TUHAN Maha Besar!

BismiLLAHirrahmanirrahim.





Ramadhan sudah di penghujungnya. 2 hari lagi akan bergemalah alam ini dengan kalimah Takbir yang akan diwiridkan dari bibir-bibir Muslim. Tanda sebuah kemenangan ke atas kaum Muslimin yang telah mempuasakan diri dari segala macam larangan demi sebuah pendekatan kepada TUHAN Pencipta melalui pelbagi nikmat yang telah dikurniakan. Menerusi pelbagai jalan yang telah disediakan oleh TUHAN Yang Maha Pengasih dan telah ditunjukkan oleh Penghulu sekalian umat; Muhammad s.a.w.

Hari kemenangan 1 Syawal bukanlah hari turning back untuk kita kembali melakukan perkara-perkara mungkar kerana terhijab dan iman takliq memuliakan bulan Ramadhan. Amalan dan suruhan yang hanya dilakukan secara bermusim. Iaitu hanya sebulan dari 12 bulan. Sebulan penuh kita menutup aurat kerana bulan Ramadhan. Sebulan penuh kita bertarawekh kerana bulan Ramadhan. Sebulan penuh kita bersedekah kerana bulan Ramadhan. Sebulan penuh kita membaca al Quran kerana bulan Ramadhan. Amalan ini pastinya telah terpesong dari niat asal yang seharusnya kita lakukan liLLAHi Ta'ala. Bukan kerana bulan yang telah ALLAH muliakan itu. Kan lebih molek dan cantik dan kacak dan bergaya jika amalan-amalan wajib dan sunat ini kita lakukan secara istiqamah. Bukankah orang yang berjaya itu adalah orang yang hari ini lebih baik dari semalam?

Dan aku. Mungkin Ramadhan kali ini, Ramadhan terakhir di bumi barakah ini (insya ALLAH dan amiin Ya RABB). Ada sayu dan sebak di hati. Ramadhan di sini telah memperlihatkan aku tentang 'hidupnya' bulan Tarbiyah ALLAH ini di sini, berbanding 'meriahnya' bulan puasa di tanahair. Kadang-kadang berimajinasi berjalan di Bazar Ramadhan dengan hidangan jualan makanan yang bermacam-macam jenis, bermacam-macam rasa, bermacam-macam warna, bermacam-macam bau yang sangat menyelerakan yang kadang-kadang membawa kepada pembaziran. Tetapi di sini. Hanyalah 3, 4 jenis kurma keras, kacang tanah, jeruk sayuran, air tamar hind, air khourub, manisan dan cokelat membuatkan diri berasa insaf. Kita tidak mampu memiliki semua keinginan. Tetapi kerana nafsu...

Cuma satu. Aku terfikir. Adakah segala amalan aku diterima atau dihina???


ALLAHu Akbar! ALLAHu Akbar! ALLAHu Akbar!


Salam Idulfitri 1429. Maaf Zahir dan Batin.
Kullu Sanah wa Antum bi Khair.

=)


NotaBawah:
Aku tidak dapat mengirimkan kad raya pada tahun ini. Kepada kalian yang berkenaan jangan berkecil hati. Kerana kad raya buat keluarga pun aku tidak mengirimkannya.

Surat Chinta Kekaseh

BismiLLAHirrahmanirrahim.



i

Hari itu. Main selongkar-selongkar. Terjumpalah love letter dari jejaka Malaya kesayangan dan kecintaan aku. Hand writing lagi. Memang romantik. Baca pun bisa menitiskan airmata. Sangat-sangat menyentuh perasaan. Akan aku kongsikan bersama kalian.



[Selamat Menyambut Hari Raya Pitrah.

Ma'af segala2 nya. ... (tarikh)

Menemui ... (nama penuh aku) yang kini berada di-bumi Anbiak. Taulan2 seperjuangan Kulluhum Ajma'en.
Keluarga kita di-kampong terutama ... (ayahanda) dan ... (bonda) abang-nya dan Anis saudara2 kesemuanya tidak ada yang tidak sejahtera melainkan sejahtera ke semuany
a. Demikian juga lah diri mu serta taulan2 seperjuangan dengan mu, mudah2an Allah ta'ala melindungi segala perkara yang burok dan memberikan perkara yang sebaik2nya, serta membuka kalbun2 Taulan2 yang sentiasa memohon hidayah atau pentunjok kepada nya. InshakAllah kerana dia yang maha kaya maha pemurah maha mengetaiwi (mengetahui) dan maha segala2nya Amin ya-Rabbal 'alamin.

Kini bulan Ramadan hampir habis bulan shawal hampir menemui berma'na masoklah ... (tempoh keberadaan aku) di-bumi fir'aun, ada kah kamu mengikuti jejak2nya tatapi (t
etapi) rasa nya mungkin tidak, tetapi mana-lah tahu? lu... di-sini gua... di-sana, tapi ingat! hidup sebelum mati (BERIMAN) masa yang ada jangan di-sia2kan gunakan wang dengan sebaik2nya carilah 'ilmu sebanyak2nya supaya hidup mu di-Redoie Allah di-yaumul mashar.
Semasa surat ini di-tulis ...(ayahanda) dan ...(bonda) tidak berhajat membuat kueh untok menyambut Rari (Hari) Raya ni tapi mungkin agaknya membuat laksa dan pechal sedikit, kalau tak buat tak kena pulak, sebab nanti datang saudara2 jiran2 tak ada pulak untok di-hidangkan. Ma'lum sajalah rumah kita buka kau tak tahu kan!


.....

Sekian dahulu buat kali ini yang mula akan berakhir inshak Allah panjang umor sehat2 badan rezeki penoh melimpah2 di-lain kali kembali lagi. Di-sudahi wassalam.

Tumpukanlah sepenuh-nya pelajaran

(tandatangan)
15 Ramadan.]



Seumur hidup, inilah kali pertama ayahanda mengirimkan surat beserta kad raya kepada aku. Apabila membaca Surat Chenta Kekaseh ini, membuatkan perasaan aku melayang. Terasa dalamnya didikan, tunjuk ajar ayahanda dan bonda. Terasa hangatnya kasih sayang mereka. Terasa lembutnya tangan kasar ayahanda.




ii

2 hari lepas. Aku ke Markaz. Bayar duit Zakat Fitrah. Dan. Dapat sekeping kad raya yang besar gedabak seperti bapa gajah.




Bila masa pula nama aku jadi Iesya. Ha ha ha.



Terima kasih kepada GadisKalisPeluru kerana sudi juga mengirimkan kad raya yang tersangatlah besar itu. Juga duit raya RM1.



Ini pula kad raya daripada Kacipo. Sangat comel seperti penerimanya. Ha ha ha. Terima kasih ya!





Kalian yang lain bila lagi? Jika aku terima kad raya dan duit raya dari kalian (yang sebenar. Bukan hasil dari kedai gambar) pada bulan Zulkaedah pun tidak mengapa. Aku tetap sudi. Serius beb!


=)


Mencari Harta Karun

BismiLLAHirahmanirrahim.



Bilik aku serupa tongkang pecah. Lebih teruk dan buruk dari itu. Seperti baru lepas kena bom. Itu lebih tepat. Rumah aku tidak digeledah oleh FBI, CIA, KGB, apatah lagi CID. Tidak. Aku tetap dilindungi dari ejen-ejen cap sedemikian. Kerana aku juga salah seorang ejen perisikan antarabangsa.

Aku bukan mengamuk. Kerana aku bukan bangsa Melayu tulen. Jadi. Aku tiada keturunan amuk ini.

Cuma. Aku tiada kerja. Dan mencari kerja. Jumpa. Main punggah-punggah. Main kemas-kemas. Oh. Banyak juga (terlalu banyak) rupanya harta karun aku. Bila sudah main punggah-punggah, macam-macam benda terdedah. Mari kita terjaaahhh...




Ampes! Cd percuma yang aku dapat dari gerai UMNO tahun lepas ketika MECC 07. Tiada gambar. Tiada suara. Kosong! Memang dasar...


4 Worldwide Postcard Stamps Royal Mail- UK recommeded price 1.60. Aku tak ingat, dari mana aku dapat.



Gambar 1: inilah keseluruhan surat-surat dan kad-kad yang aku terima selama keberadaan aku di rantauan.
Gambar 2: surat-surat dan kad-kad dari peminat.
Gambar 3: surat-surat dan kad-kad dari Kekanda. Lebih dari 50 kiriman. Tanda kasih sayang seorang kakak kepada adik perempuannya.
Gambar 4: Penanda buku dari kertas papyrus.



Kalaulah. Aku tidak terbuang hingga ke bumi barakah ini, haram Kekanda mahu pergi ke pejabat pos untuk mengirim surat atau kad untuk aku. Disebabkan kerajinan aku tahap mahu dapat pingat Tan Sri, aku baca kesemua bait-bait tulisan Kekanda. Ada yang jiwang tahap surat cinta. Ada yang durjana tahap lawaknya. Macam-macam. Bikin aku sakit perut kerana ketawa. Isk. Makruh. Ketawa banyak-banyak ni. Kalau tengok muka Kekanda memang brutal lah. Tahap lanun 30 tahun tak naik ke darat. Tetapi bila baca surat cinta Kekanda, adeh deh deh deh... Balik nanti akan aku bacakan semua surat-surat di hadapannya. Mungkin dia akan malu 20 tahun dengan aku. Kah kah kah. Kah kah kah. Kah kah kah.






Cuma 4 kotak saja yang sedang aku uruskan sekarang. 2 kotak kargo telah selamat sampai di kediaman ayahanda. Harta-harta di dalam almari masih tak terusik lagi. Sekotak kargo dihargakan LE150. Nampaknya bulan ini aku tidak dapat menabung cap ayam demi masa depan yang gemilang. Kalian tidak mahu membuat sedekah kepada aku berupa wang tunaikah? Besar pahalanya...



NotaBawah:
Gambar bilik yang baru lepas kena bom tidak dapat disiarkan. Maruah seorang Ratu Kereta Berhias wajib dijaga. Alangkan aku sendiri pun tak boleh bernafas, apatah lagi kalian. Walau hanya melihat gambar, tentu kalian terpaksa di-cpr-kan. Siapa yang susah???


=)


Nabarouh: Yang Terakhir

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Disebabkan. Ini kali yang terakhir. Mungkin. Maka aku pun bersemangat waja seperti Tun Teja ke medan perang. Senjata yang aku bawa adalah berupa sebotol air mineral
Aquafina 600 mililiter (sepatutnya aku memboikot syarikat cap Pepsi ni), dan sebuah kamera. Semalam. Kami seramai 150 orang pelajar Malaysia Mansoura (anggaran aku) dari Kuliyah Pengajian Islam dan Perubatan, telah dijemput berbuka puasa di Nabarouh.






Sebelum diserbu dengan pelajar Malaysia yang kelaparan.




Aku diberitahu oleh Fatma (salah seorang penduduk yang membantu menyediakan juadah berbuka kami), katanya dia sendiri tidak mengenali siapa main sponsor yang sangat bermurah hati ini. Apa yang dia tahu, mereka yang tinggal berdekatan dengan masjid diminta datang untuk membantu menyediakan juadah berbuka. Siapa kami yang dijemput pun dia tidak tahu. Barak ALLAHu lakum. Moga sedekah mereka-mereka ini diperkenankan TUHAN. Aku cuma mengucapkan terima kasih dan berdoa moga mereka-mereka ini dimurahkan rezeki. Dapatlah menjemput pelajar Malaysia Mansoura pada tahun hadapan.


=)


Moga

BismiLLAHirahmanirrahim.


Selepas Solat Subuh 4.30 pagi, aku paksa sepasang mata yang comel ini untuk tidak berehat. Kerana ada kerja tertunda semalam disebabkan Cuti Nuzul Quran seawal 9 pagi. (Aku tidak akan beradu jika kurang dari 6 jam.) Banyaklah aktiviti yang tidak berfaedah aku lakukan sambil menunggu jam pukul 9.

Balik dari sekolah, terus ke Markaz untuk melihat surat-surat dan kad-kad raya dari peminat. Memandangkan hari ini sudah 18 Ramadhan, tentu ada 7, 8, 9 guni kiriman dari peminat-peminat dari dalam dan luar negara yang mahu mengucapkan 'Salam Aidilfitri' buat Ratu Kereta Berhias ini. Ehem. Aku dail nombor mantan Naib Pengerusi HEWI, memandangkan pintu grill Markaz berkunci. Tetapi. Mantan Unit Perumahan HEWI yang membukakan pintu grill dan pintu Markaz untuk Ratu Kereta Berhias. Cari-cari sambil sembang-sembang. Sembang-sembang sambil cari-cari. Huh. Memang menguji kredibiliti dan ada unsur-unsur cuba menjatuhkan imej seorang Ratu Kereta Berhias betul! 1 keping kad raya pun tiada. Hait cis! Eh. Tapi bukan aku seorang saja yang tiada nama. Malah guni pos pun tidak wujud di dalam Markaz itu. Pemalas sungguh ammu-ammu posmen inilah! Okeh. Untuk mengubat hati yang lara, aku menculik sebuah buku di kooperasi yang berharga LE48. Jadilah. Dari tiada langsung buah tangan dari Markaz. Sudahlah jauh. Okeh. Kemudian aku singgah di pasar basah Diraasaat. Beli sotong yang sekilo LE20 (hasil keberjayaan separuh pengoratan), peha ayam; sekilo LE14.50. Kerana tahap kepanasan seperti kering air di dalam badan aku singgah Hamra untuk berteduh. Kemudian aku ke kedai jahit Abou Tariq untuk meng-alter kain baju raya yang seperti leretan weeding gown Yahudi saja rupanya. Kemudian aku balik rumah. Lepas Solat Asar aku ke medan tempur (baca: dapur) untuk berperang.

'... umh sya ada byk air soya :) kalau ngidam ank slg sya leh pi ata skrg' - Tokey Soya.
'Ada kt umh ke skrg? sya pi ata skrg deh mlm ni main futsal tkt x smpat' - Tokey Soya.
'Ehem sgt2 dalukn' - Aku.
(Sms di atas sudah diedit untuk keselamatan pelbagai pihak)




Hari ini aku rasa sangat bahagia. Hati menyanyi ria. Bukan lagu Bunga-buang Cinta. Bukan lagu Terima Kasih Cinta. Bukan lagu Lagu Cinta. Bukan lagu Everyday I Love You. Bukan lagu The Only One. Bukan lagu Only Of You. Bukan lagu Beautiful Girl.

Aku dirikan Solat Sunat Syukur. Aku buat Sujud Syukur. Kerana aku jumpa Doktor Rifaei. Kerana baju raya aku telah sempurna. Kerana aku dapat minum air soya. Kerana malam ini aku tidak keseorangan lagi. Terima kasih TUHAN. Terima kasih TUHAN. Terima kasih TUHAN. Moga rezeki yang satu ini akan KAU kekalkan hingga selepas raya. Dan ia adalah hadiah teristimewa untuk aku buat Raya Idulfitri 1429.


=)


16.09.08

BismiLLAHirrahmanirrahim.


i

2 hari lepas. Satu temujanji telah batal. Ditunda pada sehari lepas. Semalam. Temujanji semalam, telah dibuat pada siang hari. Selepas Zohor. Panas. Di depan pasar Diraasaa
t (apa kelas deting depan pasar). Di depan Maktabah al Azhar. Di depan freezer aiskerim yang membekukan pelbagai jenis aiskerim. Bisa berimejinasi kedinginan tekak yang kegersangan walaupun dengan enzim air liur saja. DatoGeliga menjenguk Mansoura buat kali terakhir sebelum dia berangkat pulang ke tanahair tercinta, seawal pagi nanti. Pukul 4.00. Dengan menaiki kapal terbang cap Egypt Air. Dia datang dengan membawa tanda mata untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.


Ini bukan hantaran eh.


Aku terharu. Yang sangat-sangat-sangat. Kerana sepanjang usia aku 20++, inilah kali pertama aku dihadiahkan dengan sebuah kamus. Bukan kerana harga. Bukan kerana LE45.
Bukan juga kerana kulit kamus tersebut (aku punya masalah yang sangat kronik; iaitu terlalu jujur dan ikhlas di dalam meluahkan perasaan yang tak best). Sebelum-sebelum ini aku hanya merompak semua kamus-kamus dari Kekanda (sesudah selamat merompak barulah aku minta izin. Ha ha ha), orang yang tidak dikenali dan perpustakaan. DatoGeliga telah memberi aku Kamus Tullaab sebagai dorongan untuk terus belajar Bahasa Arab. Anjakan paradigma, bahasa bom nuklearnya (baca: bombastik). Ya. Aku sangat terharu. Serius beb! Di dalam beg plastik putih yang bercop Maktabah Qirbah itu terdapat sebuah Mashaf Tajwid Beserta Terjemahan di dalam Bahasa Malaysia yang bernilai LE113 (yang ini aku yang kirim, berbayar), kacang mahal (baca: kacang cerdik. Yang ini pun dia beri percuma. Pesannya bila aku makan kacang cerdik ini supaya aku lebih cerdik. Al maklumlah anak kedua ni punya 'masalah pending' atau lambat pick up). Manakala di dalam beg plastik Adidas pula, terdapat sebanyak 16 keping cd cetak rompak (+ 5 keping pada temujanji sebelum ini. Cd-cd ini aku yang paksa dia bakarkan. Ini pun percuma). Dan duit raya syiling sebanyak LE2.75! Dan. Selepas berbuka puasa, DatoGeliga bertanyakan tentang duit raya. Ada lagi. Bukan syiling-syiling yang berjumlah LE2.75 itu saja. Hah???!!! Aku patuh pada arahannya. Menyelak helaian demi helaian Kamus Tullaab seperti yang dipinta. Yaaa...!!! Pada mukasurat 306-307, terdapat sekeping duit kertas bernot LE50! Tak sangka sangat, aku berjaya menge-pow duit raya dari DatoGeliga sebanyak LE50 + LE2.75. Terima kasih banyak kepadanya kerana membantu menunaikan hasat aku untuk mengumpul duit raya banyak-banyak-banyak-banyak-banyak-banyak dari tahun lepas. Dan. Terima kasih juga di atas hadiah surat cinta blog ini. Walaupun aku ambil sendiri dari 'rumah sangkut'nya.

Buat DatoGeliga. Saya minta maaf dan terima kasih di atas segalanya. Gut zum spreachen wie du. Ich hoffe dass ALLAH help dich!


Syukriya. Danke schon!



ii

Ini pula hadiah daripada Ochie. Sangat comel seperti penerimanya (ha ha ha). Tapi kenapa halus sangat? Saiz ibu jari siapa ni?



Tochee. Syukran.


Sebagai seorang Ratu Kereta Berhias yang bermurah hati (seperti dongengan kartun, bila cantik hati baik) aku menginfakkan (bulan Ramadhan kena banyak buat pahala) surat cinta blog ini kepada insan bertuah seperti berikut:

1. Tun Dr. Mahathir
2. Dr. Khir Toyo
3. SanggahTokSago
4. Anwar Ibrahim
5. Lim Kit Siang


=)


Main-main Mata

BismiLLAHirrahmanirrahim.



Bukan salah aku. Jika bermain mata dengan sengaja dan tidak sengaja dengan orang-orang atasan. Dan ada yang bakal jadi orang bawahan. Ya. Suatu hari kalian berada di atas dan tidak selamanya di situ, kekal. Dan. Jika suatu hari kalian berada di bawah, tidak selamanya di situ. Bumi ini bulat. Dunia ini fitrahnya beradat. Ada tinggi, ada rendah. Ada cantik, ada hodoh. Ada atas, ada bawah. Ada kuasa, ada lemah...





Orang-orang atasan yang duduk di atas kerusi.


Aku cuma orang bawahan yang duduk di atas katil ketika mengundi.


Siapakah 2 orang calon yang bernasib baik tidak aku pangkah? Undi anda adalah rahsia.
Syyyhhh... aku sengaja menambah undian rosak. Ha ha ha...

=)


Maa Haazaa?

BismiLLAHirahmanirrahim.


Bagaimana dengan ibadah kalian hari ini dan setakat ini? Harapnya makin cerahlah buku amalan kanan kalian di samping terpancarnya lampu-lampu panjut dan pelita-pelita yang mengitari halaman rumah. Errr... tapi Perdana Menteri Malaya menyarankan agar kita (tidak kira di mana anda berada) semua berjimat cermat (bukan kedekut eh) kan? Ah, aku peduli apa. Bukan duit beliau yang menyara 'makan tanggung, berak cangkung (kadang kala duduk)' aku sini. Isk isk isk... Ayat Najis Mutawassitah!

Dulu-dulu. Ketika aku menjawat jawatan sebagai kanak-kanak yang belum baligh. Bila nampak halaman rumah orang lain dipasang lampu panjut, aku sudah mengelejat minta bonda membelinya juga dan memacaknya di halaman rumah. Bila lampu-lampu panjut itu sudah menyala, hati makin syok bila dapat main bunga api atau mercun. Ditambah pula dengan dentuman meriam buluh yang bersahut-sahutan seperti ada pertandingan lagaknya. Memang sangat happening ketika itu. Tahun makin tahun suasana itu makin tenggelam. Suram.

Dan. Suasana makin langsung tak happening bila aku jadi 'anak pasiran' (Puan Lara Croft kata bukan anak jalanan sebab di sini terkenal dengan padang pasir). Aku sangkakan di sini tiada lampu panjut, tiada bunga api, tiada mercun, tiada meriah. Rupa-rupanya, di sini mercun tidak haram. Ya. Aku paling suka mercun papan. Bila anak-anak jiran tetangga membuat bising tatkala waktu menunjukkan pukul 3 pagi, dengan aksi ala-ala Combat, aku akan melemparkan mercun papan yang telah dicucuh dengan api ke arah mereka. Dan. Aku akan segera menyorok di balik simen balkoni sambil menyembunyikan identiti sebagai ahli perisik antarabangsa yang sudah terlatih.

Di sini ada juga lampu panjut. Tetapi tidak menggunakan lampu pelita atau buluh yang dipotong mengikut ruas dan juga minyak tanah. Di sini lampu panjutnya menggunakan elektrik. Sekali pandang seperti tanglung. Namanya faanuus. Ia digantung di balkoni atau di lorong-lorong jalan kediaman.


Maa haazaa? Hazaa faanuusun. (Apakah ini? Ini faanuus.)




Kadang kala. Ia dibuat berbentuk masjid. Di dalamnya tergantung lampu dan speaker radio yang mengalunkan bacaan ayat-ayat al Quran atau ceramah agama dari stesen-stesen radio agama. Dan. Oh oh oh. Di sini tidak ada bunyi meriam buluh. Tiada jalan atau tol yang jammed. Tiada laporan Ops Raya atau Balik Kampung yang menunjukkan statistik kemalangan jalan raya meningkat atau menurun. Tiada lemang. Tiada ketupat. Tiada lagu raya. Tiada duit raya. Tiada kad raya. Tiada Bazar Ramadhan. Tiada tangkapan dibuat ke atas Muslim yang makan di khalayak. Tiada... Tiada... Tiada... Dan. Tiada...

=)


Jom Pergi 'Open House'!

BismiLLAHirahmanirrahim.





Selamat meneruskan ibadah puasa kepada kalian yang beriman. Puasa kita pada hari ini baru mencapai 26.7% daripada tempoh wajib berpuasa. Jadi tidaklah terlalu lambat untuk aku mengucapkan 'Ramadhan Kareem' dan kalian mesti jawab, 'ALLAHu akram'.

Tinggal 2 hari saja TUHAN membuka 'open house' untuk tetamu-tetamu agungNYA yang mengharapkan keampunan. Selepas ini TUHAN membuat 'open house
' pula untuk tetamu-tetamu agungNYA yang meminta segala macam hajat dan harapan. Dan selepas-selepas ini TUHAN akan membuka 'open house' lagi untuk dimerdekakan dari siksaan api neraka. Mari kita 'makan' beramai-ramai dengan 'hidangan' yang sangat lazat ini.

Inilah kelebihan umat Nabi Muhammad s.a.w yang beriman. Kalian tidak terliurkah dengan 'hidangan' yang maha-maha-maha dan sangat-sangat-sangat terlazat ini? 'Hidangan' ini tidak akan terjumpa sepanjang tahun tau! Cuma ada 29 atau 30 hari saja di dalam 365 hari. Di bulan ini saja. Sila ambil perhatian kepada kalian yang tamak haloba dengan pahala. Ya. Orang tamak itu selalu untung.

Selamat menyerbu pintu-pintu 'open house' dan menikmati 'hidangan lazat' dari TUHAN ya!

Selamat mempuasakan diri, nafsu, telinga, mata, mulut, kaki, tangan...
Selamat beribadah.

=)


Excuse Me Ratu, What's Time Now?

BismiLLAHirrahmanirrahim.





Sudah 5 hari aku di sini menggunakan waktu baru. 'Jam sudah bertukar'. Telah masuk musim sejuk bagi kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Agak kebengongan tahap berdengung juga ketika waktu baru tukar hari itu. Masalah berjanji dengan orang, waktu solat, waktu berbuka puasa... semua yang berkaitan dengan waktulah. Mesti ada ayat, '... ikut jam lama ke, jam baru?' Sekarang. Beza waktu antara aku di sini dengan bumi Malaya, 6 jam. Jika kalian berada di Malaya, tolakkan saja waktu kalian ketika itu sebanyak 6 jam ke belakang. Undur ya. Bukan tambah 6 jam. Oh. Waktu Daqahliyyah di sebelah kiri ini, aku malas nak ubah.


Salam Jumaat!

=)


Correct: Me Or Them

BismiLLAHirahmanirrahim.


Aku bukan berniat mahu memperlecehkan orang yang tidak sepatutnya diperlecehkan. Sebab aku sedar. Diri sendiri pun masih banyak dan perlu diperbetulkan lagi. Tetapi. Bila berada di situasi begini...



Helaian keempat: Ketetapan Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM cawangan Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah (DPMM) 2008/ 2009.


Ini ialah sebuah iklan formal bagi aku. Dan. Tidak sepatutnya keadaan ini berlaku. Aku bukan mahu memperbetulkan struktur ayat. Sama ada didahulukan ayat prediket atau ayat subjek, atau sebaliknya. Tetapi ini adalah iklan penting tentang maklumat Pilihanraya Persatuan Pelajar PMRAM bagi cawangan Mansoura. Tetapi bagaimana kesalahan-kesalahan tatabahasa pada iklan penting seperti ini boleh terjadi? Eh. Macam ayat Edisi Siasat pula. Aha ha ha...

=)


Basi: Yang Tidak Berbau

BismiLLAHirrahmanirrahim.


Jalan-jalan buang duit. Jalan-jalan cari letih. Jalan-jalan cari pengalaman. Jalan-jalan lihat alam. Jalan-jalan menikmati keagungan TUHAN. Pada 11 Ogos 2008, bersamaan 10 Sya'ban 1429, bersamaan 5 Misraa mengikut kalendar Mesir, aku dan rakan telah ke Mantiqah (negeri) Bahirah. Dan lokasi yang lebih spesifiknya; Rasyeed. Ada apa di sana eh?


Pemandangan pada pukul 8.20 pagi dari Mauqaf Jadidah (Mansoura) ke Mauqaf Murasyaha (Tanta). Kami menaiki pengangkutan Peugeot bertambang LE4 seorang yang memakan masa 1 jam. Sebuah Peugeot memuatkan yang 7 orang penumpang dewasa.


Sampai di Mauqaf Murasyaha kami 'diambil' oleh DatoGeliga dan menuju ke Jumlah (hentian ke Bahirah) dengan menaiki teksi yang tidak bermeter bertambang LE10 yang memakan masa kurang dari 10 minit. Di Jumlah, seorang jejaka Malaya menyertai kumpulan kami. Namanya Ustaz Zul. Dia rupanya yang menjadi pemandu pelancong kami. Aku ingatkan anak siapalah yang sesat cari orang Melayu tak jumpa tadi. Hait cis! Sambung balik. Dari Jumlah kami menaiki pengangkutan van besar gedabak (macam penculik yang selalu guna untuk menculik orang tu lah) ke Hentian Damanhour di Bahirah. Tambang yang dikenakan sebanyak LE3.25 seorang dan memakan masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Kemudian kami menaiki van besar gedabak sekali lagi untuk sampai ke Rasyeed yang bertambang LE3.00 seorang dan perjalanannya memakan masa lebih kurang 1 jam juga. Dan tempat pertama yang dituju adalah Qal'ah (Kubu) Salehuddin al Ayubi.










Dalam kubu ada pokok.




Dalam kubu ada pokok. Dalam kubu ada masjid.



Rupanya Mubaligh Kristian Portugis yang menciplak gagasan fikiran untuk membina gereja di dalam kubu mereka. Sila rujuk Kota A Famosa di Melaka.


Gambar atas, kanan: batu tu ada berukiran. Tapi aku tak tahu maknanya.


Itu bukan buah congkak atau bola bolling atau bola apa-apa saja eh. Itu adalah qunbulah (peluru meriam) zaman Salehuddin al Ayubi. Yang terdaya aku menatangnya itu adalah yang bersaiz kedua terkecil. Itu pun aku anggarkan 4 kilogram. Berat beb! Orang perempuan tak elok angkat berat-berat. Tidak sihat untuk peranakan. =)







Kemudian kami menyewa tut-tut untuk ke Bughaaz. Tempat pertemuan Nabi Musa a.s dengan Nabi Khidir a.s.


DatoGeliga sedang berbai'ah dengan pemandu tut-tut untuk meminimakan tambang tut-tut yang kami naiki.





Gambar atas: bola warna merah itu adalah sempadan antara air laut dengan air sungai (sila klik pada gambar jika kalian mengalami rabun kecil). Katanya, di kawasan inilah Nabi Musa a.s bertemu dengan Nabi Khidir a.s. WALLAHu a'lam.
Gambar bawah: itu bukan Duyung Muslimah eh.



Kemudian kami main jalan-jalan kaki di bawah terik matahari musim panas sekitar pukul 2.40 petang menuju ke Makam Saydi Muhammad Abu Manduur. Pada ketika ini Ratu Kereta Berhias sudah bertukar menjadi Puteri Senandung.


Saydi Muhammad Abu Manduur atau lebih tersohor dengan nama Abu Nazar kerana ketajaman penglihatannya. Datang ke Rasyeed pada tahun 991Masihi selepas peristiwa berdarah Karbala di Iraq. Menetap di Rasyeed selama 11 tahun. Beliau berbakti kepada penduduk setempat dengan mengajar ilmu-ilmu agama serta menjadi imam. Beliau meninggal dunia pada tahun 1002Masihi. Beliau adalah anak kepada Saydina Ali bin Abi Talib KaramALLAHu Wajha dengan Sayyidah Hanafiyah. Saydina Ali mengahwini Sayyidah Hanafiyah setelah Fatimah az Zahra binti Muhammad (RasuluLLAH s.a.w) meninggal dunia.


Makam Saydi Muhammad Abu Manduur.






Ini adalah buah tin yang yang sedang berbuah pada pokoknya. Sekarang sedang musim buah tin di sini.






Dan kemudiannya kami bergerak menuju ke Bandar Mahkamah. Untuk bersantap. Kemudian menuju ke Jame' Zaghluul. Jame' ini tidak diketahui siapa yang mengasasnya dan bila ia dibina. Apa yang uniknya jame' ini menempatkan 99 batang tiang di dalamnya.


Bersungguh aku mengira tiang yang ada. Sekali kira jumlah lain. Kali kedua jumlah lain. Kali ketiga dan keempat dan kelima jumlah sama. Tapi cuma 65 batang tiang saja. Mana lagi 34 tiang???


Rupanya tiang-tiang yang ada di situ memang tak cukup 99. Kata seorang pakcik; penjaga jame', yang kami lihat sekarang bukanlah jame' asal. Jame' asal telah dirobohkan untuk membuat penempatan penduduk. Jame' yang ada ini bersebelahan dari tapak asal jame'. Kalau begitu sampai kiamat pun aku tak kan dapat kira tiang itu ada 99 batang.







Kemudian kami bersiar-siar di tepi sungai sekitar Bandar Mahkamah sebelum pulang ke kampung masing-masing.



Gambar bawah: inilah van besar gedabak (macam penculik yang selalu guna untuk menculik orang tu lah) itu. Memuatkan 15 orang penumpang dewasa.



Hentian Damanhour di Bahirah. Luas sangat-sangat. Macam padang golf 100 lubang.



Catatan berpeleseran tamat.
=)


Aku

Orang yang suka bermain-main, berfoya-foya, berpeleseran, melepak...

Daqahliyyah