Komik Dan Fiksyen

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




2 buah buku untuk bulan ini. Pilihan yang santai dan tidak 'berat'. Almaklumlah banyak benda 'berat' yang berlaku dalam bulan Februari ni.






Cuma banyak sangat kesalahan tatabahasanya. Sudah seperti cikgu Bahasa Melayu pula.








Buku kedua ni, penulisnya adalah seorang rakan blogger aku. 'Anti', aku panggil dia. AlhamduliLLAH, Sarah mendapat hidayah.



Adil Saksama

BismiLLAHirahmaanirrahiim.




Pukul 8.30 pagi, aku menerima panggilan telefon. Menurut orang besar; Dr Shaheda mahu berjumpa dengan aku dan yang lain pada pukul 9.00 dan mesti berakhir pada pukul 11.00 pagi di biliknya.

Aku yang belum mandi ni pun, terkocoh-kocoh khidmat diri. Pukul 9.00 pagi aku menghidupkan enjin kereta sambil menyanyi-nyanyi kecil mengikut lagu yang sedangkan berputar milik sebuah radio komersil. Meter kelajuan menunjukkan 105 segera diperlahankan apabila tiba di sebuah jalan susur masuk di jalan utama. Tiba-tiba ada bunyi yang agak meragukan hinggap di cuping telinga yang berbalut dengan skaf dan tudung bewarna merah.










AlhamduliLLAH. Bantuan dari ALLAH datang segera. Tidak sampai 5 minit dan tidak sempat aku menyinsing lengan baju seorang hambaALLAH yang baik hati datang membantu. Agaknya dia kasihan melihat seorang perempuan yang comel lagi jelita tersadai di tepi jalan dalam kesusahan. Orang berbudi kita berbahasa. Setelah selesai kerja-kerja menukar tayar, aku bertanyakan upah yang jika dia anggap sebagai balasan. Ya... tiada ada yang percuma dia zaman kos hidup semakin tinggi sekarang. Dia meminta aku mendu'akannya agar murah rezeki dan bahagia hidup. Itulah upahnya. Dengan sepantas kilat, cepat-cepat aku menadah tangan menghadap kiblat dan mendu'akan lebih dari 'upah' yang dia minta.


Aku terpaksa ke stesen minyak Petronas untuk mengisi angin tayar simpanan yang kurang sebelum bertemu dengan Dr. Shaheda.


Kesimpulan adat dalam tregedi hari ini:-
Jika aku balik rumah semalam, tayar kereta tak akan bocor dan aku tak dapat berjumpa dengan Dr. Shaheda untuk menyelesaikan masalah.
Jika aku balik malam nanti, tayar kereta bocor, tapi aku dapat berjumpa dengan Dr. Shaheda dan masalah dapat diselesaikan.


Bukanlah itu adil dan saksama?



Buat baik dibalas baik! Mari kita buat baik banyak, dan cuba minimunkan kesalahan yang sengaja. Selamat ber'amal!

Rejim Buku

BismiLLAHirrahmaanirrahiim




Datang lagi.




Dulu aku pernah bercita-cita mahu bermusafir ke Jerman. Rezeki tiada. Tetapi sekarang Si Jerman pula yang datang kepada aku. Inilah Si Jerman yang ditugaskan sebagai spy untuk aku selama 3 bulan.




Hari-hari terakhir peng-kuliah-an.


Puan Haziyanti mengajar kami tarian Zapin sebelum menjawab kertas 'Pop Kuiz'. Puan Haziyanti ni se-sekolah dengan aku. Cuma dia super senior. Dia pensyarah di bahagian Sains Sukan dan Kejurulatihan.





Kelas petang terakhir Kumpulan B bersama Mr. Nadarajan a/l Thambu. Kelas yang paling sempoi. Aku suka sangat kelas ni.


Kelas akulah yang paling meriah, majmuk. Ada berlatarbelakangkan jurutera, 'orang Bio', Bio-Computer, 'bawah sikit dari doktor kesihatan, kaunselor, arkitek, Ustaz-ustazah...








Malam. Taklimat terakhir untuk 'Program masuk hutan dan masuk bangunan'. Sangatlah aku tak suka.



Kembali

BismiLLAHirahmaanirrahiim.




Tiap kali musim peperiksaan datang, macam-macam jadi. Kalau perkara yang best, alhamduliLLAH menaikan semangat untuk membaca buku, nota, segala bagai.

Tapi kalau yang tak best...






Asal nak periksa je, ada masalah.
Banyak dosa betul!

Kebatuk(k)an

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.






Hampir seminggu demam.
Sudah dua minggu batuk.
Ohok! Ohok! Ohok!

Orang dengar suara aku seksi.
Aku yang bercakap rasa seksa.
Uhuk! Uhuk! Uhuk!

Aku sudah ke klinik.
Dapat ubat demam, ubat sakit tekak, ubat batuk.
Aku sudah ke kedai.
Beli ubat melegakan tekak.

Koh! Koh! Koh!


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah