Penyebuk

BismiLLAHirahmanirrahim.

















Siang tadi. Menjadi penyemak kepada ayahanda. Penyemak di Dewan Millennium, Pejabat Daerah Kampong Gajah. Dalam Siri 1, Pemimpin Prihatin Masyarakat. Sangatlah lama dan teramatlah mengantuk. Kesudahannya. Kempunanlah PakLah mahu berjabat tangan dengan aku. Beliau sanggup 'turun' ke Sekolah Menengah Air Kuning tu semata-mata mahu merasai kehangatan tapak tangan kanan aku yang berkod 18. Maka. Termimpi-mimpilah PakLah akan aku di dalam tidurnya pada malam ini.


Jemputan SUHAKAM

BismiLLAHirrahmanirrahim.





Ayahanda menerima jemputan dari Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malayasia atau Human Rights Commision of Malaysia (SUHAKAM).


Aturcara Program 'SUHAKAM Bersama Rakyat' Di Teluk Intan adalah seperti berikut:

Tarikh : 10 Februari 2009 (Selasa)
Masa : 8.00-12.30 tengah hari
Tempat: Dewan Rumah Rehat, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Jalan Sekolah, Teluk Intan.

8.00-9.oo : Pendaftaran Peserta dan Ketibaan Jemputan.
9.00-9.30 : Sesi I - Pengenalan Kepada SUHAKAM dan Hak Asasi Manusia Pesuruhjaya SUHAKAM.
9.30-10.00 : Jamuan Ringan dan Sidang Media.
10.00-10.45: Sesi II - Isu-isu dan Kes-kes Pelanggaran Hak Asasi Manusia Pesuruhjaya SUHAKAM.
10.45-12.15: Sesi III - Soal Jawab dan Dialog (Perantara: Pesuruhjaya SUHAKAM).
12.30 : Jamuan dan Bersurai.

* Tertakluk kepada pindaan.

Aktiviti-aktiviti lain:
- Kaunter Pameran Aktiviti SUHAKAM.
- Kaunter Penerimaan Aduan.
- Pengedaran Borang Penilaian.




NotaBawah:
1. Kepada kalian yang berkelapangan, dijemput hadir.
2. Insya ALLAH, jika tiada aral aku akan ke sana.


Selamatlah, Siti Zaharah

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Semalam. Aku berjumpa dengan dua orang sahabat sepermaianan zaman 'dolu-dolu'. Tersangatlah lama tidak bertemu. Lebih lima tahun tidak bersua. Sangat rindu. Berpelukan. Mengalir air mata. Macam-macam cerita yang keluar dalam waktu yang teramat-amat singkat itu. Kami bertemu di sebuah majlis perkahwinan.


Dokter Puan Aini Shakirah bt Almarhum Haji Sulam. Suaminya seorang qari Bagan Serai. Oh. Aku tidak sempat menghadiri majlis perkahwinannya tahun lepas.





Tengah: Dokter Puan Siti Zaharah binti Almarhum Haji Mat Taib. Bertugas di Sekolah Pendidikan Khas Tambun.




Selamat Pengantin Baru buat Siti Zaharah binti Haji Mat Taib dengan pasangannya Wan Hasdi bin Wan Musa. Moga hidup baru kalian lebih diberkati dan bahagia dunai akhirat. Moga murah rezeki.



NotaBawah:
Soalan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas';
ngko bila lagi?


Usahkan Naga, Singa, Lembu Pun Tiada

BismiLLAHirahmanirrahim.



Malam semalam. Aku ke Restauran Mutiara Seafood. Disebabkan jalan dua hala ditutup kepada sehala untuk pulang ke Istana Sangkut Kampung Ulu, terpaksa tawaf Bandar Diamond Bay dulu. Kemudian ada sesuatu berlaku di Dataran Menara Condong.

















Kelahiran Bertarikh

BismiLLAHirrahmanirrahim



Semalam. Kami sekeluarga (aku, Bonda dan Ayahanda) makan tengah hari awal. Menu kegemaran aku; Sambal Tempe masakan tangan bonda. Sedap. Selepas makan tengah hari Bonda mengucapkan 'selamat' kepada aku. Ayahanda mengucapkan 'selamat' melalui gurauan. Oh. Bahagianya hidup.




Terima kasih kepada mereka-mereka yang mengingati tarikh semalam. Maaf kepada kalian yang meminta alamat rumah untuk mengkoordinatkan kiriman 'hadiah selamat', telah aku hampakan. Bukan apa... Aku mahu menjimatkan kos sara-suri hidup kalian. Sebab aku tidak mahu 'hadiah selamat' yang murah-murah. Aku ni baik, kan?



Beberapa hari lepas.
Aku mengunjungi kedai rakan Bonda. Dia berbangsa Cina. Di hadapan kedainya ada sepasu 'Pokok Ong'. "...itu pokok, kalau makin lama, makin tinggi, duit juga minta begitu maaa...", kata Uncle. "...itu pokok sinang jaga, tak perlu siram banyak air..." Aku pun buatlah soalan bongok.

"Kenapa uncle tak tanam pokok buluh atau kelapa? Lagi tinggi..." =)




Selamat bercuti kepada yang terlibat. Selamat menjamu 'Nasi Minyak' di majlis kahwin yang dikendurikan. Hati-hati memandu.


Budak-budak Sini, Kanak-kanak Sana

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku lihat wajah-wajah dan telatah budak-budak itu. Sangat comel dan mencuit hati. Lihatlah.








Tiba-tiba teringat pada kanak-kanak di sana. Mereka sebaya dengan KakakAnis; 11 tahun, AbangAiman; 5 dan AdikJah; 4. Lihatlah.



Name: Lama, Haya Talal Hamdan
Age: 4, and 11 years old
Date of Death: Tue, 30/12/2008
Place of Death: Biet Lahiya, northern Gaza Strip
Weapon Type: Air-to-ground missile
Details of the last hours: an Israeli drone plane fired a missile at a donkey cart the girls were riding in the northern Gaza Strip town of Beit Lahiya, killing them immediately.



Name of martyr: Dena Ba'losha
Age: 4 years old
Date of Death: Mon., 29/12/2008
Place of Death: Inside her home, Jabaliya refugee camp, northern Gaza.
Weapon Type: Air-to-ground missile.
Cause of Death: Killed in her home, as well as her other young 4 sisters, by rubble falling through the roof
Details of the last hours: Dena was inside her house with her other 4 young sisters: 8-year Jawaher, 12-year Samer, 14-year Ekram, and 17-year Tahreer Anwar Ba'losha, when their house was hit by an air strike in Jabalya refugee camp in northern Gaza, while three other young children were killed when a bomb struck their house in Rafah.



Victim’s Name: As`ad Nizar Rayyan
Age: 2 years old
Sex: male
Date of injury or death: January 2, 2009
Place of injury or death: Jibalia in northern Gaza Strip
Cause of injury or death: Israeli air strikes
Details of the Last Hours: At around 2 am, while the martyr’s father was entering his house, Israeli f-16 aircrafts aimed at their house with a raid of 3 missiles. This totally destroyed the house that tumbled over the heads of its inhabitants. The martyr – 2 years old – died with 13 members of the family that was comprised of a father, four wives, and seven brother and sisters. Only three brothers, who were not at the house during the raid, survived the bombing. The martyr and his family were picked up from under the rubble. Dr. Mu`awiya Hassanein said that most of the family members were in fragments due to the violence of the raid. More than ten thousand people joined the funeral of the martyr and his family the following day.



Name of martyr: Kawkab al-Dayeh
Age: 4 years old
Date of Death: Tuesday, January 6 , 2009
Place of Death: Al Zeitoun neighborhood , east of Gaza city
Weapon Type: IOF warplane
Cause of Death: She was found dead, her head sticking out of the rubble that once was her home. Other members of the family are missing. They are believed to be trapped under the debris.
Details of the Last Hours: At approximately 06:00 on Tuesday, an IOF warplane bombarded a 4-storey house belonging to al-Dayeh family in Al Zeitoun neighborhood in the east of Gaza City. As a result, the father, two of his children, one of his grandchildren and his daughter-in-law were killed.



Name of martyr: Farah Al-Helo
Age: Two-year-old baby
Date of Death: Monday , January 5, 2009
Place of Death: Killed at her home in Al Zeitoun neighborhood, east of Gaza.
Weapon Type: Killed along with her grandfather and uncle by an Israeli tank shell.
Cause of Death: Died as a result of gunshot wounds
Details of the Last Hours: At approximately 5:30 am, Israeli aircraft attacked the house of 50-year-old Fuad al-Helo, in the neighborhood of al-Zeitoun, killing the man and a child from his family. The child was identified as two-year-old Farah Emad al-Helo. Farah is seen in the photo as she lies beside her uncle at the mortuary of Al-Shifa hospital, Gaza City.




Mohon kalian jangan berhenti berdoa. Kerana kita tidak tahu. Doa siapa di kalangan kita yang TUHAN akan perkenankan untuk kanak-kanak di sana.



NotaBawah:
Gambar diculik dari sini.


Boikot: Benarkah?

BismiLLAHirahmanirrahim.



Gambar dikutip dari sini.


Israel serang Palestin (lagi). Itulah peristiwa penutup tahun 2008 dan pembukaan tahun baru 2009. Rasanya tak perlu aku taip panjang-panjang (buang masa), kerana semua media melaporkan tentang peristiwa itu. Dan kalian pun mungkin ter-baca dan ter-tengok.

Sana-sini ada poster 'boikot', banner, rapat 'aman', demonstrasi, kutipan derma 'Dakap', konsert amal, derma peribadi, persidangan... Sama ada syarikat, sekolah, individu, badan kerajaan... Ya. Aku ketawa. Dengan tindakan sesetangah orang-orang Malaya. Mereka kata, mereka Islam. Dan 'mahu tolong orang Islam'. Mereka hadir di majlis-majlis boikot ini dengan ucapan yang berdegar-degar mengecam tindakan Isreal dan Amerikat terhadap Palestin. Mereka penyiar kepada penderitaan Palestin (tivi dan akhbar).Tetapi mengapa mereka tidak berani memberitahu produk barangan Israel atau Amerika ketika membuat persidangan akhbar atau media? Mengapa masih ada lagi iklan-iklan 'boikot' keluar dan ditayangkan di akhbar, tivi dan radio? Mengapa masih ada lagi kapal-kapal 'produk boikot' masih selamat masuk ke Malaya?


Mahu cuci mata? Di sini. Dan di sini.





Jakun Yang Mengada

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Minggu lepas. Aku masuk hutan yang separuh hutan. Ada orang tak percaya Ratu Kereta Berhias ni masuk hutan. Aku bukan mahu tukar gelaran kepada Ratu Jamu. Aku tak cari Kacip Fatimah. Aku tak cari Tongkat Ali, Bunga Bakawali dan kaum kerabat yang seangkatan dengannya. Aku masuk hutan yang separuh hutan itu atas niat mengada-ngada. Ala-ala jakun dah lama tak nampak tumbuhan hijau tempatanlah kononnya.


Justify Full













=)


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah