Alahhai

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku telah dizalimi secara halus. Ya. Makhluk itu juga halus. Hahaha... Dia telah memukau aku untuk membuat kenyataan walaupun dalam keadaan sedar.


a) 7 fakta tentang aku:

1. suka berfoya-foya
2. suka makan
3. kalau boleh semua benda nak di-kanan-kan
4. tengok atau baca buku/ majalah dari belakang
5. selamber
6. kalau menulis semua benda nak di-pensil-kan. Kalau guna pen pun hanya yang berdakwat hitam sahaja.
7. sampai sekarang aku masih suka mewarna (pensil warna, karyon, warna air, cat...)


b) 7 perkara menakutkan aku di duniawi ini:

1- kena tinggal (ke-meninggal-an orang tersayang, gagal, talak...)
2- hidup tak berkat
3- keadaan tak stabil dan tak aman (bencana alam, peperangan, kelaparan...)
4- sakit tahap menderita
5- fakir atau miskin
6- gila, nyanyuk...
7- sesat dan menyesatkan


c) 7 lagu yang paling aku layan:

1. Surah al Baqarah - Saad Said al Ghamidiy
2. Surah al Kahfi - Saad Said al Ghamidiy
3. Pieces - Sum41
4. November Rain - Gun N Roses
5. What I've Done - Linkin Park
6. Seputih Cinta - Agnes Monica
7- Endless Love - Jackie Chan feat Kim Hee Sun


d) 7 perkara yang selalu aku sebut (???):

1. iye eh
2. oh
3. ok
4. ampes
5. uit
6. tak baiknyeee
7. ALLAH...


e) 7 perkara yang bernilai bagi aku...guess wut??:

1. iman
2. sihat
3. masa
4. orang tersayang
5. kasih sayang
6. harta benda
7. maruah


f) 7 pertama kali dalam hidup aku:

1. lemas - 1990
2. pegang tangan seorang abang semasa Kem Rakan Muda tanpa rela. Sampai demam teruk - 1995
3. kemalangan motosikal - 1996
4. belasah seorang lelaki sampai patah riuk - usia 11 tahun
5. sesat di hospital - 2005
6. terima gaji - 2000
7. mimpi jadi kenyataan - 1994


g) 7 orang untuk siapkan tag ini:

Errr... tujuh orang yang aku mahu tag itu semuanya sudah meninggal dunia. Jadi tag ini terhenti di sini. Tetapi. Jika ada yang mahu ditag, sila hubungi aku.


Tiba Selamat

BismiLLAHirrahmanirrahim.



17 Disember. Seawal pagi. Selepas Subuh. Keluar dari rumah. Ke Mator Qadim.

















Bonda dan sepupu; Puan Salamah dan Siti Ainum selamat tiba di Mesir. Ahlan wa Sahlan.


Aku: Sekolah Jauh.

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Terkejut. Keluarga dan kerabat terdekat terkejut, aku terima tawaran tersebut. Walaupun aku dari keluaran sekolah berasrama penuh dan matrikulasi terpilih (sebab 37 orang sahaja) mereka
tetap tidak percaya aku menerima tawaran untuk belajar di luar negara (sebab aku ni tak pandai). Salah aku juga. Kecuaian aku bertanyakan kepada pakcik posmen di luar kawasan Istana Sangkut Kampung Ulu membuatkan berita gempar itu tersebar cepat 'jangan tunggu sampai esok'.

Aku bersikap 'same'naa wa ato'naa'. Tidak membuat keputusan. Terpulang kepada ayahanda dan bonda menentukan pilihan. Ayahanda setuju aku terima tawaran itu. Manakala bonda masih
berdiam. Aku tahu. Kerabat terdekat tidak berani mahu 'menyantau' aku untuk menolak tawaran tersebut. Jadi mereka memangsakan bonda. Cuba menakutkan bonda dengan mengarang sendiri seribu satu cerita seram mengenai keburukan jika aku belajar jauh dari kawalan dan pemerhatian ayahanda dan bonda; lebih-lebih lagi sampai ke luar negara. Oit. aku belajar di negara yang penduduk Islamnya 94% lah. Malaya cuma 57% saja. Santauan mereka dengan cerita-cerita seram itu semata-mata mahu menyelamatkan agama, adat resam Melayu dan budaya Timur aku. Tidak lebih dari itu, kononnya. Jika aku ni jahat sangat pun; takut bertukar agama (murtad, na'uzu biLLAHi min zalik!), berapa ramai penduduk Islam Malaya sendiri yang telah dan sedang murtad. Hei. Sungguhlah 'kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak'. Aku santaukan juga mereka ni kang... Menggelegak ni.

Walaupun ayahanda ketua keluarga dan 'bank keluarga', aku masih mahu tahu keputusan bonda.
Sedangkan Nabi sendiri pun berpesan supaya melebihkan berbuat baik kepada ibu tiga kali ganda berbanding bapa. Jika bonda tidak mengizinkan aku untuk terima tawaran itu, aku akur. Biarlah orang kata aku 'anak manja', 'duduk bawah ketiak emak', 'takut nak berdikari'... Biarlah. Katalah. Aku tak kesah. Apa yang aku kesahkan (takutkan) adalah hidup tanpa redha bonda dan ayahanda. Aku tak mahu hidup tak tenang. Hidup tak berkat. Bukankah redha TUHAN itu terletak pada redha ibu ayah? Sendiri fikirlah.

Bonda beralasan, aku seperti kekanda. Tidak betah dan biasa hidup di luar Istana Sangkut Kampung Ulu. Kekanda dulu. Usia 18 tahun baru belajar hidup jauh dari keluarga dan Istana Sangkut Kampung Ulu. Itu pun setiap hari minggu kami dipaksa menziarahinya manakala perjalan kami pergi-balik memakan masa lebih 10 jam (pergi nampak matahari, balik nampak bulan. Bukan datang bulan tau!). Rutin itu berlarutan hingga 2 tahun. Dalam pada itu kekanda diberi kenderaan peribadi yang diseludup masuk untuk kegunaannya, dilayan istimewa oleh kakitangan luar yang terlibat... dan seribu syarat anak manja sulung itu, ayahanda dan bonda terima.

Ketahuilah bonda. Benar. Anakanda, adik kandung kepada kekanda. Lahir dari alam, tempat dan cara
yang sama. Tetapi bukan semua perkara kami buat, alami, terima bersama. Malah nafsu, fiel dan naluri kami juga tidak sama. Kebolehan dan kekurangan kami juga tidak sama. Dan sebenarnya. Banyak perkara lagi yang membuatkan kami ini tidak sama. Berbeza.

Ahirnya bonda, ayahanda dan kekanda merestui pemergian aku ke Mesir. Aku kaitan dengan restu kekanda, kerana harus ikut 'rentak keluarga'. Bagi aku. Tidak ada makhluk yang terbaik di dunia ini melainkan mereka bertiga. Aku tidak mahu hidup dipinggirkan dari keluarga kelak jika penyelasan muncul di akhir sebuah keputusan 'berani mati' yang aku buat. Jika ada orang mengata. Biarlah. Katalah. Ada aku kesah? Dulu. Aku pernah ungkapkan kalimah ini. Kami berpelukan erat-erat. Dengan linangan airmata. 'Bonda, bondalah satu-satunya bonda yang anakanda ada di dunia dan di akhirat. Saya sangat sayang pada bonda'. 'Ayahanda, ayahandalah satu-satunya ayahanda yang anakanda ada di dunia dan di akhirat. Saya sangat sayang pada ayahanda'. 'Kekanda, kekandalah satu-satunya kekanda yang adinda ada di dunia dan di akhirat. Saya sangat sayang pada kekanda'. Sanggupkah aku membelakangkan mereka bertiga sedangkan ketika melafazkan ikrar itu, kami menangis bersungguh-sungguh? Aku minum air susu bonda. Aku makan dari rezeki tangan ayahanda. Aku membesar bersama kekanda. Tak sanggup aku beb!
Sungguh!

Aku tinggalkan Malaya dengan seribu satu harapan keluarga. Dan. Seribu satu dendam
kesumat musuh dan seteru. Aku meninggalkan KLIA dengan dengan 3 tangkal hikmat. 'Eloklah kamu Mesir, biar jadi baik sikit', gurauan kekanda cuba menyembunyikan sebak. 'Tanggungjawab tak lengkap tanpa pengorbanan', esakan bonda sambil mengusap kepala. 'Carilah ilmu. Jadilah orang berguna. Kuatkan semangat', kata-kata ayahanda terakhir sebelum aku turun ke eskelator. Aku sebak. Aku sedih. Dan. Aku menangis...

Tempoh persekolahan aku tidak sependek orang lain. Dan tidak selama seperti orang lain.
Tempoh belajar aku ini memang telah ditakdirkan TUHAN. Dalam tempoh ini, sakit yang paling kerap dan yang paling dan ter-sangatlah derita adalah 'sakit rindu'. Lebih sakit dari sakit kena bedah perut. (Aku tau la sebab aku dah rasa) Aku tidak mampu untuk pulang setiap tahun. Tidak mampu juga untuk keluarga datang menziarah. Mendengarkan suara di telefon saja bikin aku jadi penasaran berhari-hari. Ya. Bagi aku. Bukan mudah untuk mencari 'semangat yang hilang' bila tengah down, kembali memaksa diri untuk membaca buku. Melainkan ayat-ayat super-moper(?)-power giler saja yang mengundang cetusan nafsu ghairah baru. Membaca buku yang memerlukan seluruh tumpuan penuh dan kerja-kerja otak bagi mengingati fakta-fakta yang berkapal-kapal dan akan ditanya pada sebahagian kecil sahaja dari fakta-fakta itu. Ah. Gila sungguh!

Aku banyak belajar di sini. Bumi Anbiya. Apa yang aku takut sangat-sangat, aku tidak dapat mempraktikan semua ilmu yang aku pelajari secara istiqamah. Semua dan istiqamah. Kepada diri dan orang-orang di sekeliling. Aku takut dilaknat oleh ilmu-ilmu itu setelah aku mengucapkan 'qabiltu' (baca: aku terima. Ayat macam terima nikah saja) pada 22 Oktober 2008 di Azhar Conference Centre (ACC) lalu. Aku rasa. Besar sangat-sangat dan sungguh-sungguh berat amanah ini. Rasa tidak mampu untuk melakukannya tanpa back up yang kukuh. Bukanlah perempuan dan wanita itu makhluk yang lemah?

Jadi. Aku perlukan keluarga, sahabat, kawan-kawan dan kalian menegur, menasihat, beramaran malah mengugut, jika aku menyonsang arah. Dan papahilah jika aku rebah. Kadang-kadang aku juga tidak betah untuk hidup 'ananiyah'.


Aku harap dan berdoa. Semoga hidup kita berbahagia di dunia dan di akhirat. Yang penting usaha untuk mencari hidup lebih bahagia itu tidak pernah luntur dari quluub kita semua. Janganlah bakhil berdoa. Doakan untuk orang lain juga.


Sekian dan terima kasih.


From Me To You With Love,
e.i.s.r.a.a

=)


The Ninja

BismiLLAHirrahmanirrhim.



Aku pasti. Sangat-sangat pasti. Pada kalian yang melihat aku tertanya-tanya. Mengapa? Kenapa? Bila? Aku telah menutup separuh muka atau wajah aku dengan kain hitam yang panjangnya lebih kurang 3 jengkal itu. Oh. 3 jengkal aku eh! Aku tidak membuat sebarang pembedahan muka. Apatah lagi proses memancungkan hidung seperti Micheal Jackson. Atau mem'botox'kan bibir mahu seseksi Anita Sarawak atau lebih antarabangsa Angelina Jolie. Tidak! Tidak! Aku tidak akan buat perkara-perkara yang dimurkai TUHAN. Badan aku tidak kalis api neraka.

Pada awal pemakaian 'tabir' memang niat aku salah. Aku tahu dan sedar tentang itu. Niat aku cuma mahu pakai dalam tempoh 7 hari (seminggu) sahaja. Tetapi kuasa TUHAN mengatasi segalanya. Kuasa TUHAN membolak-balikkan qalbun tidak terdaya aku mengelaknya. Dan sehingga sekarang aku memakainya. Jika kedatangan bonda nanti, tidak meizinkan aku terus memakainya, aku akur. Kerana dulu aku pernah minta izin dari bonda, tetapi bonda menolak dengan alasan yang logik. Ni pakai curik-curik je.

Memang cara aku pakai ada pelik banyak. Jika pelajar Malaysia lain, mereka memakai 'Niqab Malizi' panggilan aku saja ni itu dengan kain yang sama jenis dan warna dengan kain tudung (yang satu jenis warna saja, bukan yang bercorak). Mereka akan melebihkan meter ketika membeli kain tudung berkenaan. Dijahit dibahagian atas kain niqab dengan seninya. Ada juga yang tidak dijahit. Kemudian mereka pakai dengan menyucukkan di kiri dan di kanan niqab itu pada tudung dengan jarum peniti.

Aku memakai 2 jenis 'tirai'. Pertama; 'Burqa' atau 'Niqab Saudi' yang dibeli di kedai-kedai pakaian Muslimah Arab di sini. Harganya LE25 selehai. Burqa ini hanya ada warna hitam, coklat, biru tua dan hijau tua. Cara memakainya lebih fleksibel sebab tak perlu sesuai dengan warna tudung atau warna baju. Kedua; 'Niqab Syria' (asalnya pelajar Malaysia di Syria yang mempelopori cara ini). Yang dipakai dengan cara menggunakan getah untuk lekat di kepala atau diikat. Biasanya mereka-mereka yang memakai niqab Syria ini sama jenis dan warna dengan kain tudung (yang satu jenis warna saja, bukan yang bercorak). Aku yang peliknya.


'Burqa' atau Niqab Saudi. (Ablah Hanah ni pandai cakap Melayu. Hanya pada perkataan yang tidak tahu saja baru dia akan cakap Bahasa Arab. Dan dia akan memaksa kami bercakap Bahasa Melayu jika berurusan dengannya.)


'Niqab Syria'



{... inn ALLAHa 'ala kulli syaien qadiir}


Korban 2008

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku tersedar pukul 11 (malam) lebih. Terus ke dapur. Aku lihat semuanya sudah siap dimasak. Nampaknya puteri-puteri bunian membantu mempercepatkan kerja-kerja di dapur. Apsal mereka tak kejutkan aku? Bukan aku tak pesan. Untuk menampakkan realiti hidup berumah tangga saling tolong-menolong, aku main kemas-kemas rumah, main cuci-cuci, main sapu-sapu. Dan aku sediakan juadah untuk sarapan pagi. Kira ok lah kan? Pukul 6.13 pagi kami keluar rumah dengan cantik-cantik menuju ke Istad Salam. Untuk menunaikan Solat Sunat Hari Raya. Oh. Cuaca pagi ini agak sejuk dan mendung. Kerana hujan turun renyai-renyai pada awal pagi.







Kali ini. Stadium tidak sesak dan padat seperti Raya Idulfitri lepas. Mungkin ramai yang pergi membuat haji dan beraya di Mekah. Jika mahu sembahyang baring pun boleh dan pasti selamat. Tidak dipijak oleh para jemaah.

Kemudian kami menuju ke Dewan Persada Jazirah al Ward. Mendengar khutbah Bahasa Melayu. Main lepak-lepak seketika sambil menunggu penyembelihan 2 ekor lembu dan seekor kibas. Yaaa... acara bagi jejak-jejaka Malaya menaikkan saham diri. Mujur bonda tidak ada. Jika tidak harus ter-sihir mata bonda dengan acara jejaka-jejaka Malaya menaikkan saham diri yang mengaburi pemandangan itu. Hahaha.

Aku rasakan. Inilah raya paling berilmu. Kerana membawa sebuah kamus yang beratnya hampir 4 kilogram! Dari Dewan Persada Jazirah al Ward ke rumah-rumah terbuka, hingga ke rumah aku. Adik-adik kena contohi sikap belajar akak ni. Biar pun bercuti dan bergembira tetapi jangan sampai lupa pelajaran. Ingat tuuu...

Menu raya yang memasuki tekak aku kali ini:
1. nasi impit + kuah kacang + air kosong.
2. laksa + agar-agar.
3. nasi impit + kuah kacang + lontong + rendang ayam + kek pisang + limau.


Eh. Aku lupa minum air!


Maka, Jadilah!

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Perancangan aku. Sebelum ini. Raya Idulfitr. Itu raya terakhir aku di bumi Anbia. Rupanya kena sambung kontrak 'makan tanggung berak duduk' hingga Raya Iduladha pula. Malah pakej lengkap dengan Krismas, Awal Muharram, Tahun Baru nampaknya. Huhuhu. Terbatallah niat aku mahu kutip duit raya (Korban) untuk membolehkan aku membayar hutang pinjaman persekolahan yang puluhan ribu itu. Sebab aku tak dapat mumtaz.

Niat bonda dan sepupu untuk merasa beraya di sini pun terbatal. Kerana ada masalah tiket dan visa. Insya ALLAH mereka akan sampai pada 17 Disember. Harap-harap tetaplah tarikh ini dan tidak ada sebarang perubahan lagi.

Maka dengan itu, melepaklah aku selepak-lepaknya sampai kebosanan. Aku telah dipaksa menukar cara hidup menjadi seorang pembantu rumah tanpa gaji (baca: khidmat bakti siswi kepada ahlibait). Kerja memasak, mencuci, pergi ke pasar, ukur jalan (baca: berfoya-foya); itulah rutin aku berulang-ulang. Ni kalau dapat tawaran jadi isteri dalam masa terdekat, aku terima. Mesti! Practice make perfect dengan tugasan sebagai suri rumah. Mak mertua pasti takjub dengan kebolehan dan kecekapan aku mengendalikan hal-hal rumah tangga. Hahaha.

Sebelum ini. Aku menjangkakan. Dapat balik awal ke Malaya. Kerana aku kena dan mesti buat anak. Eh silap, duit. Buat duit dengan secepat mungkin dengan jumlah yang maksimum. Bukan sebab aku nak mati dalam masa terdekat ni (kuasa TUHAN). Bukan juga mengambil kesempatan imbuhan sementara PakLah menjadi Perdana Menteri Malaya. Dan bukan kerana kos rawatan susulan penyakit aku. Aku ada keperluan. Dan banyak keinginan. Ye lah. Naluri nafsu aku masih berfungsi dengan cemerlang. Jadi banyaklah perkara-perkara yang melibatkan Ringgit Malaysia. Oh. Oh. Aku tidak suka menggunakan alasan 'kebongsuan cap mengada-ngada' untuk mendapatkan sebarang keinginan daripada keluarga. Melainkan di waktu kecemasan atau tersedak. Eh silap, terdesak. Tetapi jika 'orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa', aku tak boleh nak tolak. Itu rezeki beb! Macam ayahanda telah membelikan handphone bernilai RM2 ribu yang berskrin sentuhan tanpa membatalkan air sembahyang untuk aku. Tak kan lah aku nak kata 'ish... tak perlulah ayahanda...'. Kufur nikmat namanya tu. 'Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari'. Kan?


Hm.

Maka dengan ini.
Aku mengucapkan;

Salam Raya Korban 1429 kepada seluruh Muslimin.



Untuk kesekian kalinya. Aku beraya tanpa keluarga. =|

{Wa makaru wa makara LLAH ^ wa ALLAHu khairu lmaakiriin} al Imran: 54.


Bila

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku masih lagi di negara Piramid. Ramai yang bertanya. Kenapa? Mengapa? Bila? Ya. Aku telah diluluskan di dalam peperiksaan lepas. Dan sekarang aku telah disahkan sebagai penganggur antarabangsa. Macam best je. Aku telah diizinkan untuk pulang ke Malaya. Ada orang yang akan menghantar aku ke Cairo Airport. Ada orang yang akan menjemput aku di KLIA. Wang tambang wajib, sunat dan makruh pun ada. Cuma aku belum booking tiket lagi. KENAPA?

1. Kerana sijil berhenti sekolah aku tersangkut. Sebelum ini ablah kata akan buat kerja bulan 12. Tadi katanya pula akan dikerjakan dokumen-dokumen yang berkenaan lepas Raya Korban pula. Sah si ablah tu memang tempah santau kelas atasan pakej penuh dengan kesan bunyi yang menakjubkan betullah!

2. Bonda dan sepupu mahu merasa beraya di sini. Insya ALLAH kami akan pulang ke Malaya bersama. Kalian doakan eh.

3. Wujudkah majikan mahu terima pekerja di akhir tahun ini? Tidakkah ia akan menyusahkan juru audit untuk buat 'tutup akaun' akhir tahun?


Hari-hari terakhir di sini membuatkan hati menjadi sayu. =l

Entry ini bersiaran dari StarNet.

Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah