Hari Cuti Yang Terpaksa Pakai Baju Kurung

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Kalau diikutkan adat, mungkin sampai hari ni aku terlantar di katil rumah atau saja di hospital. Nasib baik bonda ayahanda membuat pilihan 'biar mati adat, jangan mati anak', AlhamduliLLAH aku masih boleh ber-blog lagi pagi ini.

Alahhh... tak pakai baju kurung pun tak apa kan? Janji tutup aurat! Maka pada 17 Mac 2011 aku cuti dan terpaksa memakai baju kurung. Tak sangka pula 'adik manisss...' =D


























AlhamduliLLAH.

Flying Colors

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Seronok dapat mengi'rab orang melalui warna. Tapi tak boleh percaya 'bulat-bulat'. Ada yang betul dan ada yang tak tepat.




Sirih Pulang Gagang(?)

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Sudah 2 minggu aku kembali ke rutin seperti 7 bulan yang telah ditinggalkan dulu. Kena bangun pukul 6 pagi. Kena merempit di jalan raya yang sangat-sangat tak best cara penurapannya.

Kehidupan yang kelam-kabut di waktu awal pagi akan menghantui hidup aku sekarang. Macam nightmare je bunyinya.

Memang pun!





Ya ALLAH, berkatikah hidup aku dan kalian. Permudahkanlah segala urusan di dunia dan akhirat aku dan kalian. Thabatkanlah hati aku dan kalian pada jalanMU.


6 Tahun

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Hari Sabtu hari tu, aku bertemu janji. Dengan seoarang sahabat lama yang sudah 6 tahun tidak berjumpa 'live'.

Tarikh : 5 Mac 2011
Masa : 11 pagi
Tempat : 'Restauran Mewah'


Berjam-jam kami di situ. Dari asalnya duduk penuh tertib sehinggalah aku duduk sopan santun (baca: bersila, bersimpuh). Dari duduk-duduk hinggalah aku main baring-baring. Dari cerita-cerita besar, hinggalah ke cerita kecil-kecil. Ada ketawa gembira. Ada air mata duka.






Setakat ini, dialah sahabat aku yang paling tabah dalam meneruskan hidup bekeluarga. TUHAN, permudahkanlah urusan keluarganya dan berikanlah kebahagiaan yang selayaknya buat dia.


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah