Pakai Pakaian

BismiLLAHirahmaanirrahiim.






Aku telah merasai 'kemajuan' Malaya yang aku kira sebagai satu kemunduran. Dan sepatutnya aku (baca: ayahanda sebagai empunya istana) meletakkan etika pemakaian yang bersesuaian mengikut majlis atau perayaan yang diadakan di Istana Sangkut. Tujuan perayaraan seharusnya selaras dengan niat asal para tetamu yang hadir.

Kalau tak pakai tudung tu masih boleh senyum (buat-buat) lagi. Ni... ada ke datang beraya pakai seluar pendek???!!! Lelaki ada, perempuan pun ada!!! Teringin menu 'santau istimewa raya' lah tu.


Selamat Hari Raya Idul Fitr

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Untuk Kesekian Kali

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



11 haribulan lepas. Kali ketiga aku ditemuduga. Khas untuk para penoreh negeri. 20 orang sahaja penoreh yang terlibat. Tempatnya di Aras Tiga, Bahagian Sumber Manusia, Bangunan yang tersangatlah kontroversi di Silverland itu.





Sempat juga berfoya-foya untuk menghilangkan tekanan. Cuma... tak boleh makan, minum.



Calon tunggal lelaki dari Persatuan Menoreh Negeri Geng 3.


Suka!

BismiLLAHirahmaanirrahiim.






Yaaaa... aku sangat suka harga minyak Primax 95 naik. Serta-merta lagi! Oh bohot-bohot syukriya wahai Perdana Menteri ku yang kelima. Hadiah untuk hari raya. Oh oh oh. Sangatlah aku berterima kasih. Aku yang kini bekerja sebagai penoreh, bekerja 6 hari seminggu, terpaksa berkereta lembu sejauh 42 kilometer untuk perjalanan sehala, berasa amatlah terharu dengan keprihatinan perdana menteri yang penyayang.

Muah untuk perdana menteri ku!


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah