Adehhh

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Gara-gara kena diuji bakat hari Khamis ni, terpaksalah aku membeli kasut balet. Ok. Itu aku masih boleh terima kelogikannya. Bila orang ada uji bakat, dia akan membeli pakaian khas (termasuk kasut) yang bersesuaian. Biasalah tu.

Tetapi. Apa yang aku rasa pelik sangat dengan nota pada borang uji bakat tersebut. 'PERHATIAN: Sila bawa pakaian sukan dan kasut bersesuaian untuk ujian fizikal'. ??? Aku cuma mohon untuk uji bakat Gred S.41, bukannya jurulatih sukan!



Pusat ujian uji bakat:
Akademi Pembangunan Belia Malaysia,
Batu Gajah (APBM),
Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia,
KM 21 Lebuhraya Ipoh-Lumut,
31560 Siputeh.


NotaBawah:
Aku lebih selesa menyarung sandal.


Genaplah 11

BismiLLAHirrahmanirrahim.






... hari aku tidak makan atau minum benda-benda yang sejuk atau berais. Hari ini. Sebab mahu kelihatan muda (sangat). Dan sebab ada uji bakat pada hari Khamis ini.

Hahaha...



... Atau...

BismiLLAHirahmanirrahim.



Kadang-kadang mereka tak dapat terima. Teguran, nasihat, tunjuk ajar. Kadang-kadang minta maaf pun susah nak dilafazkan.

Dari 'kecil' kepada 'besar'.
Dari 'muda' kepada 'tua'.
Dari 'lemah' kepada 'berkuasa'.


Adakah mereka ego atau menjaga maruah?

Menjaga dan mempertahankan maruah itu, wajib. Tetapi kenalah bersesuaian dengan situasi dan masalah yang berlaku ketika itu.

Ego???


'M' Bukan Untuk Mei, Bukan Juga Untuk Mama

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku terkena satu penyakit. 'M' (baca: m.a.l.a.s). Sudah lama.
Semua benda jadi maha-'M' (sangat sangat sangat...).

... makan
... mandi
... kerja rumah
... riadhah
... puasa
... baca Quran
... tahajjud
... ... ...


Untuk sembunyikan ke-lagha-an aku yang teramat sangat, aku baca buku ini. Nipis saja. Tapi masih tidak khatam lagi. Aduhai. Dari siapa aku dapat jangkitan 'M' ni? Doktor manakah yang mempunyai nilai kasih sayang maha-hebat sudi merawat aku demi keunggulan ummah?





NotaBawah:
Kalian pernah baca surah 'Demi Masa'?


Najis Itu Berat

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Dulu.
Lebih kurang 10 tahun lepas. 1998, 1999. Di Malaya (baca:Perak). Muncul Japanese B Encephalitis Virus (JE).

Sekarang.

2009. Di Mexico. Muncul kuman Selsema Babi. Atau nama sopannya; H1N1.


Semua ahli saintis di seluruh dunia tahu akan kandungan kuman pada babi. Tapi...

Kejadian yang berlaku
'sekarang' tidaklah memalukan kerana Mexico bukanlah sebuah 'negara Islam' berbanding yang berlaku 'dulu'. Lebih kurang 10 tahun lepas. 1998, 1999. Di Malaya (baca:Perak). Muncul Japanese B Encephalitis Virus (JE).




Isk. Isk. Isk...


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah