dipanggil untuk menjaga budak bagi melancarkan Solat Jumaat.

"Tak kan lah mengamuk sebab tak dapat masuk sekolah situ?" Aku.
"Naik hantu. Kata emaknya budak tu dulu belajar Silat Harimau. Masa budak tu mengaum, kuat. Dia siku pintu belah tempat perempuan tu sampai nak tercabut." Ayahanda.

"Belajar silat ke, belajar ilmu salah...?" Bonda.
"Malu emak ayahnya. Nasib baik orang luar." Ayahanda.
"Isk isk isk... Orang bandar pun main ilmu-ilmu gitu jugak ke? Kolot sungguh!" Aku.
"Nasib baik Ustaz Agus tak terima. Kalau tak, habislah budak-budak asrama tu." Ayahanda.


Bagi aku tak salah nak belajar silat ni. Kalau setakat kena mandi limau dengan tujuh bilah jarum tu ok lagi. Tapi sampai ke tahap khurafat, sesat, rosak akidah... baik jangan. Belajar saja Silat Olahraga. =)


Kifarah

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.






Hampir seminggu saya terkena alahan. Dan masih. Seluruh badan. Sangat tidak selesa. Lebih-lebih lagi ketika solat. Mujur sedang bercuti untuk beberapa minggu.


AstaghfiruLLAH al 'ziim.

Lepasan Kuarantin

BismiLLAHirrahmaanirrahiim



Sudah lama tidak membaca. Ketika di dalam kuarantin tiga bulan langsung tiada kesempatan untuk berkhalwat dengan buku. Sekarang ALLAH telah berikan ruang.










Yang paling aku suka di antara tiga buku ini adalah Negeri 5 Menara. Rejim sekolah pondok. Sangat sesuai untuk tempoh pertengahan pendidikan. Bukan sekadar sekolah berasaskan peperiksaan, tapi dari sudut tarbiyyah, sahsiah peribadi, amalan ilmu sangat mengujakan.


Waktu Itu Tiba Jua

BismiLLAHirrahmaanirrhiim




Tanggal 6 haribulan Jun 2011, waktu 6. 15 pagi, Mak Long disahkan telah meninggal dunia oleh pihak hospital. Ayahanda antara penerima panggilan terawal tentang berita dukacita itu. InnaliLLAHi wa inna ilaihi raaji'uun. Maka tamatlah 'perkampungan' kami di wad 1D Hospital Diamond Bay.








Letih dan lelah seperti tiba di penghujung lebih-lebih lagi bagi lima orang anak lelaki Mak Long. Aku dan kelurga juga terkesan. Berulang-alik ke hospital tiga kali sehari dalam lebih tujuh hari.

Sedih. Memang sedih. Aku tidak sesedih ini ketika nenda meninggal dunia dulu. Mak Long adalah satu-satunya makcik sebelah ayahanda. Dan aku rasa lebih sebak apabila menantunya menunjukkan sehelai jubah yang sudah siap ditempah bersama sepasang kasut untuk cuti hujung November nanti. Mak Long juga tidak sempat untuk main tidur-tidur di rumah baru ayahanda. Tidak sempat berhari raya yang aku sudah beridea untuk 'meng-order' menu istimewa. Banyak perkara yang Mak Long tak sempat...

Ketika nenda meninggal dunia dulu aku sudah terfikir. Ketika itu nenda mempunyai empat orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. Manakala ramai cucuanda lelaki dan hanya beberapa kerat sahaja yang perempuan. Dari urusan memandikan, mengangkat, pengebumian jenazah, majlis tahlil semua dapat diatur dan diuruskan oleh ahli keluarga.

Ketika Mak Long meninggal dunia aku terfikir lagi. Walau pun Mak Long tiada anak perempuan, tetapi ada bonda untuk menguruskan keperluan jenazah seperti kain-kain yang mahu digunakan, urusan masak-memasak, membantu memandikan jenazah. Manakala urusan mengangkat, pengebumian, majlis tahlil, membeli barang-barang keperluan dapat diuruskan oleh anak-anak sendiri dengan agihan-agihan kerja.

Bagaimana jika keadaan itu dialami oleh aku dan kekanda? Kami hanya berdua. Dan berdua kami, dua-dua perempuan.


ALLAHu yusahhil 'la 'umurina fi ddunya wa laakhirah.


Kasihannya

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Kenapa kanak-kanak takut sangat mahu ditampalkan dengan Cool Fever eh? Macamlah nak kena sembelih dengan pisau Rambo.












Budak Gendut ni demam. SyafahALLAH.


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah