Hadiah Hidayah

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Semalam. Aku dengan bonda. Agendanya. Aku teman bonda, bonda teman aku. Pergi ke DiamondBay. Aku menemankan bonda membuatkan pemeriksaan mata di sebuah kedai cermin mata milik seorang lelaki Cina. Ketika di bilik pemeriksaan mata aku ternampak benda ni. Ni.

al Quran terjemahan Bahasa Cina.


Aku terfikir banyak perkara. Dan sepanjang pemeriksaan mata, aku, bonda dan doktor mata lelaki Cina Buddha yang masih bujang dan kacak itu; bersoal jawab. Aku tanya, dia jawab. Bonda tanya, dia jawab.

Dia - pernah bersekolah di asrama penuh yang mana dia seorang saja yang berbangsa Cina. Selalu mengikut pelajar-pelajar Melayu ke surau. Pemegang Ijazah dalam bidang sains dan pengkhususan Ophthalmology dari Universiti Glassgow. Dia rajin ke kuliah pengajian Ustaz Ridhuan Tee, sambil membaca dan menelaah al Quran, Injil, dan beberapa buku-buku agama lain.

Dia - menyatakan hasratnya mahu ke 'Kaabah'. Dan menyatakan sendiri jika mahu ke Kaabah mesti kena Islam dahulu. Dan dia bertanya kepada aku kenapa orang bukan Islam tak boleh melawat Kaabah. Mujur dia tanya tentang 'Tanah Haram' atau 'Masjid al Haram'. Kalau dia tanya fasal 'apa itu khitan?' aku kena menjawabnya dengan memakai mask. Keh keh keh.

Dia - mengatakan yang semua agama di dunia ini sama. Ya. Aku bersetuju pada sudut galakan membuat kebaikan. Tak ada satu agama pun yang menyuruh penganutnya mencuri, rasuah, membunuh, menipu. Yang tak sama pada cara pelaksaannya. Dia menjawab pertanyaan aku tentang agama Buddha lebih kepada nilai-nilai murni dan per-ibadah-an. Tidak ada perundangan hukum (syariat), ekonomi, kemasyarakatan, kekeluargaan seperti Islam di dalam al Quran. Banyak tahu tentang agama Islam. Mengkritik pemimpin negara yang semakin terhakis dari nilai-nilai murni dengan korupsi, penyelewengan, skandal. Bercerita tentang perang.

Sebelum meninggalkan kedai cermin mata itu dengan baki hutang RM900, aku menyatakan hasrat mahu meminjam Kitab Injil milik kawannya. Dan mulut mengucap terima kasih. Hati pula sempat berkata; 'Ya ALLAH, Ya TUHAN Pemilik Hidayah. Dengan keberkatan bulan Ramadhan ini berikanlah dia hidayah Islam sebagai petunjuk untuk sisa-sisa usianya yang tinggal. Jadikanlah dia Muslim yang beriman dan bertaqwa'.

Aku akan mengunjungi kedai cermin mata itu lagi bagi melangsaikan hutang yang berbaki. Apa ole-ole yang sesuai untuk diberikan kepadanya sebagai hadiah Ramadhan eh?


Selamat

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



20 Ogos 2009. Persatuan Penoreh Getah Negeri Geng 3 telah mengadakan 'potlak' sempena menyambut Ramadhan al Mubarak. Semua penoreh wajib membawa makanan masing-masing setelah mendapat ugutan 'Cafe tak bukak hari kamis ni'. Ada dua sesi 'potlak'; sarapan dan tengah hari (tapi menu untuk tengah hari tak sempat nak snap sebab aku terpaksa menoreh di luar kawasan. Bila balik je dah licin. Huhuhu).





Kepada kalian yang beragama Islam, selamat menambah pahala puasa. Moga-moga beratlah mizan hasanah kita kelak. Amiin Ya Rabb.

Kepada kalian yang bukan beragama Islam, cubalah menghormati orang Islam beribadah. Terima kasih.

Selamat menyambut Hari Ke-'merdeka'-an yang ke 52. Terima kasih TUHAN kerana memberi kami nikmat dan peluang untuk hari esok.

=)

Sirih Pulang Ke Gagang

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



14, 15, dan 16 Ogos 2009. Acara jejak semula tapak-tapak yang pernah berbekas sepuluh tahun lepas. Tanpa perancangan, takdir TUHAN datang tiba-tiba. Aku jumpa Ustazah Fatimah; sampai sekarang masih menjadi ketua warden, Ustaz Shuib; sekadar lambaian Ratu Kereta Berhias, Ustaz Chu Bakhir; telah menjadi pengetua untuk beberapa tahun, Ustaz Hazwani; menjadi mc pada hari Perasmian Penutup, Bad; junior aku di RBBD sedang menjadi salah seorang tenaga pengajar di situ. Cuma seorang pensyarah akauntan di KIP saja belum berkesempatan untuk bertemu muka. Bila ya?











=)

Cerita Ba Alif Sin Ya

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Majlis Hi-Tea Perjumpaan Bekas-bekas Pelajar SMART X, terpaksa aku batalkan disebabkan mendapat arahan dari orang-besar-atasan. Perkhemahan di 'Resort Nyamuk'. 3 hari 2 malam. Jumaat lepas, 31 Jun hingga 2 Ogos 2009.















Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah