Hujan Batu Di Negara Orang

BismiLLAHirahmanirrahim.



i

Semalam. Pukul 5.25 am. Mengikut jam loceng merah aku (jam loceng itu cepat 10 minit daripada waktu sebenar Daqahliyyah). Hujan air batu telah turun di 'kampung ulu' aku ini. Lebat. Sangat lebat. Dengan perasaan jakun, aku menadah tangan ke langit. Aduh! Sakit rupanya kalau kena timpa hujan batu di negara orang ni eh?

Dan. Dari lepas Maghrib semalam. Hinggalah sekarang. Dayang-dayang aku diberikan cuti. Cuti dari membuat tarian kipas. Sejuk beb!


ii

Dengan izin TUHAN. Esok aku akan berangkat ke Kota Cairo. Aku telah lulus dan layak pada ujibakat lakonan untuk kali kedua dan ketiga. Sebuah pementasan akan diadakan pada 20 dan 22 Oktober ini. Minta kalian doakan agar pementasan ini berjalan dengan jayanya. Tiada skrip, tiada dialog. Cuma latihan senyum 'susu lemak manis santan kelapa muda' saja. Susah juga mahu senyum-senyum sopan ni eh?


=)


Bengong Tomakninah

BismiLLAHirrahmanirrahim



i

Kenapalah. Aku atau Ayahanda atau Bonda atau Kekanda tidak lahir atau menetap di Melaka Bandar Bersejarah? Jika tidak. Kemungkinan aku atau ayahanda atau bonda atau kekanda dapat 'datuk' yang telah 'lelong' secara cheap sale' di sana. Eh. Tak perlu jadi warganegara Malaysia pun boleh dapat 'datuk'. Apatah lagi bukan warganegeri Melaka. Tak caya? Sila tanya SRK. Peringatan: Jangan tanya SRK di dalam Bahasa Melayu atau Malaysia.




ii



Kekanda salah seorang 'kipas susah nak mati' filem-filem Hindi. Tanyalah filem apa, siapa hero atau heroinnya, jalan ceritanya, berapa pasang baju berganti di dalam sesebuah lagu, pasti dapat fullmark. Itu kisahnya beberapa dekad lalu. Sekarang aku tidak tahu. Walau apa pun cap 'kipas' nya sekarang, aku yakin dia pun tidak setuju SRK dapat Darjah Mulia Seri Melaka (Datuk).






iii







Bapa Demokrasi Malaysia. Bravo!





iv










Apa punya laknat ora
ng-orang yang menyokong kezaliman ini!!!.











Cayor

BismiLLAHirahmanirrahim.



Cayor betoi la ubat gigi. Sebelum ni aku pakey ok je. Huh. Nyampah. Letak kat beghuih gigi dah jatuh leleh. Tak best sungguh!




=)


Enam > > >

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Aku. Ingin. Mengucapkan.

Selamat Berpuasa 6, 7, 8, 9, 10... > > > 15. Dan. Selamat Raya Puasa 6.


=)


Cik Ratu, Awak Dapat 2...

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Rabu. Raya pertama.
"...Anis kasi yang besooorrr... Untuk Ucu."
"Iye eh? Mesti Ucu bangga bila dapat nanti. Boleh kembang tahap meletup."
"Bangga-bangga-bangga." (Serupa ayat Upin dan Ipin)

Selasa. Raya ketujuh. Siang tadi. Via sms.
'Kd rya dh smpai BESARNYA tpaksa ucu sewa lori nk bwa balik. tma ksih =)'


Pada sampul, tulisan Umminya. Tak cantik sungguhlah tulisan anak saudara aku ni.



Yang kedua. Datang dari OBI. Aku kira. Inilah satu-satunya kad raya yang paling durhaka lawaknya pernah aku terima. Ya. Aku gelak sorang-sorang. Tak mahu gelak secara berjemaah. Nanti dikatanya mengumpat pula. Menambah dosa.

Terima kasih banyak. Memang tak ada duit raya eh?


=)


Kiriman Cuti Umum

BismiLLAHirahmanirrahim.



Hari ini. Di sini. Cuti. Sittah Oktober (6 Oktober). Hari Kemerdekaan Semenanjung Sinai dari cengkaman Israel.



Semalam. Pergi ke Maktabah Bariid 'Matofii' (baca: Pejabat Pos 'Bomba' - sebelah pejabat bomba). Atau. Syare' Mudiir al Bahr (baca: Jalan Mudiir tepi sungai). Untuk. Mengambil kiriman. Dari Malaya. Kena bayar. LE16.10.




Terima kasih banyak Am. You make me a real Queen of The Brooch!


=)


4 Syawal: Aku & Nasr City

BismiLLAHirahmanirrahim.



Atas rasa ingin melihat ke-baru-an rumah Kedah Baru. Aku. Sebagai warganegeri MySilverLand, dengan rasa kurang malu telah pulang ke Cairo dengan menaiki van yang ditempah oleh anak-anak Kedah. (Aku bayar tau tambang dia!) Biar pun van untuk anak-anak Kedah sendat- mampat (seharusnya cuma 12 orang penumpang saja, tapi disumbat lagi 2 orang) tapi aku gembira. Sambil tepuk tangan ramai-ramai di dalam hati. Sedangkan van tempahan untuk anak-anak MySilverLand ada di sebelah lapang dan selesa. 4 Syawal; Open House BKAN Kedah dan Perak. Dan aku. Telah memurtadkan negeri. Semalam.

Ketika sedang melepak di Markaz. Ada ayat-ayat tak berapa nak cinta sengaja dipanah ke arah telinga aku yang berkalis tudung.

"Eh. Kak (...) salah van tu. Itu van Kedah la. Yang ni van Perak."
"Oi. Ko isytiraq Kedah ek?"
"Kak (...) banyak sangat makan kuih raya tu sampai silap naik van."

Apa-apa sajalah.






Menu Open House BKAN Kedah (MKKK); Nasi Ayam dan Bihun Sup.



Sampai di rumah sudah lewat Maghrib. 6.30 malam. Kerana kesihatan kurang memuaskan dan aku tak mahu sakit, terus cari ubat. Bukan sedative pills. Bukan pil tidur. Bukan Panadol Menstrual. Bukan juga pil perancang keluarga!





Kenapa aku tidak mahu pergi Open House BKAN Perak (KPIPM)?

1. Sebab aku tak dapat zakat.
2. Rumah Perak tak 'cantik'.
3. Orang Perak kurang friendly.
4. Menu Rumah Perak satu saja.
5. Program sampai ke malam (lama sangat).


=)



NotaBawah:
Kepada kalian (ahli KPIPM) yang membaca entri ini, silalah terasa hati. Jangan malu-malu. Jangan segan-segan. Aku tak nampak tak apa. Ha ha ha!


1 Syawal: Aku & Daqahliyyah

BismiLLAHirrahmanirrahim.




Ini baju raya Ratu Kereta Berhias. =)



Menu Idulfirti aku (rancangan):
1. Lemang Lukluk
2. Rendang Dhob
3. Satay Unta
4. Ketupat Eisy
5. Kuah Kacang
6. Air Tropical Tang


Seawal 5.00 pagi (waktu Daqahliyyah). Aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Malaya. Terdengar suara Anis. Kemudian. Sembang ringan-ringan dengan Kekanda dan Bonda. Huh. Kekanda tidak habis-habis buat lawak derhaka di pagi-pagi Syawal yang hening ini. Kemudian. Aku ke Istad Salam bersama dengan Baba Fathi dan keluarganya untuk Solat Sunat Hari Raya. Sempat kenal dengan bakal tunang Amratullah. Tiba di Istad Salam. Ramai sangat-sangat-sangat. Nasib Ratu Kereta Berhias yang kecil-molek ini menjadi himpitan lautan manusia. Oit. Pagi-pagi raya ni jangan berotak biru eh.


Ketika masuk dan keluar stadium, beginilah keadaannya.



Ala-ala artis balik Mekah gitu. Bukan niat mahu snap jejaka-jejaka Malaya di belakang itu eh.



Sekadar hiasan.


Selain belon, inilah ekseseri raya yang dijual Arab Mesir. Macam ada birthday party pula.



Macam tak sesuai saja dibuat gambar raya kan? Statue of Pharaoh yang terdapat di simpang Istad Salam. Hari raya ini baru pagarnya dibuka untuk orang ramai. Aku pun apa lagi...



Selepas itu aku ke Markaz untuk mendengar Khutbah Raya Idulfitri versi Bahasa Melayu. Kurang meriah raya tahun ini kerana ramai yang berada di tanahair. Selepas makan kuih raya yang dibawa secara berjemaah aku ke Humaira. Menjadi tetamu pertama open housess; Humaira, Hamra 1 dan 2, dan Nusaibah.



Aku merialisasikan menu rancangan raya di Humaira. Ha ha ha.



Kemudian. Terus pulang ke rumah. Kerana kesihatan kurang memuaskan.


=)


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah