Projek-jek-jek Cinta

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.



Cinta
Sebelum ini. Aku bercinta dengan Si A. Kemudian aku dipaksa untuk bercinta dengan Si B. Aku paksakan diri untuk melupakan Si A, dan cuba bercinta dengan Si B. Setelah setengah perasaan berjaya kepada Si A dan Si B, satu paksaan baru muncul. Aku dipaksa untuk bercinta dengan Si A kembali kerana itu pilihan bonda. Manakala ayahanda menyuruh aku memilih Si B. Separuh langkah memulakan perjalanan, dah dipaksa untuk kembali ke pangkal perjalanan. Memang serabut. Keadaan aku sama dengan 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'. Aku tersepit di tengah-tengah 2 kehendak yang bertentangan datang dari orang yang amat penting dalam hidup aku. Jadi, kehendak siapakah yang harus pilih? Bonda atau ayahanda??? ~X(


Projek
Disebabkan keadaan aku sedang weng, aku sempat melihat tapak projek ngada-ngada itu. Orang dari Pejabat Haiwan dan Ternakan, orang dari zoo, orang kaji cuaca sudah datang melihat dan mengkaji kesesuaian dengan projek ngada-ngada. Projek apa? Yaaa... Aku mahu buat ternakan unta secara komersial. Aku cadang nanti-nanti mahu buat lumba unta, unta berhias, promosi satay, burger unta, bla bla bla bla bla bla...



Sampel unta yang bakal berkampung di projek ngada-ngada. Comel kan?


Aku Sedang Agak Serabut

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.






Neuron aku seperti (baca: lebih kurang) gambar di atas. Cuba kalian cari benda-benda yang tersembunyi (apakah) di situ.



Jika sudah selesai jom berpeleseran di
Spa Mutiara Hati Cinta. Yuk!


Huhuhu-jan

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.





2 hari lepas hujan turun. Setelah hampir 2 minggu berdebu. Syok sangat. Sejuuukkk...


Ya. Hujan merupakan sumber kepada air. Dan air adalah salah satu keperluan benda hidup. Air
adalah zat pelarut yang sangat baik. Satu molekul air terdiri atas satu atom oksigen yang besar (bercas positif) bergandingan dua atom hydrogen yang kecil (bercas negative). Selain sebagai pelarut yang baik, air juga termasuk makanan yang sangat penting bagi manusia. Setiap tubuh manusia mengandung air; tulang 25-30%, kulit 70%, gigi 19%, otot 75%, saraf 85%, darah 92%. Secara keseluruhannya badan manusia mengandungi 3/4 daripada bahan air.

Dan.

Perkataan yang memberi bermakna air berjumlah 53 perkataan terdapat pada 50 ayat di dalam al Quran. Dan perkataan yang memberi bermaksud hujan berjumlah 20 perkataan terdapat di dalam al Quran.


Selamat meneliti al Quran!


Argh!

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.






Rasa pedih dan perit. Sakit. Bila kepercayaan kita terhadapnya hilang kerana sesuatu tindakan di luar batasan. Ibarat duri dalam daging. Sakit bagai dicarik-carik. Ibarat api dalam sekam. Panas menjilat-jilat. Di dalam Islam, duri dan api ini disifatkan sebagai golongan Munafiquun. Golongan Munafiquun ini sangat bahaya dan menjadi ancaman besar di dalam pergerakan jemaah Islam. Mereka serupa tapi tak sama. Kita sembahyang, mereka juga sembahyang. Kita berpuasa, mereka juga berpuasa. Kita berpolitik, mereka juga berpolitik. Kita makan roti canai, mereka makan roti jala. Memang sukar nak mengenali mereka kerana kadang-kadang mereka dekat dengan kita. Melainkan 4 kaedah saja:


Maksud sabda RasuluLLAH s.a.w:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik sebenar. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila beramanah ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah)" - Oleh Riwayat Ahmad. (Kredit: JAKIM)


Ya. Mereka memang dekat. Kita tak akan mudah memberi kepercayaan kepada seseorang kecuali menyakininya (kenal), tetapi khianat pula yang kita terima.



Argh, sakit!


Awas!!!

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.






Berwaspadalah kalian kepada makhluk yang bermata asli atau bermata teknologi. Mereka ada di celah-celah, di ruang sempit malah di khalayak. Di tempat yang kita tak perasan kewujudannya. Mereka mengintip, menghendap, mengintai, merakam, melihat maklumat sulit, aksi peribadi, rahsia, hingga hilang hak privasi individu.

Aku fikir hanya orang-orang yang mempunyai nama dan takhta sahaja dikejar oleh mata-mata ini. Dodi al Fayed, Elizabeth Wong. Oh, aku tidak ternama seperti mereka itu. Dan aku juga tidak melakukan 'aksi panas lagi api neraka' sebegitu. Namun...

Aku. Salah seorang dari mangsa hilang hak privasi. Dia minta tebusan. Jika aku tidak tunaikan permintaannya itu, tindakan susulan akan dibuat.

Aku bukan selebriti! Aku bukan jutawati! Aku bukan anak Tan Sri! Aku tak ada wang berlori-lori. Kenapa kauorang curi aku punya hak privasi!!!



Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!


Du'a-Mendu'a

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.






Du'a-mendu'a adalah satu perbuatan mulia. Ia lebih mulia dengan mendu'akan kesejahteraan sesama Muslim kerana ia menunjukkan kekuatan ikatan ukhuwah dan saling berkasih sayang. Perbuatan mendu'akan kesejahteraan ini telah ditunjukkan oleh para nabi dan rasul untuk kesejahteraan umatnya. Dari keadaan yang dihimpit menderita akibat diseksa kerana mentauhidkan ALLAH kepada rasa aman dan selamat. Dan dari keadaan selamat sekarang kepada lebih selamat pada masa akan datang. Dan perbuatan du'a-mendu'a ini menunjukkan akidah sohehah seseorang Muslim kerana pergantungan harapan hanya kepada Pencipta yang Esa, dan bukannya kepada yang dicipta (makhluk) seperti yang terdapat di dalam 'Surah Pembukaan' atau 'permulaan'; Surah al Fatihah. Di antara para nabi dan rasul, Nabi Muhammad saw adalah yang paling banyak berdu'a. Du'a untuk isteri-isteri baginda, para sahabat, musuh-musuh, juga umatnya yang paling ramai di kalangan umat-umat dari nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu.

Dan biasanya. Orang yang mahu bepergian atau bermusafir akan du'a-mendu'akan untuk diri sendiri atau kumpulan musafirnya dan orang yang bakal ditinggalkannya. Kerana du'a orang musafir kerana ALLAH ini, adalah salah satu du'a yang mustajab!

Cuma. Bukan du'a (permintaan) sesetengah Muslim, dek kerana dendam, dengki, hasad, iri hati, kufur nikmat selalu mendu'akan (meminta) kecelakaan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Biarlah orang lain gagal, asalkan dia seorang saja yang berjaya. Isk isk isk... Sangatlah tidak mulia.


Jadi. Jom bermusafir dan banyakkan berdu'a!
Moga lebih banyak du'a-du'a kita dimakbulkan!



NotaBawah:
Mendu'a eh. Bukannya 'men'dua lebih baik.
Selamat kembali kepada yang bepergian, musafir; orang-orang berkursus, berseminar, bercuti, melancong, ber-rekrued, berkurung, beribadah...

Berdiri Dan Cakap 7 Minit

BismiLLAHirrahmaanirrahiim.





'Keseronokkan Bekerja'.
- seronok = gembira, tiada tekanan, perasaan yang menyenangkan...
- kerja = satu komitmen individu terhadap sesuatu tugas, perlu dilaksanakan, yang biasa mendapat imbuhan berupa gaji...

= melakukan sesuatu tugas di dalam suasana gembira, tanpa tekanan - mendahului niat liLLAHi TA'ALA - mendapat 2 imbuhan; pahala dan gaji - dapat meningkatkan produktiviti kerja, khidmat yang memuaskan - hubungan antara majikan dan pekerja sangat baik; jujur, berkerjasama, saling mempercayai...


Aku sebenarnya berasa canggung (baca: blur) bila berdiri di hadapan orang, bercakap dengan formal (yang ada pendahuluan, isi penting, penutup) seolah-olah sedang memberi ucapan/ ceramah. Sangat canggung dan sangat-sangat malu. Aku bukan dididik untuk menjadi seorang yang banyak bercakap di atas pentas, atau di pembesar suara. Mungkin kerana aku tidak pernah bercita-cita menjadi Dato' Eisraa (sudah menjadi tren, penceramah motivasi di dalam tivi mendapat Dato'). Tetapi itulah yang terjadi kepada aku ketika sesi uji bakat tempoh hari. Kerana inilah masalahnya. Aku seorang yang pemalu! :"> Tetapi bukan gagap eh.

=)

Sembah Patik Bukan Mahu Derhaka... Bukan 'Syah' Yang Itu

BismiLLAHirrahmanirrahim.





Pagi tadi aku agak kalut mahu ke pejabat pos. Untuk membayar beberapa jenis bil bulanan. Tiba di Mini Pos, pintu tertutup rapat. Nak bertanya pada seorang pakcik yang sedang mengopi di sebelah Mini Pos, malu. Akhirnya aku bertanya dalam hati. Nak kata hari ni ada Perhimpunan Agung UMNO, tak ada pula iklan di dalam tivi. Tapi di tivi RTM selalu sangat keluar muka Agong. Oh... ada kenduri kot. Maklumlah musim cuti sekolah.

Hari ni raya Agong nak...
(Errkkk... pakcik tu boleh dengar suara hati aku?!!!)

Pulang. Tengok kalender yang bergayut di dinding. Nombor 6 berwarna merah- Hari Keputeraan S.P.B Yang DiPertuan Agong, bersamaan 12 Jamadil Akhir, Sabtu. Hari ini! (Bukankah tarikh lahir Tuanku sama dengan patik?- keliru)


Ampun Tuanku berjuta-juta ampun, sembah patik derhaka harap diampun.


Aku sudah lama sedar tentang hal itu. Perihal tentang waris takhta sultan yang mempunyai 'Shah' pada akhir nama mereka. Dulu. Ketika di sekolah rendah. Seorang rakan kelas aku mempunyai 'Shah' pada akhir namanya. Malah kesemua adik beradiknya (lelaki dan perempuan) juga ada. Tetapi nama ayahnya (Cikgu Anuar) tak ada pula. Dan apabila aku bertanya pada Ardiana Shah adakah dia dari kerabat diraja, aku diketawakan oleh Cikgu Anuar. Ya, jawabannya munasabah. Mana mungkin kerabat diraja bersekolah di SKSL. Kemudian ketika di sekolah 'pondok-pondok'; seperti ada satu lagenda. Kesemua Ketua Pengawas mempunyai 'Shah' di akhir nama mereka. Aku tak pasti hal ini memang sengaja dicipta 'Shah' sebagai pangkat atau memang kebetulan. Tetapi lagenda ini diketahui umum di sekolah-sekolah lain. Lain pula ceritanya ketika aku di Matrik UAA dulu.

Ngko tau tak makna 'syah' tu?
Tak. (buat muka naif). Apa dia?
Ngko bukaklah kamus.
Aku yang naif lagi mahu tahu membuka kamus.
... ... ... errr... ... ...

Ampun Tuanku berjuta-juta ampun, sembah patik derhaka harap diampun.


Dirgahayu Tuanku;
Al-Wathiqu Billah, Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Moga hidup Tuanku lebih diberkati TUHAN dengan keadilan setiap titah.


NotaBawah:
'Shah' dan 'Syah'. 2 bunyi yang sama. 2 ejaan yang berbeza. Sudah tentu 2 makna yang berbeza.

Karut-Marut-Mengarut

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku sangkakan kepelikkan itu hanyalah kesilapan teknikal yang tidak disengajakan. Aku sampai awal puluhan minit sebelum 8 pagi. Seperti biasa; uji bakat itu tidak tepat seperti yang tertakluk pada surat jemputan. Hampir 8.30 pagi barulah kaunter pendaftaran dibuka. Setelah memeriksa nama, menanda tangan, menyerahkan belasan helai salinan yang bercop pengesahan, maka aku terima sebuah fail, dan sebuah tag yang bernombor 30.

Aku buka fail itu. Terdapat 2 helai kertas kajang, sebatang pencil, sebuah peta kedudukan APBM, dan aturcara uji bakat. Kepelikkan berlaku lagi setelah meneliti kertas aturcara uji bakat. Apa kejadahnya uji bakat yang berlangsung dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang! Apakah ini??? Sangat kasihan kepada orang yang menghantar calon-calon uji bakat terpaksa 'menunggu' lebih 10 jam.

Aturcara mengejutkan 'uji bakat' 10 jam itu:
- taklimat dari SPA dan penolong pengarah kursus tawaran (biasa)
- ujian iq- permarkahan (agak luar biasa)
- minum pagi (biasa)
- latihan dalam kumpulan (LDK)- pemarkahan (luar biasa)
- makan tengah hari (biasa)
- latihan dalam kumpulan (LDK)- pemarkahan (luar biasa)
- Ujian al Quran-pemarkahan (biasa)
- minum petang (biasa)
- ujian fizikal- pemarkahan (sangat-sangat luar biasa alias bengong)

Di dalam ujian fizikal ada beberapa fasa.
- kondisi badan
- latih tubi (pamping)- catatan banyak
- lari 4x10 meter- catatan kepantasan
- lompat berdiri- catatan jauh
- duduk unjur- catatan jauh
- 'beronggeng'

Aku sangat simpati kepada seorang calon perempuan yang sedang hamil 6 bulan. Dia tidak dapat sertai keseluruhan ujian fizikal ini, dan secara automatik markah di dalam modul ini; 0. Zalim sungguh! Mengapa tidak diberitahu awal-awal di dalam surat tawaran sebelum ini???


Ketika dalam LDK.
Aku kumpulan 4. 8 orang calon; 2 perempuan, 6 lelaki. Seorang penilai, seorang fasilitator.

Incik, saya nak tahu berapa orang calon yang mohon tawaran ini?
60 lebih. Tapi yang datang hari ni 56 orang.
Macam mana cara pemilihan tawaran ini? Setahu saya cuma ada 4 kekosongan saja, sedangkan orang di jabatan (...) ini sendiri pun hampir 10 orang mohon tawaran ini? Adilkah begitu?
Sekarang, semua kekosongan tawaran tak kira di jabatan mana di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Setiap 1 kekosongan tawaran, pihak SPA akan menawarkan kepada 10 orang calon. Memang pihak jabatan kami membuka kepada orang jabatan sendiri untuk memohon tawaran ini. Untuk kenaikan pangkat.
Tapi incik, rasanya tidak adil jika nak dibandingkan dengan calon-calon yang masih menganggur tanpa kerja. Tidakkah incik lihat peratus pengangguran sekarang?
Bla bla bla... kena fahami konsep 'rezeki'... bla bla bla...
Bila kami akan tahu keputusan uji bakat ini?
Itu pihak jabatan kami sendiri tak tahu. Kena tanya SPA.
Tak tahu???????????


NotaBawah:
Jika diamati, 'uji bakat' ini lebih berbentuk kepada kursus atau seminar. Itu lebih tepat. Biasanya uji bakat cenderung kepada kursus tawaran yang kita mohon, akan ditanya dengan isu-isu semasa, dan 'kenapa anda berminat dengan tawaran tersebut?'. Dan uji bakat aku kali ini telah melanggar norma-norma dan presidur asal sebuah uji bakat. Sudahnya. Sijil-sijil yang aku susun di fail kelabu entah beberapa kali itu langsung tak laku!

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah