BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Saya memang bertuah. Tahun ini kena lagi sebagai 'Cabutan Bertuah'. Tapi yang dapatnya...




=)

Jadi

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Saya minta maaf kepada awak.
Kerana saya, awak terkena fobia.
Saya minta maaf.

Muslihat

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Kejap-kejap dia menjeling saya. Kejap-kejap dia menjeling saya. Saya yang sudah perasan dengan tindakannya itu, buat-buat tak nampak. Saya dapat mengagak mengapa dia begitu.

Bila saya tengok mukanya, ada riak cuak. Baru sebentar tadi saya memarahi abangnya yang tidak menghabiskan makanannya. Mungkin nasibnya juga sama seperti abangnya. Fikirnya takut.

Tiba-tiba azan Zohor berkumandang.

"Uchu. Uchu dah sembahyang?" Soalnya sambil mengunyah nasi lagaknya.
"Belum. Kenapa?" Suara saya perlahan sambil membuat isyarat senyap demi menghormati azan.

Setelah azan tamat.

"Adik Jah rasa dah azan kan Chu?" Dia nampak yakin.
"Dah."
"Uchu pegilah sembahyang."
"Ni Adik Jah tak siap lagi makan. Nanti siapa tak kemas?"
"Tak pe. Uchu pegilah sembahyang."

Saya bangun dan melihat ke dalam pinggannya yang masih ada sedikit nasi yang diasingkan di tepi.

"Haaa... tak habis ye?!" Sergah saya. Dia tunduk melihat pinggan dan tidak menatap wajah saya.
"Habis ke tak ni?" Ulang saya lagi. Dia diam. Saya ulang lagi, "habis ke tidak ni?!" Suara saya makin meninggi.

"Tak." Suaranya cukup perlahan dalam nada takut. Terus saya jentik tangannya 2 kali.
"Lain kali kalau ambil nasi jangan?!" "Banyak..."
"Lain kali jangan ta_?!" "Tamak..."
"Kalau makanan tak habis berdo?!" "Berdosa..."
"Kalau berdosa TUHAN ma_?!" "Marah..."
"Kalau berdosa masuk api nera_?!" "Neraka..."

"Dah, bawak pinggang tu ke sinki." Dia terus ke sinki menunduk kepala tanpa melihat muka saya. Dia membasuh tangan. Saya jentik lagi tangannya sekali lagi.

"Lain kali jangan makan tak habis tau?!" "Ha."






Budak-budak sekarang. Kecil-kecil dah pandai bermuslihat. Muslihat Si Cilik.




Garang tak saya? =)

Uji-an

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.








Majoriti manusia takut dengan ujian. Takut sakit. Takut susah. Takut miskin. Takut tua... Kenapa ayat 'Rebutlah 5 perkara, sebelum datang 5 perkara' tidak kita ingati seperti jadual harian? Hidup juga adalah ujian. Tiada manusia yang tidak pernah ditimpa ujian. Sama ada sedar atau tidak, terpulang kepada keamatan dan muhasabah diri. Kesenangan, kekayaan, darjat, jawatan juga ujian. Bahkan anak-anak dan isteri-isteri itu juga ujian. Jadi janganlah kita mengeluh jika ditimpa ujian yang meresahkan dan menghimpit dada. Nabi suka umatnya ditimpa dengan kesesusahan sebagai ujian. Pada lazimnya manusia lebih mengenali TUHAN Pencipta ketika di dalam keadaan yang sukar. Apabila nafas susah disedut barulah lidah ringan menyebut 'Ya ALLAH...'. Syukur AlamduliLLAH kerana masih ingat pada TUAN Pencipta. Tetapi ada juga bila ditimpa bala atau ujian masih lagi tidak ingat akan TUAN Pencipta. Menyalahkan takdir TUHAN hingga caci-maki, sumpah seranah semua 'dizikirkan'.
Aduh, bagaimana lagi mahu ingatkan TUHAN?!

Ujian adalah alat pengukur iman. Sama ada kita syukur atau kufur. Sama ada kita makin dekat dengan TUHAN, atau jauh dariNYA.

Formula untuk hidup yang penuh dengan ujian; 'ALLAH tidak pernah sesekali menganiaya hambaNYA. Ujian yang diturunkan adalah selaras dengan kemampuan hambaNYA. Malah manusia jugalah yang selalu menganiaya diri yang seolah-olah menempah tiket ke neraka. Seperti contoh mudah; ALLAH perintahkan (wajib) untuk tutup aurat dan sebahagian urat, dia pula yang tutup sekerat-sekerat ikut tren dan minat.


Tetapi aku belum sampai tahap iman seperti seorang sahabat RasuluLLAH; beliau menangis kegembiraan penuh syukur kerana ditimpa ujian. Kerana bagi beliau,ujian itulah tanda ingatan ALLAH kepadanya.




Tahap keimanan kalian macam mana?

Kuarantin

BismiLLAHirahmaanirrahiim.







Bulan April, adalah bulan kedua dari 3 bulan aku 'dalam pantang'. Masih ada 2 bulan untuk aku rasa hidup dalam keadaan yang tak berapa nak best. Kemudian cuti pula 2 bulan. Itulah waktu yang ditunggu-tunggu walaupun tiada gaji alias elaun tapi rasa merdeka.

Siapa yang pemurah nak bagi aku 'zakat'? Ringan-ringankan jemari tu untuk pm aku eh.
=)


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah