Sudah

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma kita yang kurang rasa kesabaran di dalam menanti 'nikmat'. Kenapa ya, sebelum ini aku tidak terlintas untuk ke 'Tanah Tinggi Cameron'? Sebab tidak boleh buat Solat Jama' , agaknya. =)






















AlhamduliLLAH.

2 in 1

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Sudah lama tidak menaip di sini.


29-31 aku dipaksa menghadiri kursus di INTIM. Ada 6 slot. Aku 'tuang' 2 slot. Rugi pula kerana slot 'bergaya sambil tersenyum berdiri' aku terlepas. Best kursus tu. Kalau ada peluang 'dipaksa' lagi aku rela.













2 slot yang 'dituang' itu kerana aku terpaksa menghadiri satu temuduga untuk jawatan S41 pada 30 haribulan Mac. Memang kantoi. Menurut sorang calon lelaki yang telah ditemuduga beberapa minggu sebelum itu, bukanlah ahlinya yang menyoal untuk jawatan yang berkaitan. Jadi aku pun dengan slumbernya tidaklah membuat apa-apa persedian yang sepatutnya. Melainkan melangsaikan pembacaan sebuah buku (novel) secara tergesa-gesa. (Sebab calon tu kata; "... dia tak tanya apa pun. Cuma apa buku yang terakhir awak baca, dan cuba terangkan isi kandung buku tersebut bersama penulisnya..."). Alih-alih penemuduga bertanyakan tentang kerja-kerja yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Tentang warna dan makna bendera negeri Perak (tak bersivik betul aku ni), tentang apa yang berlaku 'haza lyaoum alaan'. Perasaan? Rasa nak sorok muka dalam tudung + bosan. Ditemuduga selama 40 minit! Suhu penghawa dingin yang rendah pun, aku masih lenjun berpeluh.




Buku yang dibaca secara rushing. Berguling-guling aku cuba menghabiskannya. Rupanya tak di tanya langsung.



Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah