'Lilat'

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Hari minggu sudah. 'Bochah Cilik' datang ke rumah bonda. Datang membawa sesuatu.

"Ucu, Ucu... AdikJah ada 'lilat'."

"Erkkk... apakah itu 'lilat'? Nak tengoookkk..."

Hasil tangan AdikJah membentuk kapal terbang (???). =)


Hasil tangan aku. Kreatif, bukan? =))



NotaBawah:
'Bochah Cilik' aku memang pelat.
'Lilat' = liat/ tanah liat = plastesin (tak tahu ejaan betul).

Run Away II

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku suka main . Main lari-lari dari rumah. Dan lari dari masalah. Kononnya mahu menghilangkan tekanan seketika sebelum memikirkan jalan penyelesaian yang bakal dibuat sebagai pilihan. Dalam pada aku main lari-lari itu, ingatkan akan hilangkan tekanan, rupa-rupanya... Kalian jangan ikut dan tiru cara pemikiran aku yang negatif ini. Tekanan masalah duniawi aku makin bertambah selama 5 hari 4 malam apabila terpaksa 'hangkut' RM 20 ribu ke hulu, ke hilir. Risikony
a sangatlah besar. Apa ke he nya? Dah tak ada bank ke kat situ???




Makan tengah hari di dalam kebun.







Rasa seperti pekerja lombong arang batu saja.












Ter-pergi ke Langkawi lagi.














Rasa seperti tetamu VVIP saja, apabila disambut dengan dendangan canung (?) ketika melangkah masuk.




Inilah ladang tebu Chuping. Asal-usul 'Ayu' dalam 'KL Menjerit'.

Katanya di belakang 'pasar' itu kilang arak. MasyaALLAH...







Menikmati keenakan Laksa Kuala Perlis. Ingatkan laksa belut...

Inilah akibatnya 'main lari-lari dari rumah' tanpa perancangan. Tak sempat nak capai 'kasut'. =))


Aku Sedang

BismiLLAHirahmanirrhim.



Aku sedang mengalami tekanan perasaan dengan masalah duniawi. Dengan secara serius terus membaca buku yang ditulis oleh Doktor Ang Swee Chai mengenai pengalaman beliau. Seorang doktor perubatan, berbangsa Cina yang beragama Kristian menjalankan tanggungjawab di tanah perang Islam; Palestin ketika peristiwa Sabra dan Syatila dan selepasnya. Aku suka membaca monolognya mengenai rakyat Palestin dan Israel. Mahu tahu lebih lanjut? Silalah beli buku ini. Dan bacalah sendiri.




Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah