Hangat-hangat Taik Ayam, Harapnya Tidak!

BismiLLAHirahmaanirrahiim.




Tahun baru, dengan buku motivasi. Amat tepat dan cocok. Mudah-mudahan hidup yang dipinjamkan akan lebih bererti dan bermakna (waduh-waduh!). Banyak petua awet muda di dalamnya. Hehehe.






Cuma buku kedua untuk bulan ini, rasa kureng berbaloi. Seperti buku yang pernah ditulis oleh (Dr.) Faisal Tehrani dengan berbeza babak sedikit tentang nasib Qaseh Puteri yang telah dirogol oleh Tuan Besar Keramat Antonio Arantez (Paderi yang ego) dan selebihnya adalah kisah peperangan armada.




"Hamba hendak mentafsirkan makna bendera itu, kenapa lanun selalu memakai bendera warna hitam. Tidak dipilih warna seperti merah-putih atau warna bendera kebudayaan bangsa kita? Adakah apa-apa muslihatnya Dato'?" Tanya Bujang dengan suara ingin tahu.

"... Yang sebenarnya ada dua pengertiannya. Pertama tanda tidak takut dan kedua tanda berkabung akan kehilangan Kerajaan Melayu Melaka."


Plot yang paling aku suka ketika Qaseh Puteri berdebat dengan Tuan Besar Keramat Antiono Arantez tentang menyucikan hari Sabat yang dilakukan oleh penganut Kristian pada zaman itu.

"Sebenarnya nama hari Sabat itu hari apa? Sabtu atau Minggu?" Qaseh Puteri terus menikam tanpa was-was.


Rasanya perlu ke kedai buku lagilah minggu ini.

Ahha Kalian Sudah Tua

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Hari ini adalah hari lahir mereka berdua.
Seorang Kristian. Seorang Muslim.


Baru Celik Mata Pun Boleh Gelak Galak

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




OST No Limit aku menyanyi pada 6.46 pagi. Dipicit dari telefon tangan milik Kekanda. Hati aku mula berdebar. Menyangka ada berita dukacita bakal dibisikkan memandangkan bonda sedang demam sekarang. Bisik punya bisik....

Bukan hari ni lah. Adik seorang pun tak boleh nak ingat... (ala-ala merajuk manja gitu)
Ohhh... Hahaha... Terlupa la. Ingatkan hari ni sebab tu telipon kamu pagi-pagi ni.
Ah, maleh kawan!
Balik tak hari ni?
Tak. Esok ada kelas sampai pukul 12. Lepas tu baru balik. Kenapa?
Kanda ada belikan hadiah (Oh, suka-suka!) Tapi rasanya mesti kamu tak berapa berkenan. Tapi kanda nak kasi jugak pada kamu. Hahaha! (Cis!)




Tetapi itulah kekanda tunggal aku.


Setelah

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




5 Januari 2011

Via sms.

Salam slmt pg. Ptg ni free x? Jom deting kt sr- (.....)
Wsalam, ok je aku pn free.. sr tu ape?
Sikret resepi la tmpt aku dh plih. Hg tetpkn wktu
Peh tempat bkn main moden hehe.. kul 3 ok tak?
Hehe bla lg aku nk pow hg kaw2 haha ok set pkai cntek2 nma pn deting xnk pkai bju skolh pg td
Ceh aku pki bj semalam je.. xde nk pow2 ye, aku pn sengkek, sendiri mkn sendiri bayor haha
Oit hg dh btolak ke
Oit jadi ke tak nk dating ni
Jd le aku dh grk2 khas ni
Wokeh.. c u there
Aku dh smpi
Ok
Jln jem
Haha hg mcm dok kl.. nak mkn kt piza or kfc tak, aku lapor thp gaban ni


Hampir 12 tahun kami tak berjumpa. Bila dah setting mahu berjumpa tiba-tiba aku rasa gemuruh. Tak tahu mengapa. Dia bukan lelaki bujang. Dia juga tiada abang atau adik yang masih bujang. Tapi kenapa ya, aku rasa lain macam. Ah, sudahhh...






Dia masih seperti dulu. Selamba, banyak cerita cuma dia nampak kurus sekarang. Yang aku tak tahan, dia boleh kata aku ambil Sains Sukan di sini. Isk isk isk Ida... sadis sungguh.

Macam-macam cerita yang keluar. Maklumlah tempoh 12 tahun tak jumpa mahu diceritakan dalam tempoh 4 jam. Bergusip, perkara harus. Mengimbas nama-nama bekas guru-guru, rakan sekelas, para suami, anak-anak, kerjaya, keberadaan, hinggalah ke soal jodoh kami berdua.

Aku tak ingat dia ni orang yang ke berapa, kenapa mereka tidak percaya aku pernah belajar di negara Arab eh? Keliru sungguh!



17 Januari 2011

Salam slmt ptg hg free x mlm ni jom deting kt tmpt mkn brt yg sdp aku pose ni
Wsalam.. oii gemuk la aku woi tp blh jg hehe.. ada idea ke nk mkn kat mane
Tmpt ikut hg, aku follow je
Aku x tau la mane yg sdp.. hg tanye le kwn2 hg kot2 diorg tau
Hg dok cni kn da 7 thn kmi ni sthn tdak lg. Tya la hosmet hg. Ke hgpa jnis x mkn kt luar. X brut la wei
Kami ni solehah jrg mkn luar beb..
Xpela klu cmtu knsel le haha
Aik blh mcm tu pulak
Abih da tau nk mkn ktne. Briani gm dkt blion tu bka ke mlm
Bukak rasenye tp ya amat lembap.. hg penah mkn kat jaris.. dia ada jual western food aku rs
Oit jom la pg.. Sian hg lapor.. aku dh siap dh
Ke hg dh x thn rndu kt aku, alsn. Roger
Blah la.. cpt sket oi









Macam mana kalau hidup tiada sahabat/ teman eh?


Tahniah & Terima Kasih

BismiLLAHirahmaanirrahiim




AlhamduliLLAH. Selesai sudah kerja kami yang sudah dirancang hampir 3 bulan. Walaupun ada sebahagian kandungan proposal ditolak, tapi 'ala kulli hal sudah berjaya dilaksanakan. Terima kasih banyak kepada yang terlibat. Hanya ALLAH yang bisa membalas segala khidmat.












Mukadimah

Bismillahirrahmaanirrahiim.



Acara pembukaan tahun baru.
Meraikan seorang 'budak-kena-masuk-penjara'.
















Tu diaaa... Kaki sampai naik kerusi.












'Kopak' jugalah makcik budak-kena-masuk-penjara itu.


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah