Leka

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.




Sudah lama terfikir. Mungkinkah bangsa Melayu akan pupus dari bumi seperti mana bangsa-bangsa yang lenyap disebabkan dengan keingkaran mereka dengan perintah TUHAN?






2 minggu kebelakangan ini, banyak waktu terluang. Aku manfaatkan waktu dengan berfoya-foya. Asyik!








Macam best saja menyambung pengajian dengan mendapat sokongan kewangan yang lumayan dan publisti meluas. Popular!


Ahha!

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.





Jangan sangka, dengan perwatakan aku yang sangatlah lemah gemalai ini tidak bersukan. Hingga diserang selsema dan batuk, punyalah sakan. Tiada acara yang secocok dengan jiwa, jadi aku mengambil keputusan untuk menyertai cabutan bertuah saja. 6 haribulan menjadi saksi akan kebertuahan aku. Patutlah dulu-dulu bonda selalu kata; "... bertuah betul budak ni...".







Telah selamat khatam menonton 'My Name Is Khan' walaupun heronya sangatlah tidak diminati. Dikhabarkan filem ini diharamkan (tidak dibenarkan masuk) ke Malaya. Apa betulkah? Kerana apakah? Hidup beragama pluralisme itukah atau tindakan 'Khan' yang mahu membersihkan nama orang Islam yang dilabelkan sebagai ekstrim sejak peristiwa 9 September, atau kata-kata yang dirakam di Time'n Style Luxury itu penyebab diharamkan? Jika benarlah begitu, agak-agaknya Dato' Seri Ketua Menteri Melaka akan tarik balik tak darjah kebesaran SRK?





Gambar diambil dari internet.


Is That Enough?

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.







Pemberitahuan : Aku bukan pelanggan rancangan tivi berbayar.


Cukupkah?

1- Sekadar iklan 'cintakan Nabi' lebih kurang hampir tujuh hari? Yang mana pada 26 haribulan, sudah hilang iklan tersebut. Dan hari-hari selepasnya.

2- Sekadar 'makan buah-buahan sebelum mengambil makanan berat', dan 'berhenti makan sebelum kenyang' sebagai iklan 'cintakan Nabi'? Dan 'Ciri-ciri RasuluLLAH; berakhlak mulia, amanah...'? Ini semua orang tahu. Nabi, sudah tentu punya akhlak mulia. Isk!

3- Sekadar mengadakan 'demonstrasi jalanan' (perarakan sambil berselawat)? Berpermitkah?

4- Sekadar cuti umum bagi yang berkenaan.

5- Sekadar majlis keramaian dan menganugerahkan tokoh-tokoh tertentu?


Cukupkah?




Kalian. Mari teruskan berselawat.
SollaLLAHu 'laihi wa ssallam.

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah