Pelihara

BismiLLAHirrahmaanirrahiim





Malam tadi.
Aku terima ugutan dan ancaman mencederakan.
Dan aku sangat takut sekarang.
Bila-bila masa, di mana-mana saja aku boleh cedera seperti yang diucapkan kerana dia tahu di mana keberadaan aku, dengan izin ALLAH.




"Ya ALLAH, KAU bukakanlah pintu hatinya untuk menerima kebenaran dengan berlapang dada. Amiin Ya RABB."



Itu doa aku untuk dia.

Selamat Pengantin Baru 'Opah'

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Dari Saya Untuk Kalian

BismiLLAHirahmaanirrahiim.






AlhamduliLLAH

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Mula-mula dulu.
Aku nak beli beg galas untuk komputer riba. Aku tangguhkan niat pembelian. Tunggu, tunggu, dan tunggu....
Tiba-tiba ada yang pemurah memberi aku beg galas untuk komputer riba secara percuma. Bukan satu, tapi dua!
AlhamduliLLAH.


Kemudian.
Aku nak beli beg duit wanita. Beg duit yang menempatkan kad pengenalan, kad bank, lesen memandu, kalendar peribadi... Beg duit yang menempatkan not wang kertas tanpa berlipat. Aku tangguhkan niat pembelian. Tunggu, tunggu,dan tunggu...
Tiba-tiba ada insan yang pemurah memberi aku beg duit wanita yang berjenama secara percuma.
AlhamduliLLAH.


Kemudian.
Aku nak beli t-shirt untuk dipakai ketika acara santai-mantai di rumah. Aku tangguh niat pembelian. Tunggu, tunggu, dan tunggu...
Tiba-tiba ada insan yang pemurah (setelah didesak) memberi aku t-shirt berjenama sukan secara percuma.
AlhamduliLLAH.


Kemudian.
Aku ada niat nak bersuami untuk meneman dan memimpin aku ke jalan bahagia dunia akhirat. Tunggu, tunggu, dan tunggu...
Tiba-tiba ada insan yang pemurah menawarkan diri untuk menjadi (bakal) suami.
AlhamduliLLAH. (Errrkkk...! Apsal rasa macam pelik jek)

Terkebil-kebil

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Aku baru tengok (baca: jumpa) jadualwaktu untuk semester dua yang akan bermula esok. 5 subjek; 4 perkuliahan dan 1 amali. Tetapi membuatkan aku berfikir... berfikir... dan terfikir.








Ah, janji lulus!

Teringat Pada Si Dia Itu

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Batik dan songket. Teringat aku pada ALLAHmarhumah bekas wanita nombor satu Malaya suatu ketika dahulu.



















Sehinggakan jadi pemakaian rasmi pada hari Khamis untuk yang berada di dalam sektor awam. Alhamdulillah...dapat baju percuma. =)

Malaya-Jepun

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Cerita Achik dengan 'rezekinya' telah sampai ke Korea. Aku pun rasa iri hati juga. Jadi, sehari selepas 'Hari Terakhir Rejim Buku', aku dan rakan serumah telah ke Jepun untuk melihat Pameran Lukisan Kanak-Kanak. Sangat menarik. Membuatkan aku dan rakan serumah terfikir "... umur muda dah boleh fikir benda-benda macam ni, kalau budak-budak kita?"















=)

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah