Alahhai

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku telah dizalimi secara halus. Ya. Makhluk itu juga halus. Hahaha... Dia telah memukau aku untuk membuat kenyataan walaupun dalam keadaan sedar.


a) 7 fakta tentang aku:

1. suka berfoya-foya
2. suka makan
3. kalau boleh semua benda nak di-kanan-kan
4. tengok atau baca buku/ majalah dari belakang
5. selamber
6. kalau menulis semua benda nak di-pensil-kan. Kalau guna pen pun hanya yang berdakwat hitam sahaja.
7. sampai sekarang aku masih suka mewarna (pensil warna, karyon, warna air, cat...)


b) 7 perkara menakutkan aku di duniawi ini:

1- kena tinggal (ke-meninggal-an orang tersayang, gagal, talak...)
2- hidup tak berkat
3- keadaan tak stabil dan tak aman (bencana alam, peperangan, kelaparan...)
4- sakit tahap menderita
5- fakir atau miskin
6- gila, nyanyuk...
7- sesat dan menyesatkan


c) 7 lagu yang paling aku layan:

1. Surah al Baqarah - Saad Said al Ghamidiy
2. Surah al Kahfi - Saad Said al Ghamidiy
3. Pieces - Sum41
4. November Rain - Gun N Roses
5. What I've Done - Linkin Park
6. Seputih Cinta - Agnes Monica
7- Endless Love - Jackie Chan feat Kim Hee Sun


d) 7 perkara yang selalu aku sebut (???):

1. iye eh
2. oh
3. ok
4. ampes
5. uit
6. tak baiknyeee
7. ALLAH...


e) 7 perkara yang bernilai bagi aku...guess wut??:

1. iman
2. sihat
3. masa
4. orang tersayang
5. kasih sayang
6. harta benda
7. maruah


f) 7 pertama kali dalam hidup aku:

1. lemas - 1990
2. pegang tangan seorang abang semasa Kem Rakan Muda tanpa rela. Sampai demam teruk - 1995
3. kemalangan motosikal - 1996
4. belasah seorang lelaki sampai patah riuk - usia 11 tahun
5. sesat di hospital - 2005
6. terima gaji - 2000
7. mimpi jadi kenyataan - 1994


g) 7 orang untuk siapkan tag ini:

Errr... tujuh orang yang aku mahu tag itu semuanya sudah meninggal dunia. Jadi tag ini terhenti di sini. Tetapi. Jika ada yang mahu ditag, sila hubungi aku.


Tiba Selamat

BismiLLAHirrahmanirrahim.



17 Disember. Seawal pagi. Selepas Subuh. Keluar dari rumah. Ke Mator Qadim.

















Bonda dan sepupu; Puan Salamah dan Siti Ainum selamat tiba di Mesir. Ahlan wa Sahlan.


Aku: Sekolah Jauh.

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Terkejut. Keluarga dan kerabat terdekat terkejut, aku terima tawaran tersebut. Walaupun aku dari keluaran sekolah berasrama penuh dan matrikulasi terpilih (sebab 37 orang sahaja) mereka
tetap tidak percaya aku menerima tawaran untuk belajar di luar negara (sebab aku ni tak pandai). Salah aku juga. Kecuaian aku bertanyakan kepada pakcik posmen di luar kawasan Istana Sangkut Kampung Ulu membuatkan berita gempar itu tersebar cepat 'jangan tunggu sampai esok'.

Aku bersikap 'same'naa wa ato'naa'. Tidak membuat keputusan. Terpulang kepada ayahanda dan bonda menentukan pilihan. Ayahanda setuju aku terima tawaran itu. Manakala bonda masih
berdiam. Aku tahu. Kerabat terdekat tidak berani mahu 'menyantau' aku untuk menolak tawaran tersebut. Jadi mereka memangsakan bonda. Cuba menakutkan bonda dengan mengarang sendiri seribu satu cerita seram mengenai keburukan jika aku belajar jauh dari kawalan dan pemerhatian ayahanda dan bonda; lebih-lebih lagi sampai ke luar negara. Oit. aku belajar di negara yang penduduk Islamnya 94% lah. Malaya cuma 57% saja. Santauan mereka dengan cerita-cerita seram itu semata-mata mahu menyelamatkan agama, adat resam Melayu dan budaya Timur aku. Tidak lebih dari itu, kononnya. Jika aku ni jahat sangat pun; takut bertukar agama (murtad, na'uzu biLLAHi min zalik!), berapa ramai penduduk Islam Malaya sendiri yang telah dan sedang murtad. Hei. Sungguhlah 'kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak'. Aku santaukan juga mereka ni kang... Menggelegak ni.

Walaupun ayahanda ketua keluarga dan 'bank keluarga', aku masih mahu tahu keputusan bonda.
Sedangkan Nabi sendiri pun berpesan supaya melebihkan berbuat baik kepada ibu tiga kali ganda berbanding bapa. Jika bonda tidak mengizinkan aku untuk terima tawaran itu, aku akur. Biarlah orang kata aku 'anak manja', 'duduk bawah ketiak emak', 'takut nak berdikari'... Biarlah. Katalah. Aku tak kesah. Apa yang aku kesahkan (takutkan) adalah hidup tanpa redha bonda dan ayahanda. Aku tak mahu hidup tak tenang. Hidup tak berkat. Bukankah redha TUHAN itu terletak pada redha ibu ayah? Sendiri fikirlah.

Bonda beralasan, aku seperti kekanda. Tidak betah dan biasa hidup di luar Istana Sangkut Kampung Ulu. Kekanda dulu. Usia 18 tahun baru belajar hidup jauh dari keluarga dan Istana Sangkut Kampung Ulu. Itu pun setiap hari minggu kami dipaksa menziarahinya manakala perjalan kami pergi-balik memakan masa lebih 10 jam (pergi nampak matahari, balik nampak bulan. Bukan datang bulan tau!). Rutin itu berlarutan hingga 2 tahun. Dalam pada itu kekanda diberi kenderaan peribadi yang diseludup masuk untuk kegunaannya, dilayan istimewa oleh kakitangan luar yang terlibat... dan seribu syarat anak manja sulung itu, ayahanda dan bonda terima.

Ketahuilah bonda. Benar. Anakanda, adik kandung kepada kekanda. Lahir dari alam, tempat dan cara
yang sama. Tetapi bukan semua perkara kami buat, alami, terima bersama. Malah nafsu, fiel dan naluri kami juga tidak sama. Kebolehan dan kekurangan kami juga tidak sama. Dan sebenarnya. Banyak perkara lagi yang membuatkan kami ini tidak sama. Berbeza.

Ahirnya bonda, ayahanda dan kekanda merestui pemergian aku ke Mesir. Aku kaitan dengan restu kekanda, kerana harus ikut 'rentak keluarga'. Bagi aku. Tidak ada makhluk yang terbaik di dunia ini melainkan mereka bertiga. Aku tidak mahu hidup dipinggirkan dari keluarga kelak jika penyelasan muncul di akhir sebuah keputusan 'berani mati' yang aku buat. Jika ada orang mengata. Biarlah. Katalah. Ada aku kesah? Dulu. Aku pernah ungkapkan kalimah ini. Kami berpelukan erat-erat. Dengan linangan airmata. 'Bonda, bondalah satu-satunya bonda yang anakanda ada di dunia dan di akhirat. Saya sangat sayang pada bonda'. 'Ayahanda, ayahandalah satu-satunya ayahanda yang anakanda ada di dunia dan di akhirat. Saya sangat sayang pada ayahanda'. 'Kekanda, kekandalah satu-satunya kekanda yang adinda ada di dunia dan di akhirat. Saya sangat sayang pada kekanda'. Sanggupkah aku membelakangkan mereka bertiga sedangkan ketika melafazkan ikrar itu, kami menangis bersungguh-sungguh? Aku minum air susu bonda. Aku makan dari rezeki tangan ayahanda. Aku membesar bersama kekanda. Tak sanggup aku beb!
Sungguh!

Aku tinggalkan Malaya dengan seribu satu harapan keluarga. Dan. Seribu satu dendam
kesumat musuh dan seteru. Aku meninggalkan KLIA dengan dengan 3 tangkal hikmat. 'Eloklah kamu Mesir, biar jadi baik sikit', gurauan kekanda cuba menyembunyikan sebak. 'Tanggungjawab tak lengkap tanpa pengorbanan', esakan bonda sambil mengusap kepala. 'Carilah ilmu. Jadilah orang berguna. Kuatkan semangat', kata-kata ayahanda terakhir sebelum aku turun ke eskelator. Aku sebak. Aku sedih. Dan. Aku menangis...

Tempoh persekolahan aku tidak sependek orang lain. Dan tidak selama seperti orang lain.
Tempoh belajar aku ini memang telah ditakdirkan TUHAN. Dalam tempoh ini, sakit yang paling kerap dan yang paling dan ter-sangatlah derita adalah 'sakit rindu'. Lebih sakit dari sakit kena bedah perut. (Aku tau la sebab aku dah rasa) Aku tidak mampu untuk pulang setiap tahun. Tidak mampu juga untuk keluarga datang menziarah. Mendengarkan suara di telefon saja bikin aku jadi penasaran berhari-hari. Ya. Bagi aku. Bukan mudah untuk mencari 'semangat yang hilang' bila tengah down, kembali memaksa diri untuk membaca buku. Melainkan ayat-ayat super-moper(?)-power giler saja yang mengundang cetusan nafsu ghairah baru. Membaca buku yang memerlukan seluruh tumpuan penuh dan kerja-kerja otak bagi mengingati fakta-fakta yang berkapal-kapal dan akan ditanya pada sebahagian kecil sahaja dari fakta-fakta itu. Ah. Gila sungguh!

Aku banyak belajar di sini. Bumi Anbiya. Apa yang aku takut sangat-sangat, aku tidak dapat mempraktikan semua ilmu yang aku pelajari secara istiqamah. Semua dan istiqamah. Kepada diri dan orang-orang di sekeliling. Aku takut dilaknat oleh ilmu-ilmu itu setelah aku mengucapkan 'qabiltu' (baca: aku terima. Ayat macam terima nikah saja) pada 22 Oktober 2008 di Azhar Conference Centre (ACC) lalu. Aku rasa. Besar sangat-sangat dan sungguh-sungguh berat amanah ini. Rasa tidak mampu untuk melakukannya tanpa back up yang kukuh. Bukanlah perempuan dan wanita itu makhluk yang lemah?

Jadi. Aku perlukan keluarga, sahabat, kawan-kawan dan kalian menegur, menasihat, beramaran malah mengugut, jika aku menyonsang arah. Dan papahilah jika aku rebah. Kadang-kadang aku juga tidak betah untuk hidup 'ananiyah'.


Aku harap dan berdoa. Semoga hidup kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Yang penting usaha untuk mencari hidup lebih bahagia itu tidak pernah luntur dari quluub kita semua. Janganlah bakhil berdoa. Doakan untuk orang lain juga.


Sekian dan terima kasih.


From Me To You With Love,
e.i.s.r.a.a

=)


The Ninja

BismiLLAHirrahmanirrhim.



Aku pasti. Sangat-sangat pasti. Pada kalian yang melihat aku tertanya-tanya. Mengapa? Kenapa? Bila? Aku telah menutup separuh muka atau wajah aku dengan kain hitam yang panjangnya lebih kurang 3 jengkal itu. Oh. 3 jengkal aku eh! Aku tidak membuat sebarang pembedahan muka. Apatah lagi proses memancungkan hidung seperti Micheal Jackson. Atau mem'botox'kan bibir mahu seseksi Anita Sarawak atau lebih antarabangsa Angelina Jolie. Tidak! Tidak! Aku tidak akan buat perkara-perkara yang dimurkai TUHAN. Badan aku tidak kalis api neraka.

Pada awal pemakaian 'tabir' memang niat aku salah. Aku tahu dan sedar tentang itu. Niat aku cuma mahu pakai dalam tempoh 7 hari (seminggu) sahaja. Tetapi kuasa TUHAN mengatasi segalanya. Kuasa TUHAN membolak-balikkan qalbun tidak terdaya aku mengelaknya. Dan sehingga sekarang aku memakainya. Jika kedatangan bonda nanti, tidak meizinkan aku terus memakainya, aku akur. Kerana dulu aku pernah minta izin dari bonda, tetapi bonda menolak dengan alasan yang logik. Ni pakai curik-curik je.

Memang cara aku pakai ada pelik banyak. Jika pelajar Malaysia lain, mereka memakai 'Niqab Malizi' panggilan aku saja ni itu dengan kain yang sama jenis dan warna dengan kain tudung (yang satu jenis warna saja, bukan yang bercorak). Mereka akan melebihkan meter ketika membeli kain tudung berkenaan. Dijahit dibahagian atas kain niqab dengan seninya. Ada juga yang tidak dijahit. Kemudian mereka pakai dengan menyucukkan di kiri dan di kanan niqab itu pada tudung dengan jarum peniti.

Aku memakai 2 jenis 'tirai'. Pertama; 'Burqa' atau 'Niqab Saudi' yang dibeli di kedai-kedai pakaian Muslimah Arab di sini. Harganya LE25 selehai. Burqa ini hanya ada warna hitam, coklat, biru tua dan hijau tua. Cara memakainya lebih fleksibel sebab tak perlu sesuai dengan warna tudung atau warna baju. Kedua; 'Niqab Syria' (asalnya pelajar Malaysia di Syria yang mempelopori cara ini). Yang dipakai dengan cara menggunakan getah untuk lekat di kepala atau diikat. Biasanya mereka-mereka yang memakai niqab Syria ini sama jenis dan warna dengan kain tudung (yang satu jenis warna saja, bukan yang bercorak). Aku yang peliknya.


'Burqa' atau Niqab Saudi. (Ablah Hanah ni pandai cakap Melayu. Hanya pada perkataan yang tidak tahu saja baru dia akan cakap Bahasa Arab. Dan dia akan memaksa kami bercakap Bahasa Melayu jika berurusan dengannya.)


'Niqab Syria'



{... inn ALLAHa 'ala kulli syaien qadiir}


Korban 2008

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku tersedar pukul 11 (malam) lebih. Terus ke dapur. Aku lihat semuanya sudah siap dimasak. Nampaknya puteri-puteri bunian membantu mempercepatkan kerja-kerja di dapur. Apsal mereka tak kejutkan aku? Bukan aku tak pesan. Untuk menampakkan realiti hidup berumah tangga saling tolong-menolong, aku main kemas-kemas rumah, main cuci-cuci, main sapu-sapu. Dan aku sediakan juadah untuk sarapan pagi. Kira ok lah kan? Pukul 6.13 pagi kami keluar rumah dengan cantik-cantik menuju ke Istad Salam. Untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya. Oh. Cuaca pagi ini agak sejuk dan mendung. Kerana hujan turun renyai-renyai pada awal pagi.







Kali ini. Stadium tidak sesak dan padat seperti Raya Idulfitri lepas. Mungkin ramai yang pergi membuat haji dan beraya di Mekah. Jika mahu sembahyang baring pun boleh dan pasti selamat. Tidak dipijak oleh para jemaah.

Kemudian kami menuju ke Dewan Persada Jazirah al Ward. Mendengar khutbah Bahasa Melayu. Main lepak-lepak seketika sambil menunggu penyembelihan 2 ekor lembu dan seekor kibas. Yaaa... acara bagi jejak-jejaka Malaya menaikkan saham diri. Mujur bonda tidak ada. Jika tidak harus ter-sihir mata bonda dengan acara jejaka-jejaka Malaya menaikkan saham diri yang mengaburi pemandangan itu. Hahaha.

Aku rasakan. Inilah raya paling berilmu. Kerana membawa sebuah kamus yang beratnya hampir 4 kilogram! Dari Dewan Persada Jazirah al Ward ke rumah-rumah terbuka, hingga ke rumah aku. Adik-adik kena contohi sikap belajar akak ni. Biar pun bercuti dan bergembira tetapi jangan sampai lupa pelajaran. Ingat tuuu...

Menu raya yang memasuki tekak aku kali ini:
1. nasi impit + kuah kacang + air kosong.
2. laksa + agar-agar.
3. nasi impit + kuah kacang + lontong + rendang ayam + kek pisang + limau.


Eh. Aku lupa minum air!


Maka, Jadilah!

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Perancangan aku. Sebelum ini. Raya Idulfitr. Itu raya terakhir aku di bumi Anbia. Rupanya kena sambung kontrak 'makan tanggung berak duduk' hingga Raya Iduladha pula. Malah pakej lengkap dengan Krismas, Awal Muharram, Tahun Baru nampaknya. Huhuhu. Terbatallah niat aku mahu kutip duit raya (Korban) untuk membolehkan aku membayar hutang pinjaman persekolahan yang puluhan ribu itu. Sebab aku tak dapat mumtaz.

Niat bonda dan sepupu untuk merasa beraya di sini pun terbatal. Kerana ada masalah tiket dan visa. Insya ALLAH mereka akan sampai pada 17 Disember. Harap-harap tetaplah tarikh ini dan tidak ada sebarang perubahan lagi.

Maka dengan itu, melepaklah aku selepak-lepaknya sampai kebosanan. Aku telah dipaksa menukar cara hidup menjadi seorang pembantu rumah tanpa gaji (baca: khidmat bakti siswi kepada ahlibait). Kerja memasak, mencuci, pergi ke pasar, ukur jalan (baca: berfoya-foya); itulah rutin aku berulang-ulang. Ni kalau dapat tawaran jadi isteri dalam masa terdekat, aku terima. Mesti! Practice make perfect dengan tugasan sebagai suri rumah. Mak mertua pasti takjub dengan kebolehan dan kecekapan aku mengendalikan hal-hal rumah tangga. Hahaha.

Sebelum ini. Aku menjangkakan. Dapat balik awal ke Malaya. Kerana aku kena dan mesti buat anak. Eh silap, duit. Buat duit dengan secepat mungkin dengan jumlah yang maksimum. Bukan sebab aku nak mati dalam masa terdekat ni (kuasa TUHAN). Bukan juga mengambil kesempatan imbuhan sementara PakLah menjadi Perdana Menteri Malaya. Dan bukan kerana kos rawatan susulan penyakit aku. Aku ada keperluan. Dan banyak keinginan. Ye lah. Naluri nafsu aku masih berfungsi dengan cemerlang. Jadi banyaklah perkara-perkara yang melibatkan Ringgit Malaysia. Oh. Oh. Aku tidak suka menggunakan alasan 'kebongsuan cap mengada-ngada' untuk mendapatkan sebarang keinginan daripada keluarga. Melainkan di waktu kecemasan atau tersedak. Eh silap, terdesak. Tetapi jika 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa', aku tak boleh nak tolak. Itu rezeki beb! Macam ayahanda telah membelikan handphone bernilai RM2 ribu yang berskrin sentuhan tanpa membatalkan air sembahyang untuk aku. Tak kan lah aku nak kata 'ish... tak perlulah ayahanda...'. Kufur nikmat namanya tu. 'Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari'. Kan?


Hm.

Maka dengan ini.
Aku mengucapkan;

Salam Raya Korban 1429 kepada seluruh Muslimin.



Untuk kesekian kalinya. Aku beraya tanpa keluarga. =|

{Wa makaru wa makara LLAH ^ wa ALLAHu khairu lmaakiriin} al Imran: 54.


Bila

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku masih lagi di negara Piramid. Ramai yang bertanya. Kenapa? Mengapa? Bila? Ya. Aku telah diluluskan di dalam peperiksaan lepas. Dan sekarang aku telah disahkan sebagai penganggur antarabangsa. Macam best je. Aku telah diizinkan untuk pulang ke Malaya. Ada orang yang akan menghantar aku ke Cairo Airport. Ada orang yang akan menjemput aku di KLIA. Wang tambang wajib, sunat dan makruh pun ada. Cuma aku belum booking tiket lagi. KENAPA?

1. Kerana sijil berhenti sekolah aku tersangkut. Sebelum ini ablah kata akan buat kerja bulan 12. Tadi katanya pula akan dikerjakan dokumen-dokumen yang berkenaan lepas Raya Korban pula. Sah si ablah tu memang tempah santau kelas atasan pakej penuh dengan kesan bunyi yang menakjubkan betullah!

2. Bonda dan sepupu mahu merasa beraya di sini. Insya ALLAH kami akan pulang ke Malaya bersama. Kalian doakan eh.

3. Wujudkah majikan mahu terima pekerja di akhir tahun ini? Tidakkah ia akan menyusahkan juru audit untuk buat 'tutup akaun' akhir tahun?


Hari-hari terakhir di sini membuatkan hati menjadi sayu. =l

Entry ini bersiaran dari StarNet.

Haaa???

BismiLLAHirahmanirrahim.



Orang pejabat telah menghubungi ayahanda. Bertanyakan tentang pinangan. Eh silap. Bertanyakan tentang persekolahan aku bagaimana dan macam mana keputusannya. Dan ayahanda pun main 'talipon karat' dengan anakanda yang disayanginya beberapa hari lalu. Pihak pejabat minta ayahanda, dan ayahanda minta aku mengutuskan warkah rasmi walau macam mana keadaan sekalipun. Dan buat kedua kali aku mengutuskan warkah yang diminta. Sebelum ini warkah itu aku poskan melalui pelajar yang kebetulan pulang ke tanahair. Maka. Pada hari Khamis lepas aku ke Pejabat Pos Syarie Umi Kalthum. Warkah kedua itu mengandungi 2 helai kertas bersaiz A4. Aku minta khidmat pos laju. Yang akan dijamin sampai dalam masa 5 hari. Kerana warkah itu sangat-sangat penting dan mahukan segera. Main tulis-tulis. Main timbang-timbang.

Miyah wa 'syreen geneh wa tamaneen irsy (miah wa 'isyruun Junaihaat wa thamanun Qirsy: LE120.80)
Haaa???


Tulisan doktor memang seni. Sila jangan komen.



Aku bayar. Sambil terkebil-tebil. Aku rasa dakwat yang melekat pada 2 helai kertas A4 itu bukanlah bertatahkan emas 916. Atau berlian 14 karat. Atau berkarat-karat.

Kata KakIjan;
Tak larat posmen tu nak berlari ke sana tempoh 5 hari. Sebab tu mahal.
Berlari eh? Ooooooooo... patutlah.



Bengong!


Tak Mengaku Saudara

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku dapat surat-surat dari Malaya sejak tahun 2000++. Patut dipuji tindakan kerajaan Malaya yang sangatlah berjimat cermat. Kerana sudah tahun 2000++ masih lagi menggunakan setem bertanda '$'. Dan bukan Ringgit Malaysia. Sungguh berjaya sistem 'recycle' ini. Kalaulah sistem ini digunapakai untuk lain-lain hal bukankah lagi bagus. Kalau... kalau... Ya. Kalaulah mereka itu tahu dan kenal siapakah syaiton itu.





Dan. Aku pun tidak mahu menjadi saudara syaitan yang memang bukan sedatuk atau senenek, aku masih lagi memakai CikNok. Yang ini. Ramai rakan-rakan yang tidak puas hati kerana aku masih memakai CikNok cap ini. Apalah salah dan dosa CikNok yang tidak rosak dan masih boleh berkhidmat ini? Nampak aku sofistikated sangat eh? Dengki barangkali...



{... sesungguhnya membazir itu saudara syaitan...}

=)


Tunai

BismiLLAHirrahmanirrahim.



AlhamduliLLAH. Ahlibait aku selamat sampai. Walaupun flight tak delay, tetapi kami menunggu sangat lama. Sampai tak larat nak bosan. Mujur ada objek jejak-jejaka Malaya untuk mencuci mata.


Mator Qadim.


Ya. Ahlibait aku memang cool. Dia bawa Milo, ikan bilis, segala jenis kerepek, kuih Batang Buruk, cili api, halia 'hidup', lengkuas 'hidup', kunyit 'hidup', daun limau purut, daun kunyit, serai, tempoyak, segala jenis ikan masin, segala jenis perisa minuman dan banyak lagi. Apabila dia tahu aku ada niat mahu snap gambar-gambar hagah Malaya terus dia mengugut aku berkenaan dengan tempoyak. Terpaksalah aku membatalkan niat eksploitsi itu. Cuma... dia tak bawa petai, kicap. Alhamdulillah. Aku sudah makan itu sambal tempoyak. Moga-moga anak tekak aku ni tidak mengidam-anak-sulung lagi.


Biol-Logik

BismiLLAHirahmanirrahim.



Hari itu. Aku telah sepakat dengan dia untuk berkongsi van pergi ke Cairo Airport. Mengambil ahlibait aku dari pulang bercuti. Oklah. Jimat. LE200 dibahagi 3 orang berbanding dari kena membayar penuh. Cuma. Aku keliru. Sangat-sangat. Kami akan bertolak pukul 9.00 pagi pada 16 haribulan. Sedangkan dari maklumat ahlibait aku dia akan sampai pukul 5.30 pagi.

Sekejap tadi. Aku bersembang maya dengan ahlibait. Aku tanya lagi perkara yang sama. Untuk memastikan tiada salah faham pada maklumat. (Aku kan ahli perisik antarabangsa. Tentulah mahukan maklumat yang terperinci, tepat dan benar.) Ahlibait tetap dengan kenyataan yang sama sebelum ini. Dia menghantar salinan tiket untuk meyakinkan aku lagi.

In directly. Aku telefon dia.
16 ni pegi pukul 8.30 pagi eh? (mata terkebil-kebil biar pun dia tak nampak)
Ha ah.
Albet kamu naik kapal cap apa?
Ettihad.
Ettihad???
Ha ah. Ahlibet akak naik flight apa?
Egypt. Kalau macam tu cancel lah nak share van dengan korang. Sebab albet Kak (.....) naik Egypt Air. Minta maaf banyak-banyak. Kak (.....) salah dengar. Hari tu dengar kamu cakap macam Egypt Air. Minta maaf banyak-banyak eh tak jadi nak share van.
Tak apa je akak.

In directly for the second time. Aku telefon jejaka Malaya yang gagah perkasa umpama Badang untuk menjadi musyrif (mengangkat barang yang sebenarnya). Mangsanya ialah; jiran belakang. Jenuh juga membaca ayat pengasih sambil main hembus-hembus di telefon.

Kenapalah semenjak ke belakangan ini aku jadi makin biol dan pending pun agak lama eh? Fasal ahlibait aku itu mujur cepat sedar dan bertindak. Jika tidak, harus dia menjadi statue ais di Cairo Airport kerana menunggu van kami dari 'Kampung Ulu' 8 jam.


Jalan-jalan Tepi Jalan

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Siang tadi...
Sebelum Zohor- seperti biasa-biasa. Aktiviti mengumpul tenaga sambil main-main cuci mata. Kerana janji semalam, dia suruh aku datang ke sana lepas Zohor (kalau ikut 'janji Melayu' maknanya sebelum Asar). Selepas solat Zohor, aku ke sekolah. Malam semalam ahlibait aku memberitahu keputusan peperiksaan aku sudah ditampal di papan kenyataan sekolah. Mood; biasa-biasa (sebab sudah tahu aku dapat apa).



AlhamduliLLAH. Sama dengan apa yang aku tengok sebelum ini.


Selepas salin apa-apa yang patut dan yang tak patut, aku call dia. Untuk mensahihkan lagi janji semalam. Dan keputusannya sama dengan semalam; menyuruh aku datang ke sana. Keluar dari kawasan sekolah, aku lintas jalan dan tahan sebuah teksi. Lebih kurang 35% perjalanan ke sana...

Haaaa ammuuu... Ana asifah jiddan. Maalisy... Mungkin nazlah hena.
Leh Maliziyyat? lissah yuwassol.
Ana maa fisy fulus khalis. Maa fisy fulus khalis fi syantoh. Nazlah hena bas.
Maa fisy musykilah ya Maliziyyat.
(Tapi teksi dia tak berhenti pun) Ammu. Ana maa fisy fulus khalis li dafa' ugrah teks.
Maa fisy musykilah. Ana fulus katir.
(Aku tak habis-habis salahkan diri. Tak pernah lagi aku secuai ini. Kalau aku jadi doktor mesti dah bersepah surat saman dari waris pesakit menuntut wang sara diri kurang upaya seumur hidup.)
Utubis Gadid?
Aiwah. Mungkin nazlah hena. Laa baksa. Ana imsyi.
Maa fisy musykilah. Ana Muslim. Enti Muslim. Enti fi maslahat wa ana gai.

Sampai tempat yang di tuju.
Ammu, fi rokom mobail? Insya ALLAH ana talifon ma'aka wa ba'din adfa'ei ugrah.
(Dia hulur sekeping kertas yang ditulis nama dan nombor handphone) Khalas ya Maliziyyat. Khalas.
SyukriLLAH. Syakirin awi.

Di tempat yang dijanjikan. Dengan dia.
Bla bla bla...
Maknanya benda tu tak ada pada kamu sekarang ni?
Maaflah akak. Memang tak ada. Salinannya pun tak ada. Ada pada Akak Nurul (bukan nama sebenar). Akak try tanya dia.
Kalau tak ada pada kamu, kenapa kamu suruh juga Kak (.....) datang sini ni?
...
Tolonglah jangan buat salah faham. Kalau tak ada pada kamu, cakap sajalah. Kak (.....) bukan nak bunuh kamu pun kalau benda tu dah tak ada.
Akak marah ye?
Sendiri fikirlah. Kalau rumah depan hidung tak apalah juga. Ni jauh-jauh datang benda yang dijanjikan tak ada. Susah sangat ke nak cakap benda tu tak ada pada kamu?
...
Lain kali sebelum nak cakap, nak buat janji, fikir dulu.


Ha? Ablah nak buat kerja bulan 12 nanti?
Ha ah betul akak. Tadi ada 3 orang cuba nak buat urusan pun tak boleh. Ablah kata natijah tak sampai lagi di bahagian kharajiyyat.
(Tiba-tiba aku teringin nak rebounding saraf-saraf otak aku yang dah kusut serabut ni. Bulan 12 ni dah lah Raya Haji, berapa minggu pula sekolah tutup. Arrrggghhhh!!!)

Aku terus pergi dari situ. Macam-macam perasaan ada. Terkilan. Marah. Geram. Kalau ditakdirkan waktu ini ada jejaka-jejaka Malaya ringan mulut main sapa-menyapa, aku petirkan saja. Huh!

Disebabkan di dalam beg hitam aku itu, satu sen pun tak ada maka aku pun buatlah catwalk di tepi jalan raya tanpa kereta berhias. Oklah juga. Boleh kurangkan risiko sakit kencing manis dan darah tinggi. Silalah amalkan selalu (nak redakan gelora ilmu santau aku yang sedang menggelegak sebenarnya). Nafsu dahaga mahukan asir asob terpaksa dikekang (pinjam perkataan EncikGild). Buat-buat tak nampak saja apa yang nafsu tekak dan perut mahukan. Sambil jalan-jalan tepi jalan mulut bersiul-siul. Sambil jalan-jalan tepi jalan otak ligat membuat plan B setelah mengetahui perihal urusan surat berhenti sekolah akan dibuat pada bulan 12 nanti. Masih ada 14 hari lebih untuk aku berfoya-foya. Sambil jalan-jalan tepi jalan aku tanggap ini gambar.


Keldai tepi jalan.



Kharuf tepi jalan. Lepaklah puas-puas sebelum disembelih Raya Haji ini.



Budak perempuan tepi jalan.


Penat ya amat-amat. 30 minit berjalan kaki dengan henti. Sampai rumah terus tumbang tak sedar diri. Kalau aku tak marah-marah, merungut, mengugut tentu banyak pahala puasa aku hari ini. Bedebah punya syaitooonnn...!!!


Macam Si*l

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Petang tadi hati aku benar-benar terbakar. Hangus rentung.

Alkesahnya.
Pemberitahuan: flat kediaman aku ada 3 ruang ampaian.
Isteri jiran atas menjemur permaidani yang dibasuhnya di ampaian. Tidak salah. Ampaian memang tempat untuk menjemur apa-apa yang basah dan lembab. Cuma. (Cuba kalian fikirkan sejenak. Arab tidak membuka kasut ketika di dalam rumah. Sudah pasti segala kotoran luar rumah seperti najis kuda dan himar, pasir, tanah dan lain-lain terperangkap di bulu permaidani tebal mereka itu). Dia membasuh permaidani itu secara manual. Tidak ditos. Dan terus disidai di ruang ampaian 2 dan 3. Maka menitiklah air permaidani itu seperti air terjun lagaknya terus ke ampaian jiran bawah (baca: aku). Dan. Pada masa yang sama, di ampaian 2 dan 3 aku itu sedang bergayut sakanlah pakaian yang sudah dibasuh secara berjemaah (koleksi pakaian mingguan). Maka. Pakaian aku yang malu-malu mahu kering itu menjadi basah semula dengan air cap xxx. Sudahlah sekarang ini musim sejuk. Pakaian tebal-tebal (musim sejuk aku lebih awal dari orang lain memandangkan aku spesis orang yang tak cukup lemak) dan lambat kering walaupun sudah di spin.



Memang benganglah. Sampai berdengung kepala dibuatnya. Ilmu santau aku makin bergelora. Kenapalah dia tak jemur permaidani-permaidani itu di ruang ampaian 1? Ini bukan pertama kali dia buat perangai serupa Yahudi sebegini. Jika sebelum-sebelum ini titisan air dari pakaian harian mereka, aku maafkan. Kalau mahu jemur unta alias gajah sekalipun atau berkali-kali, lantaklah dengan syarat ampaian di bawah kosong. Syaitan pun tiada alasan menjadi batu api. Ini...????!!!

Nampaknya malam karang haruslah aku bersemuka dan mengadu hal ini (lagi). Entah kali ke berapa entah.

Aina wadha'at ainuki?



Oh-Tak-Mo-Loji

BismiLLAHirrahmanirrahim.





Bukan!

Ini bukan poster filem seram. Dari Thailand, Jepun, Korea, negara Inggeris, Indonesia, Malaya... Bukan juga poster filem action, adventure, animation, anime, biography, comedy, crime, documentary, drama, family, fantasy, historical, horror, martial arts, movies, mystery, romance, sci-fi, thriller, war... Lebih-lebih lagi bukan poster filem erotic.

Ini bukan sepasang mata milik artis terkenal. Bukan juga milik tokoh pemimpin negara, atau atlit terkenal, atau saintis terkenal, atau tokoh usahawan terkenal. Atau penjenayah terkenal. Atau. Atau apa-apa lagilah.

Sepasang mata ini. Milik aku. Aku mengidap penyakit pterygium. Jika kalian lihat pada mata kanan (gambar atas), terdapat kotoran pada konjuntiva. Berbeza dengan mata putih kiri, lebih bersih. Oh. Itu bukan barah eh.




Mata kiri aku jadi begitu kerana sudah ditentukan oleh TUHAN. Tiada apa dan siapa bisa menolak dan menepis jika itu sudah takdir. Kan? (Jangan was-was jika kalian beriman dengan Rukun Iman yang keenam) Puncanya. Disebabkan pendedahan yang keterlaluan ultraungu dan kesan radiasi infrared cahaya matahari. (Bukan sebab aku suka tengok benda-benda xxx tau!) Bahasa mudahnya. Aku banyak kena siram dengan cahaya matahari. Atau. Aku banyak melakukan aktiviti outdoor. (Bukannya menadah mata tengok matahari). Biasanya orang-orang yang menghidap penyakit ini; nelayan, peladang... (aku kan orang ulu yang susah. Terpaksa berpanas untuk mencari rezeki. Isk isk isk).

Penyakit ini tidak berjangkit dan merebak. Tidak perlu buat pembedahan yang risikonya cuma 50-60 peratus sahaja untuk pulih. Cuma disarankan: silalah memakai cermin mata hitam atau topi jika keluar rumah ketika waktu siang. No wonder lah jika kalian nampak aku seperti Stevland Hardaway Judkins atau S. Jibeng atau Budak Kacamata. (Di sini, kalau aku pakai benda alah dua tu pasti dilihat seperti alien workshop yang sedang berjalan memakai tudung. Oleh sebab itulah aku memakai tudung yang muncungnya terlampau).

Kalian tak faham eh? Boleh rujuk si kacak atau si jelita di bilik ophthalmology untuk bermain-main mata.


=)

Sangat

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku. Memang sangat naif dengan bahasa. Ketika sekolah berbaju seragam, subjek yang paling amat-amat aku tak suka adalah penulisan. Biasanya karangan aku akan melampaui had yang dikehendaki dengan struktur bahasa yang tunggang-langgang, dan penggunaan 'bahasa rojak'. Dan kesalahan ini akan mengurangkan markah penulisan, sekali gus akan membabitkan pemarkahan subjek major tersebut. Dan. Di dalam subjek Bahasa Melayu (dulu), ada bahagian tatabahasa yang selalu membuatkan neuron membran sel aku berpintal. Sangatlah tertekan. Boleh koyak tudung dibuatnya.

Contoh:
Arahan: Pilih jawaban yang paling tepat.

I - Setiap hari saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas.
II - Saya menaiki bas setiap hari ke sekolah.
III - Dengan menaiki bas, saya ke sekolah setiap hari.
IV - Saya pergi ke sekolah dengan menaiki bas setiap hari.

A. I dan II.
B. I dan III
C. I, II, dan III.
D. I, II, III, IV.


Dan. Sekarang.


Keadaan satu.

Bla bla bla... Bla bla bla...
Awak dok pahang ke?
Eh. saya bukan orang Pahang. (Terkebil-kebil. Aku tahu lelaki itu tahu, aku bukan orang Pahang)
Awak dok pahang ke? Kalu dok pahang sayee panggil Zaki (bukan nama sebenar).
Hm?
Awak f.a.h.a.m kee? Are you understand(g) what were are talking about?

Ooooooooooooooooo... Ya, saya faham.


Keadaan dua.

Bla bla bla... Bla bla bla...
Mengada-ngada pulak dia. Dah pasang tingkap baru pun tak boleh buka lagi.
Tingkap? Tingkap apa?
Kita cakap pasal apa tadi? (Aku tak ubah topik pun)
Jap, jap. Tingkap... saya bukan exco atau ajk perumahan.
Windows tak boleh setup lah.
Ooo... cakaplah windows tadi...
(Ada juga yang nak kena panah petir ni)


Keadaan tiga.

Tak adalah.
Tak kan tak ada? Rasanya sekarang ni memang musim dia?
Betul, tak ada. Saya cari dari depan sampai ke belakang pasar.
Dua hari lepas akak pegi, ada je. Cepat pula habisnya.
Saya dah tanya kat makcik-makcik tu. Derang cakap tak ada.
Awak tanya apa?
Ubi stelo.
Wakakakaka... (gelak bertanduk) Kalau awak tanya ubi stelo sampai kiamat pun tak jumpa.
Kenapa? (buat muka innocent)
Ubi stelo tu keledek la...
Ooooooooooooooo.... (~!@#$%^&;*)


Keadaan empat.

Kak (.....) ada germit tak?
Uweit. Kak (.....) datang sini bukan buat pertukangan nak ada germit, pahat, gerudi semua tu.
Bukan yang tu. Nak tajamkan celak ni.
Pengasah? Sharpener?
(Angguk)
Germit eh??? Ha ha ha.


Keadaan lima.

Koi tak ada kat rumah.
Aku datang bukan nak makan kuih. Nak harap ko datang ziarah aku??? Harammm...
Eh. Lupa pula. Koi tu maknanya 'saya'.
Derhaka betul!



=)


Yang Kau Mau

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Sambil makan benda ni...


... aku jawab seperti yang kau mau tahu.



[01] Nama sebenar?
Rahsia.

[02] Nama gelaran?
Malas nak taip.

[03] Taraf?
Ratu Kereta Berhias.

[04] Bintang zodiak?
Aku tak percaya benda ini.

[05] Jantina?
'Lu pikir sendiri la...'.

[06] Usia?
21++.

[07] Tinggi?
Bergantung kepada tinggi tumit kasut.

[08] Berat?
Bergantung kepada selera makan.

[09] Adakah anda suka diri sendiri?
Tidak... sifat mazmumah.

[10] Bersuara merdu?
Alhamdulillah... tidak sengau atau gagap atau pelat.

[11] Kanan atau kiri?
Dua-dua.

[12] Adakah anda pelik?
Sila rujuk pada keluarga atau kawan-kawan.

[13] Rambut?
'Hitam itu menawan'... 'Warna-warni di Aidilfitri'... 'Guna jari pun boleh...'

[14] Alahan?
Lapar. Kalau aku lapar jadi pening-pening. Kemudian loya-loya. Kemudian muntah-muntah. Akhir sekali, pengsan.

[15] Apa yang anda buat sekarang?
Sila rujuk jawaban nombor 05.

[16] Apa yang anda akan lakukan 1 jam kemudian?
(Mungkin) Buang masa.


Tentang Keluarga Anda

[17] Tinggal bersama emak/ bapa/ ibu bapa/ keluarga?
Tidak.

[18] Adik beradik (termasuk anda)?
1 dozen tolak 10 orang.

[19] Yang paling tua?
Kekanda.

[20] Yang paling muda?
Sila rujuk jawaban nombor 15.

[21] Sayang/ benci keluarga anda?
Apa punya derhaka soalan ni!


Tentang Cinta

[22] Adakah anda berjumpa dengan pasangan yang sesuai?
Belum.

[23] Jika sudah, siapakah gerangannya?
Sila rujuk jawaban nombor 22.

[24] Anda mahu si dia menjadi apa?
(Kalau) Bruce Wayne (Batman). Sebab kacak, bergaya dan kaya.

[25] Berapa kali anda sudah menjalinkan hubungan?
Sila rujuk jawaban nombor 23.

[26] Pernah memujuk rayu lelaki/ perempuan?
Banyak kali... ayahanda, bonda.

[27] Pernah sesiapa memujuk rayu anda sebelum ini?
Banyak kali. Ratu kaaannn...

[28] Ada sesuatu yang tak kena dengan si dia anda?
(Kalau) Bruce Wayne, kostum dia sangat seksi walaupun bergaya.

[29] Apakah yang si dia telah lakukan sesuatu kesalahan terhadap anda?
Sila rujuk jawaban 28.

[30] Pernah ingkar dengan si dia?
Sila rujuk jawaban nombor 25.

[35] Sejak bila anda bersama dengan si dia?
Sila rujuk jawaban nombor 30.

[36] Adakah anda lurus/ lesbo (???)?
Aku tak faham.

[37] Alasan anda mencintai si dia?
Kekayaannya.

[38] Pernah bersekedudukan dengan si dia?
Soalan tak beriman ni!

[39] Anda memujuk rayu si dia atau si dia yang memujuk rayu anda?
Sila rujuk jawaban nombor 35.

[40] Pernah berfikir untuk mengahwini si dia?
Sila rujuk jawaban nombor 39.


Tentang kawan

[41] Sahabat pertama anda?
Khadijah.

[42] Musuh pertama anda?
Kekanda (masa ni aku belum mumayyiz lagi).

[43] Kawan yang paling anda sayang?
Kalau aku taip, sah ada yang buat tindakan drastik bunuh diri.

[44] Musuh yang paling anda benci (seorang sahaja)?
Jahat.

[45] Kawan perempuan anda yang paling cantik?
Sebab aku seorang ratu, jadi tiada seorang pun kawan yang cantik. Ha ha ha.

[46] Kawan lelaki anda yang paling kacak?
Ni kalau aku taip, sah ada yang buat keputusan talak tiga. Ha ha ha.

[47] Karektor perempuan yang paling anda benci?
Sila rujuk jawaban nombor 44.

[48] Karektor lelaki yang paling anda benci?
Sila rujuk jawaban nombor 47.

[49] Anda pernah jatuh cinta dengan kawan karib?
Aku kawan ikhlas dan jujur tau!

[50] Sahabat anda merupakan bekas kekasih?
Aku bukan lesbian.

[51] Jika kawan anda 'main tikam belakang'?
Aku tikam dia. Depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah... semua penjurulah! Ha ha ha.

[52] Jika kawan anda mengkhianati?
Aku khianat dia balik. Kalau boleh 10-1. Ha ha ha.

[53] Jika kawan anda memujuk rayu kekasih anda?
Aku santau 'kawan' tu.

[54] Jika kawan anda jatuh cinta pada anda?
Aku relakan.

[55] Jika anda jatuh cinta pada sahabat anda?
Sila rujuk jawaban nombor 50.


Tentang Pelajaran

[56] Adakah anda pelajar yang baik?
Sudah tentu!

[57] Adakah anda selalu menyudahkan kerja rumah (kerja sekolah)?
Sila rujuk jawaban nombor 56.

[58] Guru yang paling anda sayang?
Cikgu Ramlah. Sebab dia kasi kami buka tudung waktu kelas (siang) blackout (kipas tak berfungsi), bercinta monyet, makan gula-gula waktu kelas beliau...

[59] Ada selalu lewat ke sekolah/ kolej?
Satu amalan persekolahan dan per-kolejan.

[60] Kelas anda?
(Bekas) Tingkat 4.

[61] Anda mencintai pelajar sekolah anda yang lebih tua?
Pelajar sekolah aku semua perempuan. Apa punya laknat daaa...

[62] Pelajar yang lebih tua yang anda sayangi/ cintai?
Sila rujuk jawaban nombor 61.

[63] Rakan kelas anda baik/ tidak?
Semua jenis ada.

[64] Rakan kelas yang mendapat keputusan cemerlang?
Ramai.

[65] Rakan kelas yang paling pemalas?
Tak baik mengumpat.


Tentang Orang

[66] Orang yang bijak?
Orang yang bersistem.

[67] Orang yang bodoh?
Bodoh-sombong.

[68] Orang yang berpenampilan menarik?
Sopan.

[69] Orang yang hodoh?
Berlagak.

[70] Orang yang kelakar?
Tiga 'buaya' ternakan Kekanda.

[71] Orang yang comel?
'Saya'. =)

[72] Orang yang teruk?
Kejam.

[73] Orang yang tulus?
Ikhlas.

[74] Orang yang berlagak?
Sila rujuk jawaban nombor 67.

[75] Anda seorang yang?
Sila rujuk jawaban nombor 20.


Tentang kesukaan

[76] Bibir atau mata?
Atau.

[77] Peluk atau ciuman?
Sila rujuk jawaban nombor 76.

[78] Rendah atau tinggi?
Bergantung kepada keadaan.

[79] Was-was atau spontan?
Sila rujuk jawaban nombor 78.

[80] Perut atau lengan yang menarik?
Semua, boleh?

[81] Pendengar atau bercakap?
Sila rujuk jawaban nombor 79.

[82] Romantik atau kaya?
Kaya.

[83] Suami atau ayah yang baik?
Dua-dua.


Tentang masa depan

[84] Usia untuk mendirikan rumah tangga?
Bergantung kepada keizinan wali dan persetujuan keluarga.

[85] Bilangan anak?
Rezeki dari ALLAH.

[86] Kerjaya?
Jutawati.

[87] Pendapatan?
Mesti nak banyak-banyak.

[88] Usia bersara?
Mati.

[89] Harta bernilai?
Agama dan keluarga dan harta benda.

[90] Harapan?
Berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat.


Pemangsa:

[91] (Tun) PakLah

[92] Najib Tun Razak

[93] Anwar Ibrahim

[94] Tun Mahathir

[95] Ku Li

[96] Khairy J


=)


NotaBawah:
Saya ubah bahasa dan urutan nombor daripada salinan yang asal.

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah